Memaparkan catatan dengan label random. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label random. Papar semua catatan

Selasa, Mac 15, 2011

Berat hati

Salam sejahtera dari insan di selatan.

Hari ni meeting LCC dah mula and akan bermalam beberapa hari kat Nilai. Memang tak patut la kalau aku tak datang. Dah la meeting 2hb March aku tak datang nak tolong settlekan pasal hal-hal sponsorship LCC.

And 4 hari yang lepas satu sms masuk, " Meeting LCC pada 15hb" . :face59: isk dah la tu cuti sekolah :face59::face59:

2hb tak datang sebab transport ade masalah, actually masalah kewangan. And Mak pun tak berapa nak beri izin sangat sebab baru je bercuti. Dan aku pun ade short sem nanti naik 21hb nih. So, mintak maaf sangat-sangat.

Hari ni meeting, esok aku pergi. Minta maaf sekali lagi, kalo ikutkan hati aku aku nak pergi hari khamis. Hari ni mak ade kelas tambahan kat sekolah, ayah pulak keje syif pagi, balik pukul 3ptg, so diaorg penat la. Lagi pun, aku nak terus bawak barang aku untuk duduk terus masa short sem nanti, TAKKAN la aku naik bas kot?

Esok pun ayah keje syif pagi keje pukul 7pg, balik pukul 3ptg. Tapi aku mintak ayah tolong hantarkan aku esok, rasa serba salah juga sebab mebebankan ayah, balik keje terus hantar aku balik Nilai. Mak kata ayah tak larat nak pergi sejauh tu. Aku mintak dia tolong hantarkan aku ke PJ pun, masa induction SMAC bulan disember ari tu, masa sume tgh mid-sem break, dia tak nak. Dah le tak reti jalan ke PJ. Serius, mmg tak tahu.

Alih-alih, masa cuti mid sem aku langsung tak balik johor. Nilai>Perak>Klang>PJ>Nilai. :face59:

Aku rasa berat hati nak tinggalkan rumah, aku rasa berat hati nak join LCC.
Aku nih ade masalah dengan emosi la :face60: sume benda tak kena. Dah la Baksis tak pergi, LCC pun tak nak join? Memang kene shoot dengan machine gun pakai silencer punya lah.:face41: Bingunglah, adekah patut aku suruh ayah hantar aku esok atau lusa sebab lusa ayah keje syif malam :face53:??

Aku rasa sangat berat hati nak join pape event dah! Err, TAWE 2011 tu dikecualikan lah. Tu memang aku nantikannya.

Bila kat Gombak karang, aku nak hidup aku bebas dari segala perasaan berat hati cam nih, aku nak buat benda yang aku suka! Aku nak join memanah aloooooneeee~!


Ahad, Januari 17, 2010

Hilang dari poket.

Assalamualaikum wbt and greetings.

Semalam bermulalah al-kisah pengembaraan aku mengambil lesen memandu - kursus selama 5-6 jam. Hurm, secara kesimpulannya, kursus tu kurang seronok kalo nak dibandingkan dengan beberapa pengalaman yang diceritakan oleh orang-orang yang terdekat. Yelah, aku faham. Tak semestinya apa yang orang lain rasa, kita pun turut merasainya juga. =)

Tetapi semalam berlaku tragedi yang tak pernah aku alami dan tak pernah terfikir oleh aku selama aku hidup ni.
Wallet tertinggal dalam teksi. Ya Rabbi!

Memula, masa dalam kereta aku keluarkan wallet dari poket seluar slack coz nak bayar balik hutang kat sorang akak senior tuh - dia nak belanja aku, tapi aku tolak, tu pasal aku bayar balik. Aku sangkakan dah betul-betul masuk dalam poket. Bila aku dah turun, aku sedar poket kiri aku tu cam tak berisi je. Ringan semacam. Poket kanan ada handphone. Aku tak panik. Aku jadi pelik. Pas tu cepat-cepat bukak beg kat depan deretan kedai and check samada wallet aku ada dalam beg...mmg tak da. Sah, kat dalam teksi. Masa tuh, teksi tu mmg dah nak pergi. Aku jerit @ lari @ kejar teksi tu, tak sempat punya.

Then, aku pi masuk kedai lesen memandu tuh. Tanya nyonya driving school tuh, ada tak nombor apek yg bawak teksi tuh. Dia kata tak ada. Pastu dia naikkan suara dia tanya aku apasal sebab dia dah rasa lain macam. Aku ckp la perkara sebenar. Dia marah aku. Tapi, aku bukannya peduli. Kehkeh.. Then, dia call hubby dia yg bwk kteorg pagi tuh ke pusat JPJ Muar. Suruh hubby call apek teksi tu. After that, dia suruh aku tunggu. Maka aku pun keluar.

Oh, akak senior itu masih berdiri di luar kedai sambil menunggu dengan penuh sabar family dia jemput balik. Dia faham situasi aku. Aku tanya dia, kalo hilang boleh report kat polis ke? Dia jwb, tak. Memula kene pergi buat IC baru. Bayar denda. Aku cakap kat dia, dalam tu ada kad CIMB. Kalo cam tu, kene buat baru la kad CIMB ckp yg kad lama dah hilang. Aku citer lagi, dalam tu ada RM 50 kebawah. Hehe.

Aku lebih risaukan kad CIMB dan RM40 tuh dari IC. Aku ni rupa-rupanya sayangkan duit. Hahaha, aku pun baru tahu. Tapi... harap2 perangai cam ni dapat dibuang la, sbb akan berlanjutan kepada sikap bakhil bin kedekut.

Citer aku tadi berkahir dengan happy ever after. Dompet itu berjaya dipulangkan terberapa lama kemudian, dalam 5-10 minit la. Secara jujur, situasi cam tu langsung tak membuatkan aku panik @ berderau darah @ ketaq lutut and etc etc. Tataw la, mungkin sebab ALLAH SWT tak menjatuhkan rasa panik tu kat aku. Alhamdulillah la. Cuma, aku tak nak citer kat parents and adeq beradik je... Biar la jadi rahsia.  Tapi, kalo diaorg dah terbaca entri nih, tak pe laa.

-- Actually akhir-akhir ni aku suka rentak lirik lagu ni. Asterisk by Orange Range.  Lagi-lagi part chorus aka intro aka ending.


Romanji.
  miageta yozora no hoshitachi no hikari
  inishie no omoi negai ga jidai wo koe
  iroaseru KOTO naku todoku
  KIRARI hitomi ni utsuru dareka no sakebi
  kaze ni omoi wo tsuki ni negai wo
  chikara aru kagiri ikiteikunda kyou mo
  bokura no omoi mo itsuka dareka no mune ni
  hikari tsuzukeyou ano hoshi no you ni
 
English. 
   Rays of light from the stars in the night sky above
   send a plea from across the ages
   with colours that haven't faded
   It's somebody's cry, reflected in those sparkling eyes
   A wish carried on the wind, a request from the moon
   to live as fully as possible, day by day
   So that our wishes, too, will be in someone's heart someday,
   let's shine on like that star 
 
*hikari tsuzukeyou... ano hosi no you ni~

Isnin, September 21, 2009

R to da A to da Y to da A !!

Assalamualaikum dan harooo semua~

Hari ini adalah hari kedua Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Dakara ... Al-Humaira ingin mencucapkan .....



SELAMAT HARI RAYA~~ 

Maaf zahir dan batin...


Ok. Tahun ni, diri ini beraya di rumah (memang la raya kat umah), beraya di hometown~ Walaupun nampak bosan, tetapi kalo balik kampung lagi bosan! (oops!) Kat kampung ayah ada Astro, yang best ada Animax, tapi takde HBO, yg spoilnyer ada Ceria (Note: Aku anak perempuan yang tertua dalam kalangan sedara-sedara aku yg kat belah ayah). So, satu lawan ;ebih kurang 7 orang kanak-kanak ribena, dah sah ler orang tua ni kalah... Alahai ayah... kan bagus kalo kat umah ayah tak buang Animax, ala tapi HBO takder... huhu...

Lagi satu, kat kampung ayah signal Maxis tak masuk dalam rumah, haa kat luar rumah yang kat tepi jalan ada la...tapi yg bestnyer kat kampung aku... ada baaaaaaaaaaaaanyyyyyyyyyakkkk air terjun! Whohooo!

Kat belah mak aku lak, hurm.... ada signal Maxis...penuhhh, ada TV... astro takder, tapi... X DAPAT SIARAN!!!
huwaaaaa....


Anyway~ hari ni besday kawan aku yang teristimewa~~

HAPPY BIRTHDAY FASIHA!!

Semoga dimurahkan rezeki, diberkati segala usahamu sepanjang umur 17 tahun ini...


Hari ni besday Cikgu aku yang tercinta juga!

HAPPY BIRTHDAY SIR ZAINAL

Semoga dipercepatkan menemui jodoh ( :P ) hahaha... memain jer Sir..
Sir Zainal is the best Add Math sensei kat sekolah. Aku rasa boleh kalah guru cemerlang yang juga merupakan cikgu Add Math yang berkualiti cam Sir!


Hurm, aku tutup post ni dengan bismillah...



...


Blom lagi, kang Lanz merajuk aku tak show masterpiece aku. Hahaha...

*drums roll*

Tajuk karya ini adalah...
" In the Purple Midnight"



" Under the Same Tree"
Karya ini adalah hak cipta terpelihara.  Karya asli dari aku. Aku baru bukak Flickr aku hari ni, rupa-rupanya karya ni dah berusia setahun! Whoa...
Comments are love~~~~~~~~~

OK... Jyaaa...

Ahad, September 20, 2009

Birthday Girl post

Okay suppose to write this on 18th September 2009. Since I always open Blogger and Habbo tab in one browser... so, Habbo attracts me to play with it~ :D



Haroo everyone...
This is a birthday post! To who? To me of course!!! Hahaha... Oh well, I just wanna say kazillion thank you to those who sent me lovely birthday wishes, from multimedia messages to normal message one.. ah... thanks thanks...


From the KL-ians to Johore-ians ... thanks thanks thanks!
Okay from now on I'll promise to you guys that I :

* Will perform full prayer everyday (lol)
* Will do with all my best
* Will perform excellently in SPM ...
* Will keep steady (means doing very well) in my studies.


I will keep this promise, watched by the blue skies and white clouds (the grey ones are counted in, XD ), amongst the grey dove (grey?) and the crow (T_T) ....


Yosh! New year for me, and new breeze for me, and era for me to strive excellently in my 17th year... wheee!!


*demo sa, i didn't got yet very special wish from very special person.... =.= ...please send me one... onegai~ *

Jumaat, Julai 03, 2009

Selamat Datang buat diriku...

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang buat dirku. Hmm, ini adalah entri pertama saya. Baiklah, mari saya ceritakan sedikit sebanyak mengenai diri saya.

Ini adalah kali kedua saya mendaftar di Blogger.com .
Akaun saya yang terdahulu, hmm terabai begitu sahaja nampaknya.
Saya ada 5 buah blog lagi, tiga di Livejournal.com - yang ini aktif sedikit, satu di Wordpress.com - kekadang aktif, satu di RealLifeLog.com - ni... dah "mati".

Dengan terbinanya sebuah lagi blog, yakni blog ini, harap-harap... saya dapat "handle" lah akaun-akaun saya ni.

Akaun ini hanya percubaan sahaja...
Tgklah kalau ada kegunaan untuk masa hadapan.
Sampai sini sajalah... dah mengantuk ni..

Wabillah hi taufik wal hidayah,
Assalamualaikum wbt.
(^_^)/