Sabtu, Ogos 08, 2009

Satu pembulian?

Assalamualaikum semua.

Pagi semalam hujan. Aku keluar dari rumah gerimis sedikit-sedikit. Tapi masa dah nak sampai sekolah, aaaaaaaa, dah lebat sikit. Habis basah bajuku... Habis basah bajuku...

Aku dah set kat otak, mmg tak de perhimpunan lar pagi ni... *Huhu, sedey banyak* ...
Aku dok tercangok kat kantin, tunggu hujan berhenti. Aku nak kene jaga susur gajah. Aaaaaa, dah lama tak buat keje pengawas... *lempang diri sendiri*

Akhirnya, aku blah gak dari situ. Bukan jaga susur gajah! Aku pergi ke pejabat. Tanyalah kpd sesapa yg bole percaya, "Nak buat perhimpunan tak?" . Aku gi ngendap kat pejabat pengetua. Luas gler pejabat dia. Aku mana pernah masuk pejabat dia. GPK sekolah pernah lah...

Pengetua ada... Tapi aku buat bodo. Bole tanya kat pengetua ker? Aku turun balik. Tapi terserempak ngan cikgu Rosmah kat tangga.

"Cikgu, agak-agaknyer la kan, nak buat perhimpunan tak?"

Cikgu terdiam.

"Tak tahu eh? Xper la," tu pesen aku, kalo tak tahu ckp jer tak tahu. Cikgu bg cadangan suwoh tnya pengetua. Aku tanya la jugak. Pengetua pun nampak blur. Dia suwoh aku tanya Ustaz Hanafi. Aku pun turun, tp terserempak ngan Ustaz. Aku tanya Ustaz, Ustaz suruh aku gi tanya pengetua.

Apa la... bikin penat saja.

Last2, bacaan yasin di dewan, budak cina dan india di kantin. Budak laki form 3, 5, & 6 kat surau wat solat hajat.
Cabaran!
Camner nak handle budak lebih dr 400 suruh dok diam dlm dewan, pd hari hujan??
Aku x kesah. Beg campak (tak campak) ke tepi, aku susun meja utk org yg memimpin bacaan yassin.

Penat,.... budak lelaki hanya tengok jer aku angkat kerusi naik ke pentas. Aku tak suruh diaorg ker? A'ah. Memang. Alaaa.... diaorg sumer la yang tak gentlemen langsung! Berpeluh seyh buat kerja tu....
Selesai tu. Masalah PA sistem lak... tak bole nak hidup. Aisehmen... Berlari lah aku keliling pentas cr punca masalah.

Dalam pada masa yg sama, ada sorg budak suruh aku angkat beg dia. Budak laki. Waiyoo. Bole cetus skandal. Sbb kawan perempuan sekelas dengan dia kat tepi perjalanan aku ke beg budak lelaki tu...

Aaaaa. Siap sume, aku turun bawah, amik yassin dr celahan buku teks agama aku. Alhamdulillah ada kerusi. Aku duduk. Bacaan pun bermula.

Tiba-tiba, ada cikgu panggil aku dari belakang. Dia amik yassin aku. AKu kebingungan..

"Salsabilla, awak pergi ambil kerusi lain.... bagi cikgu kerusi ni. Cikgu nak pinjam yassin ni jugak. Pastu kita share, ok?"
Aku bangun slow2. Kerusi tu dia dah tarik siap-siap.

Aku? Aku tengok jer cikgu tu tarik kerusi aku.

Aku sedih la... nak tak nak, aku gi tarik kerusi kat dalam. Dah la org tgh baca yassin. Hish, buat malu. Aku pun tak sampai hati tengok yassin aku dipegang bawah paras dada... AAAAAAAA
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Ape ni, CIKGU?!

Secara jujurnya, aku rasa sedih dan geram.
Aku penat buat kerja, org tak nak tolong. Dah tu, tak sempat nak lepaskan lelah, kerusi aku kene tarik, yassin aku org pinjam.
Ape ni??!?!!!!

Aku terasa seperti dibuli pun ada juga. Aku tak faham la sikap orang dewasa ni. Diaorang minta tolong. Tapi, pada masa yang sama, seperti ambil kesempatan atas kita pun ada. Aku bingung la. Pembulian atas pertolongan?

Sedih taw! Bukannya aku ni murid kurang ajar, tak kenang budi.... Aku respect sumer orang tua dr aku, tapi, ada yang amik kesempatan tu yang aku geram...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan