Jumaat, Mac 11, 2011

Berikan aku kekuatan.

Assalamualaikum.

Actually, aku tengah bercuti selama sebulan sebelum aku bertemu dgn semester pendek aku 21 March. Cuti aku mula 23 Febuari sampai 21 March. Dan, Program tahunan FSCC, Baktisiswa atau Baksis mula pada 27 Feb sampai 7 March di Parit Buntar, Perak.


Pada mulanya, aku la dalam kalangan FSCC Nilai yang paling beria-ia yang nak pergi, bila ramai diantara kami tak pergi. Mereka hilang semangat bila ramai yang tak pergi. Pada mulanya, aku yang membakar semangat diaorang supaya pergi. Sampai lah satu tahap, aku dan FSCC Nilai yang lain jumpa dengan advisor kteorg, utk update pasal Baksis dgn dia, baru la aku nampak, kenapa ramai FSCC Nilai ramai yg tarik diri dari Baktisiswa.

Baru aku nampak ape sebabnya. Dan sebab tu, aku mula rasa tawar hati nak pergi Baksis. Tambahan dengan tekanan kerja dan desakan utk siapkan kerja yang tak mampu nak disegerakan, serta tekanan final exam semester kedua, membuatkan aku semakin hilang minat utk ke Baksis tahun ini, walaupun perkara tu adelah wajib, kerana ia tanggungjawab kami.

Aku menarik diri, tapi aku cuba utk leraikan serabut masalah sebelum diaorg bertolak ke Perak. Walaupun aku tak pergi, tapi jauh dari sudut hati aku, aku sememangnya nak pergi, tapi hati aku sudah tawar, semangat pun dah padam.

Berita kepulangan mereka dari Perak tempoh hari memang menggembirakan aku. Aku nantikan kepulangan mereka. Tapi, aku rasa terluka sedikit, cemburu sedikit, menyesal sedkit.

Terluka sebab aku tak berada di samping mereka. Aku tak berada dalam gambar-gambar yang mereka ambil, aku terluka dengan diri aku sendiri.

Aku cemburu sebab, aku inginkan ukhuwah family Baksis yang wujud sekarang, kerana masa SMAC di mana PJ and Nilai bersatu tenaga, kami tak rasa seperti one big and happy family. Family dalam biro ye lah. Tapi family dalam satu organisasi, aku tak dapat rasa. Dan aku rasa, dari prog Baksis nih, mereka dapat ukhuwah yang aku inginkan selama ni.

Aku juga cemburu dengan keseronokan yang mereka dapat walaupun ada banyak masalah yang mereka terpaksa hadapi disana.
Aku sangat mencemburui mereka.

Aku menyesal kerana aku tidak membenarkan diri aku utk terlibat sama. Aku menyesal kerana tidak pergi.
Aku menyesal kerana tidak dapat bekerjasama dengan family Baksis yang bagi aku sangat hebat.

Aku tahu, semua ni sudah terlambat,
aku tak patut menyesal dengan tindakan aku,
kita tak boleh patah balik.
Anggaplah semua nih, tiada rezeki utk aku pergi terlibat sama.
Sabar dengan segalanya, sabar dan bertanggungjawablah atas ape yang aku dah pilih.

Cuma, aku terasa emosi aku sengat tidak stabil masa ni bila melibatkan hal ini, dan ini adalah topik hangat masa ini. Aku cemburu, aku menyesal dan aku terluka dengan pilihan aku sendiri.

Berikanlah aku kekuatan untuk diri aku hadapi perasaan ini, wahai Yang Maha Kuat. Aku tak mampu nak tanggung perasaan yang lahir dari tindakan aku sendiri, ya ALLAH. Aku tak mampu...
Berikanlah aku kekuatan, ya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan