Jumaat, Mac 25, 2011

Karutan 1: Bila berubah.

Assalamualaikum.

Salam sejahtera dari negeri berdaerah sembilan.

Aku tak tahu nak cakap ape kat sini.

Cuma aku nak luahkan ayat ni aja.

"BLOG AKU JAMBU LA"

Setelah aku dah jumpa cara nak main-main dengan HTML code, aku ubah sikit-sikit. Dan jadi cam nih, serba pink, serba cute, comel, sweet. Memang taste aku pun, tapi lama-lama tengok, cam jambu la. Aku ni ganas :P


Sabtu, Mac 19, 2011

Sem 2 Result

Salam sejahtera dari selatan~

RESULT FINAL EXAM SEMESTER 2 2010/2011 ALREADY OUT!

:131:


Okeh, GPA 3.188 and my CGPA 3.23. Last sem GPA was, 3.38.
The most pleasuring news is, I AM EXEMPTED FROM ANY LEM CLASSESSS~!!
Yahooooooo Alhamdulillah!!

And the most disturbing fact is,
my progression is decreasing. I am sinking :face32:

but, with the exemption from LEM classes, aku dah cukup bersyukur lah, syukur Alhamulillah.. Allah itu Maha Pemurah :face75:

esok, nak balik Nilai dah.
Isnin dah start kelas, so kali nih, nak focus habis kat study, dan nak tinggalkan LCC (masih lagi memikirkannya). Shortsem nih bagaikan ayam tambatan untuk aku naikkan CGPA aku. Aim kali nih adelah, utk shortsem, GPA 3.7. Semoga jadi kenyataan, Ya ALLAH. Aminn..


Selasa, Mac 15, 2011

Berat hati

Salam sejahtera dari insan di selatan.

Hari ni meeting LCC dah mula and akan bermalam beberapa hari kat Nilai. Memang tak patut la kalau aku tak datang. Dah la meeting 2hb March aku tak datang nak tolong settlekan pasal hal-hal sponsorship LCC.

And 4 hari yang lepas satu sms masuk, " Meeting LCC pada 15hb" . :face59: isk dah la tu cuti sekolah :face59::face59:

2hb tak datang sebab transport ade masalah, actually masalah kewangan. And Mak pun tak berapa nak beri izin sangat sebab baru je bercuti. Dan aku pun ade short sem nanti naik 21hb nih. So, mintak maaf sangat-sangat.

Hari ni meeting, esok aku pergi. Minta maaf sekali lagi, kalo ikutkan hati aku aku nak pergi hari khamis. Hari ni mak ade kelas tambahan kat sekolah, ayah pulak keje syif pagi, balik pukul 3ptg, so diaorg penat la. Lagi pun, aku nak terus bawak barang aku untuk duduk terus masa short sem nanti, TAKKAN la aku naik bas kot?

Esok pun ayah keje syif pagi keje pukul 7pg, balik pukul 3ptg. Tapi aku mintak ayah tolong hantarkan aku esok, rasa serba salah juga sebab mebebankan ayah, balik keje terus hantar aku balik Nilai. Mak kata ayah tak larat nak pergi sejauh tu. Aku mintak dia tolong hantarkan aku ke PJ pun, masa induction SMAC bulan disember ari tu, masa sume tgh mid-sem break, dia tak nak. Dah le tak reti jalan ke PJ. Serius, mmg tak tahu.

Alih-alih, masa cuti mid sem aku langsung tak balik johor. Nilai>Perak>Klang>PJ>Nilai. :face59:

Aku rasa berat hati nak tinggalkan rumah, aku rasa berat hati nak join LCC.
Aku nih ade masalah dengan emosi la :face60: sume benda tak kena. Dah la Baksis tak pergi, LCC pun tak nak join? Memang kene shoot dengan machine gun pakai silencer punya lah.:face41: Bingunglah, adekah patut aku suruh ayah hantar aku esok atau lusa sebab lusa ayah keje syif malam :face53:??

Aku rasa sangat berat hati nak join pape event dah! Err, TAWE 2011 tu dikecualikan lah. Tu memang aku nantikannya.

Bila kat Gombak karang, aku nak hidup aku bebas dari segala perasaan berat hati cam nih, aku nak buat benda yang aku suka! Aku nak join memanah aloooooneeee~!


Aku mula meragui

Assalamualaikum.

Subhanallah, apekah selama ini aku dikaburi? Aku terhijab dari melihat kebenaran?
Dan lagi teruk, aku telah memilih yang kaca dari permata?:face53:

Aku tahu semua perkara ini dah lepas, dah lama berlaku, tapi...
andai kata aku baru melihat kebenaran, adakah sudah terlambat bagi ku untuk menyambung tautan yang terputus dek salah faham yang dihangatkan dengan nafsu amarah? :face41:

Astaghfirullahalazim, ampunilah aku wahai Yang Maha Pengampun sekiranya aku telah kabur dalam memilih pertama yang terbaik. Tunjukilah dan pimpinlah aku pada masa yang akan datang untuk membuat pilihan yang lebih baik.


Jumaat, Mac 11, 2011

Berikan aku kekuatan.

Assalamualaikum.

Actually, aku tengah bercuti selama sebulan sebelum aku bertemu dgn semester pendek aku 21 March. Cuti aku mula 23 Febuari sampai 21 March. Dan, Program tahunan FSCC, Baktisiswa atau Baksis mula pada 27 Feb sampai 7 March di Parit Buntar, Perak.


Pada mulanya, aku la dalam kalangan FSCC Nilai yang paling beria-ia yang nak pergi, bila ramai diantara kami tak pergi. Mereka hilang semangat bila ramai yang tak pergi. Pada mulanya, aku yang membakar semangat diaorang supaya pergi. Sampai lah satu tahap, aku dan FSCC Nilai yang lain jumpa dengan advisor kteorg, utk update pasal Baksis dgn dia, baru la aku nampak, kenapa ramai FSCC Nilai ramai yg tarik diri dari Baktisiswa.

Baru aku nampak ape sebabnya. Dan sebab tu, aku mula rasa tawar hati nak pergi Baksis. Tambahan dengan tekanan kerja dan desakan utk siapkan kerja yang tak mampu nak disegerakan, serta tekanan final exam semester kedua, membuatkan aku semakin hilang minat utk ke Baksis tahun ini, walaupun perkara tu adelah wajib, kerana ia tanggungjawab kami.

Aku menarik diri, tapi aku cuba utk leraikan serabut masalah sebelum diaorg bertolak ke Perak. Walaupun aku tak pergi, tapi jauh dari sudut hati aku, aku sememangnya nak pergi, tapi hati aku sudah tawar, semangat pun dah padam.

Berita kepulangan mereka dari Perak tempoh hari memang menggembirakan aku. Aku nantikan kepulangan mereka. Tapi, aku rasa terluka sedikit, cemburu sedikit, menyesal sedkit.

Terluka sebab aku tak berada di samping mereka. Aku tak berada dalam gambar-gambar yang mereka ambil, aku terluka dengan diri aku sendiri.

Aku cemburu sebab, aku inginkan ukhuwah family Baksis yang wujud sekarang, kerana masa SMAC di mana PJ and Nilai bersatu tenaga, kami tak rasa seperti one big and happy family. Family dalam biro ye lah. Tapi family dalam satu organisasi, aku tak dapat rasa. Dan aku rasa, dari prog Baksis nih, mereka dapat ukhuwah yang aku inginkan selama ni.

Aku juga cemburu dengan keseronokan yang mereka dapat walaupun ada banyak masalah yang mereka terpaksa hadapi disana.
Aku sangat mencemburui mereka.

Aku menyesal kerana aku tidak membenarkan diri aku utk terlibat sama. Aku menyesal kerana tidak pergi.
Aku menyesal kerana tidak dapat bekerjasama dengan family Baksis yang bagi aku sangat hebat.

Aku tahu, semua ni sudah terlambat,
aku tak patut menyesal dengan tindakan aku,
kita tak boleh patah balik.
Anggaplah semua nih, tiada rezeki utk aku pergi terlibat sama.
Sabar dengan segalanya, sabar dan bertanggungjawablah atas ape yang aku dah pilih.

Cuma, aku terasa emosi aku sengat tidak stabil masa ni bila melibatkan hal ini, dan ini adalah topik hangat masa ini. Aku cemburu, aku menyesal dan aku terluka dengan pilihan aku sendiri.

Berikanlah aku kekuatan untuk diri aku hadapi perasaan ini, wahai Yang Maha Kuat. Aku tak mampu nak tanggung perasaan yang lahir dari tindakan aku sendiri, ya ALLAH. Aku tak mampu...
Berikanlah aku kekuatan, ya ALLAH.

Sabtu, Februari 26, 2011

A Selfish request,

To a distant friend,

Hey,
the epiphany that you just encountered recently, made you different person than I know.
You. Have. Changed.
And the worst thing is I don't know how do I feel about this wether pleased or uncomfortable, and thus what you got now make us become even.

And I don't want for us to be even.
So that we can be complement to each other's deficiencies.

And I don't you to become like me.
The one who gradually tend to forgot her old good friends.

Regards,
From the selfish me

Ahad, Februari 20, 2011

Ahoy, welcome abroad!

Assalamualaikum.

Welcome to Baktisiswa 2011. I am under Catering and Welfare bureau.
Hello emotion-breakdown and mental-breakdown problems! Current emotion-breakdown is not exceeding 20%.

Just do it, Bell. Ignore who owns the organization, who got the majority power between two organizations, what the most important is,

you do the work not just ordering around
active and eagerness
high-spirit
never complains
sincere intention
and the ultimate goal is to attain pleasure of ALLAH swt.

Khamis, Februari 17, 2011

Endless.

Assalamualaikum!

Hey ho hai hello. Lama gila tak pos laju something kat sini. Kalo la ade software yg bole aku quick post dari desktop aku je, hidup blog aku neh.

Walaupapepun, selamat datang final exam!
Final yang betul-betul final lah utk sesi 2010/2011!
Lepas program SPORTS AND MATIAL ARTS CARNIVAL, terbang ke PENANG utk program SIREH PULANG KE GAGANG, dan pulang mengerjakan hampir separuh mati kat assignment, presentation dan kuiz. Dan hoyeah, FINAL EXAM. Balas plak dengan ANNUAL GRAND DINNER FSCC, kat Bangi Golf Resort.

Pas FINAL EXAM, spend masa 4 hari kat rumah (tu pun kalo balik), then ke PJ plak, untuk induksi program BAKTISISWA. 28 Feb until 7 March berBAKTISISWA lah kita. Then balik rumah cuti la dalam 10 hari, then naik balik untuk short-sem, 21 March. Belajar sampai 11 Mei -15 Mei, final exam utk sem 3, pas tu cuti plak dua minggu, 23 naik utk TAARUF WEEK punya induction course, tak balik dah rumah. T_______T.


Bilakah tibanya masa CUTI?

Sabtu, Januari 08, 2011

Baka!

Semakin nak menjauhi, semakin tu terasa mendekati. 

BAKA!

Sealed heart. You're the one who sealed your heart and you're the one who unsealed it.