Sabtu, September 04, 2010

Home sweet home :)

Assalamualaikum wbt and greetings.

Tiada tempat yang paling best kat dalam dunia ni selepas Mekah al-Muqarramah melainkan baiti. Rumahku.
Uhibbu jiddan jiddan baiti. Kat rumah lah segala tension dari luar tak bole nak masuk. Kat rumah la hati terasa lapang. Kat rumah la, everybody care with each other. Kat rumah la satu-satunye tempat yang kte tak yah nak kuar bajet. Hhuhu~

Sekian lama aku pendam rindu aku ni kat rumah sampai jadi jeruk, dah puas nyanyi lagu dendang perantau and amek feel beli rendang kat cafe UIA... sejak masuk UIA tak pernah lagi balik, akhirnya aku pulang gak kat lubuk yang aku damba-dambakan slame nih. Syukran ya abi wa ummi, syukran ya usrati.

Terlalu banyak kisah yang saya nak cerita kat blog ni. Sampai tak tahu nak mula dari mana. Sampai kelu lidah utk berkata... Saya tak da la tangkap gambar-gambar kenangan kat UIA ni sangat. Entahlah kenapa, saya tak tahu. 

Okeh, in the nut shell, tadaima :) I'm home.

Selasa, Julai 13, 2010

45% Tekanan.

Assalamualaikum and greetings.

Semua benda belum mula lagi, tapi kerja merangka program-program untuk pelajar-pelajar di CFS IIUM dah mula beri tekanan sedikit sebanyak. Glad, I didn't took yet core courses for this semester, kalo tak, hancurlah aku.

Dah hampir 2 bulan aku kat luar, dan tak balik lagi. Budak satu hometown dengan aku pun dah balik 2-3 kali. Tapi diaorang kat PJ la, aku kat Nilai. Tension gila. Tak de kawan nak teman. Bila aku tak nak balik ade keje, diaorang pulak yang balik, bila aku nak balik... tak de sape nak teman, dah le tak reti and tak de langsung pengalaman naik bas sorang-sorang diri. Waduh, tension tension.

Pas tu, kerja group dalam 2 buah. Kene settle gak, itu lah homework. Study kene maintain gak. Hafazan pun kene gak. Waaaaaaaaaaaaa~!!

Rangka program itu dan ini, aku tak de langsung pengalaman nak buat kerja ni. Tapi aku cuba sedaya upaya kerah otak yang berakal satu nih tengah-tengah malam.

Ya ALLAH, berilah hamba-Mu kekuatan dalam menghadapi tugas yang mencabar ini.


Nota kaki: +_+

Ahad, Jun 06, 2010

CFS IIUM, Bite 1: New entry!

Assalamualaikum and greetings!

Houhh. Dah brape lama aku kat luar nih? Jap, 9 hari ta'aruf + 1 minggu di nilai + hari nih = 17 hari dah aku kat luar rumah. Hee. Homesick? Oh yeah, lame jugak aku homesick nih. Dalam 12 hari lebih kurang, bila teringatkan kat mak, ayah, adik-adik, memang meleleh la ayaq mata nih. Rindu terubat dah, mak dah datang minggu lepas n shopping di Giant Nilai and Nilai Square, pas tu semalam datang lagi coz on the way balik kampung.

Aku nak citer sesangat pasal Taaruf Week CFS IIUM 21 May to 29 May. Berserta gambar! Tapi pending-kan dulu arh benda tu. Terlalu banyak benda nak citer. Aku pun nak gak citer pasal minggu aku di Nilai. Terlalu panjang gak citernye, nanti ah, aku buat.

Memula sampai kat Petaling Jaya, aku bermasalah dengan homesick, tapi bila dah sampai Nilai, aku bermasalah jugak dengan nak cari kawan baik. Pastu aku bermasalah dengan nak memahami perkara-perkara penting yang aku kena buat kat sini. Haishh, memang manusia bermasalah lah aku nih =_="   Tapi lelama okey lah. Dah suai kenal dengan sume orang, okey lah. Tapi, masalah tetap masalah... D:

Masalah aku adelah:
AKU MENJADI PENDIAM DAN MENJADI LEBIH PENDIAM DARI "AKU" YANG DULU.
Mengapakah?
Mesti geng aku tak percaya...

Huaahhh, tension gua. Oh kelas, cepat-cepat lah mula!! Timetable aku pun tak dapat lagi nih :((

Nota kaki: Aku adalah pelajar course BEN yang kurang reti dan degil untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris :D Aku dapat asasi setahun setengah di sini~~

Jumaat, Mei 21, 2010

Sayonara, matta ne?

Assalamualaikum and greetings..

Haihh. Nak panas dah badan nih. Serius, 24 jam ++ bersiap-siaga penat seyh. Tido pun, haihh~
Dengan desakan demi asakan, sampai kemas baju pun bole dapat tekanan. Hahha.

Imbas kembali ape impian aku dah settle selama 5 bulan dok kat rumah.
> Manga: Kaichou wa maid-sama, Bokura ga Ita, Kimi ni Todoke, Dengeki Daisy, Special A, dan sebagainye.
> Drama: Yamato Nadeshiko Shichi Henge, Nobuta wo Produce (episod 1)
> Anime: Gundam 00 season 1 and 2, Code Geass R1 and R2, Gundam Unicorn
> Movie: Sume movie Makoto Shinkai
> Housekeeping, memasak (hohoho, bertuah nak tengok aku beraksi kat dapur.)
> Mencerahkan kulit ;p

Pas tu sebelum pergi, hurmm aku rasa ade byk gak benda yg aku nak buat tak tak dapat, yakni jumpe kengkawan dan minta maaf, halalkan ilmu, hutang, makan n minum. Pas tu, ade gak nak bagi memorial gift kat beberapa orang, tapi tak sempat gak ='( , tak jumpe gift yang sesuai lah. Busy plak tuh...

So, bermulalah pengembaraan baru dalam lembaran hidup aku, new journey, brand new Akai Shiro (heh), YOSH! Jadi tabah dan jadi fleksibel! Cool juga!! Kalo tak tahan, hujan aje!

Terima kasih kepada semua orang yang aku sayang sebab sokong aku dari awal dan sampailah bila-bila. Yang bantu aku tak kira susah or senang, sakit or sihat, terima kasih!

Sayonara~ elementary school!
Sayonara~ high school!

Jaa, minna... sayonara~!!