Memaparkan catatan dengan label karutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karutan. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 27, 2012

120124 Possibility for DBSK's reunion through Avex? My thought on this.

Salaam and salute to all readers.



Recent news on the possibility of TVXQ‘s reunion is sending shockwaves throughout the industry.



On January 22nd, a Japanese article titled, “Will Avex act as the savior? TVXQ’s reunion project” surfaced. It reported of rumors of a reunion concert at Tokyo Dome orchestrated by Avex, who was previously accused of hindering JYJ‘s Japanese activities. In light of Avex’s recent under-performing releases, it is said that they are willing to go head with this project and stop hindering JYJ’s Japanese activities. Japanese superstar Ayumi Hamasaki is rumored to be negotiating on behalf of both sides.
While the news of a possible reunion is being met with enthusiasm by fans all over the world, many are skeptical of the chances of such a reunion actually occurring. The fact that this reunion is being orchestrated by Avex instead of SM Entertainment is also a cause of skepticism.

The article goes on to state, “While the reunion of TVXQ is something that many fans are waiting, the small possibility of this actually happening is an indicator of Avex’s desperation,” hinting that Avex’s recent lack of success may be reason for pursuing such a unlikely project.

TVXQ fans responded to the news with, “While it would be great if reunion happens, it seems unlikely“, “They say Avex will lead the project but I can’t trust them“, and “I hope they stop writing these pointless reunion articles".

Source & Image: Newsen via Nate
Credits: Allkpop
Shared by: DBSKnights

Please take this news with a grain of salt. Nothing is set on stone. Currently, considered a rumor.


Firsty, this news is totally rumor. Nothing solid came out from this story. Yeah, everybody knows that this was came from Japanese tabloid newspaper. Does it make sense to you for sending Ayumi Hamasaki to do the negotiation for JaeChunSu and Homin for reunion? The company which owns Dong Bang Shin Ki is SM Entertainment and why Avex came as the saviour?

The most juicy part was regarding Avex is in bad financial condition. -.-

Secondly, when this news exploded on Allkpop, many fans argued (and still arguing) whether they should reunite or stay they way they are today.  Since I'm just a fan of DBSK and I'm not declaring myself a true Cassie (because I think Im lacking everywhere), I would like to voice out my opinion regarding DBSK's reunion (whether it will become true or not).

Who doesn't want them to be together? Okay, maybe there are some.
Initially, I keep hopes for them to be together. After I watched Yunho and Changmin perform Rising Sun first stage after their hiatus, I realized that, 'They are moving on'. Have you heard of this kind of phrase? 'If you live holding on to your past, you'll not moving on' and it was proved :) . If they kept holding to their past, Yunho and Changmin will not be able to stand on Nagoya stage today in TONE Tour 2012. The past is memories, whether it was bitter or sweet, it meant to be treasured and make you more tougher to face new challenge in your life.


TONE Tour 2012 in Yokohama

I know, 'W' by JYJ are meant  for those duo and it was written and composed back in 2010, (a very nice song, indeed). I see JYJ today is happy with their life and they are doing so well despite of appearance on TV blocking. They are still strong and struggling to move on too with new name.


They managed to perform in Billboard.

I couldn't force my hopes for someone who I like, don't you? They went through many difficulties for their fans and forcing or pushing on hopes on their shoulder is quite unfair. When they smile, you can smile. When they are happy, you are happy too. Isn't that true love? I wish what is the best for them and be strong.
Both of the team had struggle more than enough to raise up their name despite of the incident, and suddenly wanting for them to be together, leaving all the hard efforts and sweats they made just like that.

Note that, if SME win the case, then the contract will not be terminated and if JYJ win the case, no more DB5K.

Oh by the way, I spent my 4 months of break study the lawsuit and I'm getting clearer picture regarding this incident. If you're interested to know, please do visit True TVXQ . This site provide complete evidence for the things you looking for. There's another site which opposite of True TVXQ, JYJ Files . Both sites are bias sites for Homin and JYJ. I, personally, prefer True TVXQ one since the evidences that he brought is quite reliable.

That's all from me.
Thanks for reading.

Jumaat, Januari 13, 2012

MALAS.

Assalamualaikum and salute.

WOAH! Tengok entri terakhir aku bila.

Bulan March, yeah, 10 BULAN YANG LALU. Aku rasa baik aku terus tak tulis pape kasi genap 12 bulan.

Actually, sejak aku masuk pusat asasi nih, dengan internet yang laju macam tuuut, aku memang sudah malas nak mengupdate blog. Aku sedia faham dengan stail blogger tahun 2010-2011 nih. Blog stail kiut miut, blog kaki troll, blog traffic hunter, blog sebar propaganda dan sebagainya. Aku hanya menyenaraikan je ciri-ciri ni.

Thanks to Amirah, kawan ku yang akan ku kenang jasanya sampai ajalku tiba, dia sudi mengedit blog nih (aku sebelum ni edit-edit gak template tetapi 100% menemui kegagalan).

So yeah, tahun 2012, maybe akan aktif sebagai blogger. Ganbarimasu!

Jumaat, Mac 25, 2011

Karutan 1: Bila berubah.

Assalamualaikum.

Salam sejahtera dari negeri berdaerah sembilan.

Aku tak tahu nak cakap ape kat sini.

Cuma aku nak luahkan ayat ni aja.

"BLOG AKU JAMBU LA"

Setelah aku dah jumpa cara nak main-main dengan HTML code, aku ubah sikit-sikit. Dan jadi cam nih, serba pink, serba cute, comel, sweet. Memang taste aku pun, tapi lama-lama tengok, cam jambu la. Aku ni ganas :P


Jumaat, Oktober 15, 2010

Bila perkara luar biasa datang...

Assalamualaikum and greetings~

Haaachhhoooommm~!!

Aih... bergegar kot satu rumah nih aku bersin. Sejak pagi tadi, sampai la kejap tadi... tak lekang dengan bersin.
Memang hari ini dalam sejarah tol la. Aku tak pernah bersin bersungguh-sungguh dan sekerap nih...

Memula ya. Tekak kering, kepala pening, bangun tido kul dah nak 11 pagi. Aku pun tak faham, apesal kitaran hidup aku kat rumah selalu bermula pukul 10 pagi dan ke atas... dan berakhir pada 2 pagi.. Ini bukan kehendak ku~

Then, terus mandi... so bese la pepagi aku akan bersin. Tapi hari nih lain... tak sudah-sudah bersinnye. Dah, pulak batuk datang... Aihh, maka badan pun panas. Aku nih jarang kene sakit. Kalo sakit tak yang gi klinik, bazir duit je. Beli je panadol sepapan tuh. Kejap je eloknye...

Masa tengok Bajet 2011 okey plak, tak da bising... Haihh... Walaupapepun... aku dah surrender untuk hari nih. Chow.

Nota kaki: Alhamdulillah, aku dikurniakan penyakit. Tanda ALLAH swt mengampuni dosa-dosa hamba-Nya :D

Rabu, Mei 19, 2010

Dah nak dekat dah...

Assalamualaikum and greetings.

Hey, ho, hai, hello!

Dari sekarang tinggal dalam 2-3 hari lagi nih. Waaaaa, tak mau keluar dari Bukit nih.... sayang, rindu, berat hati~ Isk isk.

Hari nih last day shopping dengan mak. Hahaha, dah 2 minggu dok angkut kereta gi keluar rumah. Kesian mak layan ke-cerewet-an aku dalam bab ber-shopping neh. Serius, masuk minggu kedua dah letih, yang peliknye boleh pulak ada nafsu nak membeli.

Persiapan?
Soalan lazim buat masa nih. Dalam 80% la secara fizikalnya. Mental, 95%. Masih loading lagi :DD Buat masa nih, mak pun dah berbuih mulut untuk suruh aku gi packing barang. Tapi aku tak buat lagi. Entah ape yang aku tunggukan nih.

Dah. Hilang idea nak citer. Itu saja~ DAA~!

Isnin, April 12, 2010

Ittaii...

Assalamualaikum and greetings.

Ohayy,,

Pagi tadi, masa ku tengah syok mengampai kain di luar, tiba-tiba terdengar senandung alunan merdu yang mengasyikkan bergema di ruang udara Lorong 15/3 tuh.

Ku merapati pagar dan tercari-cari dari manakah datangnya senandung suara merdu itu. Akhirnya, ku temui jua. Suara yang kedengaran sayup-sayup tetapi sangat nyaring itu datang dari arah hujung lorong. Seperti meminta tolong. Walaupun dipertuturkan dalam bahasa yang tidak ku fahami, tetapi ku tetap mengerti.

Lalu kakiku melangkah pergi mendapatkan dari mana punca suara itu. Mataku tertumpu pada suatu sudut di hujung lorong itu. Jalan yang mati tetapi tak mati. Kerana ia dihidupkan dengan sambungan pejalan kaki yang teramat sempit.

Tiba dihujung lorong, ku berhenti. Bunyi tu datangnya dari arah longkang yang kering serta bersih. Ku menunduk dan melihat empunya suara itu.

Tanpa berlengah lagi, ku terus membantunya untuk naik semula ke atas tanah. Walaupun pertolongan ku ditolak dengan keras, tetapi kepala aku lagi keras (degil). Ku meletakkanya di bawah sebuah tangga besi yang bersambung dengan rumah bersebelahan dengan lorong yang agak curam itu.

Tak ku sangka, dia ade geng kat bawah tangga tu. Kerja ku selesai. Terasa puas dapat buat baik :D. Lalu ku bangun.

Tidak semena-menanya, kepala ku yang keras tu terhantuk dengan kuat pada palang besi yang menyokong tangga besi itu. Aduhh, momentumnya sangat kuat, sehingga memberikan impak yang kuat. Berdengung kepala, pening dan sudah tentu lah sakit sungguh. Kene bahagian ubun-ubun kepala.

Akhirnya, ku dapat habuan. Benjol kat kepala. Adehh, sabo je la den...


Nota kaki: Makhluk yang aku selamatkan tu adalah seekor anak kucing hitam :DD

Selasa, Mac 16, 2010

Compliment best.

Assalamualaikum wbt and greetings.

Hellooo, dah 70++ post olredi! *Tabur konfetiti* Sangat suka. Kerana sudah banyak byte dibazirkan untuk membebel demi mencatat secebis ingatan. Haha.

Pagi tadi saya terima mesej dari seorang kawan. Dia balas soalan saya yakni, " Wey, kau nampak tak aku menangis sebelum cikgu umumkan result SPM? " . Maka dia;

" Aku nampak kau menitiskan air mata masa cikgu cakap "pelajar yang selalu meminta saya untuk memcipta pantun baginya"... "

Ni lah speciality kawan saya. Dia sangat-sangat peka dengan persekitaran dia. Tak kisah la jauh atau dekat. Dan dia sangat-sangat memahami manusia disekelilingnya. Maka saya pun puji sikit kebolehan dia tuh. Tapi dia cool. Dia tetap kata, "setiap kelebihan ada kekurangan. ALLAH swt itu Maha Adil." 

Dia sangat-sangat memahami orang, tapi orang mungkin tak dapat memahami dia. So, sedikit sebanyak hati dia terluka. Maklumlah, dia manusia yang perlukan perhatian dan kasih sayang (menurutnya). Jadi aku suarakan pendapat aku nih. Maka dia membalas;

"Lebih kurang begitu la. Cepat juga kebolehan kau untuk memahami sesuatu perkara." 

Huwaaa.... Saya tak pernah dapat compliment cam nih. Sangat-sangat gembira :). Terima kasih, at least saya dapat tahu pandangan orang terhadap saya. Nampaknya azam saya untuk menyenangkan hati kawan sudah sukses separuh! Alhamdulillah!


Nota kaki: Topik ni tentang siapa ek? Saya atau kawan saya itu? Hee~

Rabu, Mac 10, 2010

Sebelum 11 Mac 2010.

Assalamualaikum and greetings.

Hurm, pejam celik-pejam celik dah 11 Mac olreadi? Wau, pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik dan pejam serta mencelikkan mata, esok aku ade training kereta?

Ironi sungguh. Pagi amik result keberangkalian ade gak happy-happy, petang bawak kete dan bersiap sedia untuk sebarang kesilapan yang membawa padah, keberangkalian ade sedih-sedih. Hopefully esok aku tak kalut sangat lah. Amin.

Uwahh, rindu giler kat cikgu sekalian, terutamanya cikgu kimia aku dan cikgu fizik~ Sayang sangat sangat. Serta gengs 5Sc1 batch 2009 dan orang-orang lain =)


Nota kaki: Baju kurung atau blouse? Hurm, bingung la. Esok pun ade hari sukan skolah. Mesti nak sebok punya. Tapi, panas~

Rabu, Februari 03, 2010

Alang-alang menyeluk perkasam...

...biar sampai ke pangkal lengan~

teringat pula pada lagu M.Nasir, Mentera Semerah Padi. Syok la lagu tu. Aku suka :)

Kalau dah mulakan sesuatu mestilah kena habiskan. Itulah maksud peribahasa tu. Kalau dalam situasi aku pula, kalau dah mula tengok Mobile Suit Gundam 00 (Double O) kenalah habiskan sampai episod 25 musim kedua...haha. Pergh,,, asal la dari bulan Januari ari tu tak tengok anime-anime yang patut aku tengok. Sekarang ni banyak pending anime kene habiskan.

Code Geass musim pertama dan musim kedua berjumlah 50 episod. Colourcloud Palace musim kedua dalam 39 episod. Bleach, Detective Conan yang siri filemnyer.... waduh waduh,,, sememangnya golden holiday ini terisi. Seperti tak cukup aja 3 bulan itu. Hahas. Tamak :P

Btw, aku jejalan kat blog orang tadi. Ade pulak satu blog ni citer, result SPM kuar 26 Febuari. Kejadah!! Awal giler. Blom habis enjoy nih! Tapi aku tak percaya, sebab sebelum-sebelum ni pun result SPM keluar bulan Mac. Harap khabar angin tu tak betul. Tapi, kalau nak jadi... kene sedia la jiwa dan raga ni. :'(

Oh, buat laundry menyebabkan urat-urat dilenganku ini timbul hehe. Tapi, enjoy. Main air. Syok. Kemas rumah pulak mendidik aku menjadi seorang yang penyabar sepanjang masa.Ciut (bukan cute :P) je adik, kata aku kuli. Siap la dia bile dah lepas SPM nnt. Baru kau tahu.

Katanya dalam bulan Mac 2010, siri Gundam yang terbaru akan keluar. Tajuknya Mobile Suit Gundam Unicorn. Lol, pelik namanya, tapi citer mungkin syok.

Bagi aku, Double O lagi best dari SEED/SEED Destiny walaupun aku suka giler SEED/SEED Destiny. Sebab, citernya tak meleweh. Mobile suit dan Gundam bertarung pun aku bole jadi teruja. Rekaan karakter pun lawa. Ohh, aku sudah tentu sukakan Exia Gundam. Sangat suka. Nampak sangat cam ringan je Exia tu, berbanding dengan Freedom Gundam yang kat dalam SEED walaupun Freedom lagi terer.

Dan... jalan citernya mungkin agak rumit sikit berbanding konflik kat dalam SEED. Tapi Double O sangat best. 4 orang Gundam Meisters vs Union, HRL, AEU. Lagi best dowh!! Aku sukakan Setsuna F Seiei dan Lockon Sratos. Yang menariknya, Double O melibatkan beberapa negara pak arab :)

Owh, panjangnye aku membebel. Bukannya korang faham pun. Kalo tak minat, sila abaikan entri kali ini :)
Bagi yang teruja nak tahu siri Gundam terbaru, sila saksikan trailer ini.





oh, gotta go. sambung balik tengok Gundam 00 episod 16 season 1. haha. lambat. :D

Sabtu, Januari 30, 2010

Karutan.

Assalamualaikum and greetings.

Oke. Tadi penulis membaca majalah Disney milik adiknya yang darjah 2. Hahas. Tiada kerja dowh. Penulis suka membaca, membaca benda-benda yang menarik minatnya sahaja :P dan sesuatu telah ditemui. Dan sesuatu itu membuatkan penulis naik gedik. Huhu.

Lets check it out yo.

Chumelllnyeeee.... Aku pun nak dipeluk cam tu gak!!
Dipeluk dengan bear, oke.

 
Eeeeee~~ Mereka tersenyum. Awwww..... sangat sangat ahhhhh....
Fotogenik juga ya si chimpanzee itu. haha.

 
Si kakak tua sedang menghangatkan si tikus yang kesejukan.
Awww..... terharunyaaa...

 
Ahaha... sama warna, sama chemistry. 


Penulis menjadi semakin gedik taktala melihat gambar ini. 
Kucing tu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat lah
coooooooooooommmmmeeeellllll !!!!!!!!!!!!!!!!
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
*tahan teruja. fuh fuh...*


Aduyai, cukuplah setakat lima gambar, nanti semakin menjadi-jadi pula. Oke, mahu bersiap-siaga untuk praktikal kereta esok. Perlu tidur awal dari biasa. =]  Jyaa.. Oyasumi.


Selasa, Januari 26, 2010

Berangan.

Assalamualaikum and greetings.

Rindunye kat Senah.  Dah lama tak jumpa dia, tapi nowdays selalu sembang kat Facebook. Hurm, aku tak jumpa dia sejak dia pindah masa aku form 3. Awal tahun. Satu-satunya my BBF yang aku jarang bengang dgn dia. Kteorg dah kenal sejak darjah 4. Ayah kami pun kerja kat tempat yang sama. Cuma, ayah dia pangkat timbalan komandan la. Everybody luv En. Alias.

Aku rajin pinjam komik dia. Huhu. Asal dia beli komik baru, aku la org pertama yang buat tempahan. Pastu, rumah kteorg dekat je. Dok satu lorong taman, and selang 2-3 rumah je. Kalau ade rasa nak pergi beli komik, kteorg berdua selalu kayuh basikal sama-sama walaupun tengahari ke, petang panas terik ke... demi minat, kteorg tak kesah. Pergi sekolah pun sama-sama. Sejak darjah 6 sampai la dia tamat sekolah. Aku menangis gile-gile masa malam sebelum dia nak pindah. Sampai dapat demam. :)

Malam tadi, aku semacam dah berjanji lak nak belanje dia makan KFC. Tapi, aku mintak dia turun ke Johor dulu la. Bler ade kereta dan dapat lesen kereta, baru dia turun sini. Aku rasa, benda tu lama lagi, dalam setahun 2 lagi. Aku kata, kalau aku dapat Myvi putih, baru aku gi tempat dia. Sambil-sambil tu, bole ronda-ronda ek, sekitar daerah Sepang tuh. Tak pun turun KL pergi shopping. Hihihi.

Banyak-banyak kereta, kereta Myvi la yang paling aku minat. Lagi-lagi warna putih. Coz cam direka khas untuk golongan hawa. Feminin gitu. Kalau ayah bagi sebijik, aku rasa nak decorate je Myvi tuh. Decorate dengan sticker bunga-bunga. Cam ni...


Lawa tak?
- tapikan, mak tak suka.. huhu. mak pun nak pakai gak. -

Haa, ni lah kereta idaman aku. Tapi nak Myvi pesen baru la. Kaler putih of coz! Aku tak minat kereta besar-besar nih. Susah nak parking. Agak je. Tapi, cam ye. Suka naik je, tak suka nak bawak.

Lagi satu, aku sungguh berkenan tengok Mini Cooper sjeak akhir-akhir ni. Ayah la dulu yang minat giler kat kete tuh, tapi skarang dah tak minat sangat. Minat tu pun pass kat aku. Aku jadi cair tengok Mini Cooper kaler coklat. Lawa giler.



Cun tak?

Haha. Tak sangka pulak aku terjumpa duo nih. Gandingan warna faveret. Putih and brown+putih. Cam coklat  Cadbury lak. Yang putih adalah MilkyBar Cookies dan coklat adalah Cadbury Black Forest Chocolate.  Eeeee.... geramnye. Makin lama tengok makin suka. Fuhhh, nafsu..nafsu.

Yang coklat dinamakan Mini Cooper 50 Mayfair dan yang putih dinamakan Mini Cooper 50 Camden.  Dikeluarkan sempena meraikan ulang tahun ke-50 Mini Cooper. Rupa-rupanya dah nam sama tua dengan Parents ek? Tapi Parents lagi muda :)

Simpan saja la hasrat hati. Tapi..... ape~ yang penting? Myvi putih!

||Picture of Mini Cooper and news credit goes to Autoweek.com
||Picture of Myvi credits goes to anonymous.

Ahad, Januari 24, 2010

Merapu. membebel. Merepek.

Assalamualaikum and greetings.

Actually aku saje-saje nak merepek kat sini tanpa sebab utama atau ade topic hot nak citer. Sebab dah tak sekolah, ehh... dah habis sekolah... so.. life is like empty. A bit....
  
Merapu.
By the way, I went to pusat ujian berkomputer JPJ last week, on Thursday. You know, aku study hanya dalam 2 hari je. Hari Sabtu pergi kursus. Malam Selasa baru start study. Cuak giler. Cuak sangat sangat. Sebab kita tak tahu, soalan ujian JPJ ni cam soalan SPM ke, UPSR ke, PMR ke... so, buku yang diberi masa kursus JPJ,  habis dilanyak. Kawan aku bagi suggestion untuk hafal sume soalan. Aku tak ikut pun tips dia. Itu cara dia... and by the way...dia dapat 50/50 bagi test tuh.

Tapi, overall.... Alhamdulillah. Result sangat memuaskan. Lulus. Susah? Ohh.... sangat susah. Kalau kau amik ringan, maka markah kau pun ringan jugaklah. Pakai logik akal. Ade kawan dapat 50/50, ade yang dpt 49/50. Ade 43/50. 47 and etc etc. Tapi, tak kesah la. Bukannye kalau markah penuh,, nanti masa amali kereta, dapat bawak Mini Cooper ke, atau yang dapat markah lulus yang cukup-cukup makan tu dapat bawak Proton Saga edisi 1990-an. Asalkan lulus, sudah la.
Kalau tak lulus, kene ulang balik. Kene bayar balik. RM50. =)

Next week, mulai mengorak langkah ke alam amali kereta. Belajar pandu kereta kat pusat JPJ. Pegang stereng, gear, tekan minyak, and vrroooommm.....Yahooo!! Googlee!! Seronoknyaa~ Oh,, bawa RM150.
Hurm.... nampaknya aku sorang-sorang la nnt. Kawan yang lain dah lepas. Ade yang dah dapat L. Ade yang blom lagi masuk. Uwahh... im alonneee... ='(


Membebel.
Today is 24 January 2010. Happy besuday to my jr. Okey, he is a boy. Hurm, aku keluar dulu hanya 4 bulan awal je. Tapi, aku berbasa-basi dengan dia "akak-kamu". Kalau ade orang, bahasa tu jadi lain... dia jadi.. "aku-ko". Ahahaha. Janggal betul la nak berbasa-basi "akak-kamu" depan orang. Dia dah la budak lelaki. dan dia sorang je budak lelaki umo 17 tahun (2010) yang panggil aku "Kak Bell". Meletakkan gelaran "kak" dihadapan nama senior. Aku, tak kesah.. Tapi, terasa tua pun ade.

Pernah dulu ade kawan dia bernama S. Dia panggil kawan aku yang bernama S jugak. Oke la, kawan aku tu, Syarafi.
Dia panggil, "Syarafi!" ... bile aku tanya S kenapa panggil dia cam tu dan kenapa tak panggil "Abang Syarafi" (yela.coz kamu kene hormat senpai@ senior.) ..dia jawab ape.. "Ala... Syarafi tu bukannye abang aku pun." . Siut. Tapi, ade rasionalnya.  Gelaran paling aku tak sangka aku terima adalah dari seorang yang muda dari aku bernama *****. Dia panggil aku "Bell". What???!! Bell?
Ade gak yang panggil aku "Salsabilla". Budak S tu la. Amboy. Sesedap lidah dia je. Full name without "kak", called by junior, male junior, makes me feel weird. SERIOUSLY, weird.

Aku anggap orang yang panggil aku "Bell", orang tu dah kira rapat dengan aku. Otherwise, aku akan berkerut kening.

Merepek.
Overall, aku sayang sume junior aku. adeq sendiri pun sayang juga. coz, kau orang junior yang tersangatlah comel dan comot. hihihi.

Word sayang tu pernah jadi skandal besar dulu, kat tingkatan 5. Kat skolah, aku ade peminat. hehe. Him and same age. pernah suatu hari, budak tu kirim salam dari luar... padahal masa tu aku dan classmate duduk dalam lab physic. Tunggu cikgu masuk.  Kengkawan aku punyerlah riuh menyampaikan salam tu kat aku yang tak jauh dari tingkap. Then aku without no feeling and expression, balas "Oh, terima kasih. Aku sayang sume peminat-peminat aku."

Maka bermula lah kisah, ...skandal. Huh,,,,
no feelings kay. no feelings at all.

Rabu, Januari 06, 2010

3 Lessons.

Assalamualaikum and greetings.

Hari ini sangat memenatkan. Tenaga yang dibekalkan oleh Nasi Lemak yag ayah beli rasa-rasanya berbaki 25% hingga pada masa aku menaip entri ini. Lagi 75% telah dibebaskan semasa menjalankan aktiviti sepanjang (anggaran) 5km.

Hari ini aku dapat belajar tiga perkara.

Pertama,
Camne nak daftarkan diri untuk ambil lesen memandu. Pendahuluan adalah RM 160. Sabtu ni ade kursus, dan kene pakai sepatu... kata nyonya tu. Dia tanya aku, "Awak nak amik lesen apa? Lesen motor atau lesen motor+kereta?"... aku jawab, "Nak amik lesen kereta."
Nyonya tu tengok aku semacam. Pelik. "Awak nak amik lesen kereta je?" ... aku balas, " Iye.". Dalam hati aku cakap, "Aku ni mana la reti nak bawak motor, dia belum tengok lagi aku datang kat tempat dia nih dengan apa.... "
Bayaran sume adalah RM700. Mak aih, mahalnye. Bagi aku yang tak tahu menahu pape pasal duit nih, mmg la mahal. Sebab RM 700 bole sara keluarga aku.
Oke... aku bitaw. Aku datang ke tempat nyonya tuh naik basikal. Ada faham?

Kedua,
Camne nak buka akaun CIMB Bank, aku bukak akaun CIMB Islamic. Oke, bagi korang mungkin nampak biasa, tapi aku manalah pernah nak mematangkan diri nak buat perkara-perkara cam ni. Lagipun ni la akaun bank aku yang angah. Yang along tuh Tabung Haji. Aku pergi sendiri. Aku ulang balik.. Aku pergi sendiri. Cuma lupa bawak pen hitam. Tapi aku tahu, takkan la kat bank tak de pen hitam...
Kerani tuh tanya, "Awak bukan 18 tahun lagi?"... aku jawab, " Tahun ini saya 18 tahun. Tapi belum masuk lagi umo 18 tuh." . Aku terasa sikit la pasal faktor umo nih. Aku dok kat line sempadan dewasa dan kanak-kanak. Aku baru beberapa bulan je jadi 17 tahun. Huu, mude lagi.
Urusan punyer la lama. Akak tu kata aku tak bole wat kad ATM coz parents tak de. Aduyai, ayah suruh buat kad ATM skali. Last2, aku call ayah. Ayah pun datang cam superman. Tak sampai 3 minit, dah sampai. Kerani tu pun terkejut.
Bestnye dapat akaun bank, aku bole beli barang online <-- niat jahat. Yang utamanya, mak nak masukkan duit untuk aku sambung blaja kat luar sane tuh.  Hurmmm, nampaknye aku kene upgrade wallet aku yang dah pakai sejak Form 2 tuh. Heee.

Ketiga,
Camne nak wakilkan mak bapak, merayu kat pihak sekolah agar adik Tingkatan 1, dapat masuk Kelas Aliran Agama atau KAA. Ini bermakna, aku ke sekolah. YEAY!! Seronoknya! Mula-mula, malu.. tapi sesampai je, dah hilang malu tuh. Aish, best tol tengok junior2 tgh blaja dalam kelas smbil pakai baju unit berunifrom. Aku sengih sorang2... huhu. Aku jumpa GPK 1. Malas nak jumpe pengetua. Tiada sebab konkrit.

Lame gak den menunggu dalam pejabat GPK 1. Sambil2 tu sempat gak la bersembang dengan beberapa orang guru. Tanye khabar. Diaorg pun tanya pasal aku and kenapa aku bole ade kat situ. Aku cakap, "ade urusan dengan cikgu maarof". Malas nak citer panjang lebar. Setat dari kul 11 pg smpi 11.45pg den menunggu.

Dah jumpe cikgu, cikgu suruh pi buat rayuan kat PPD Muar. Oh... xpe la. Dia pun bagi alamat PPD. Pergi terus ke PPD pun xpe gak.
Aku hanya mengangguk. Cikgu pun bukak citer pasal PMR baru-baru nih yang sangat membanggakan SMKBG. Aku pun turut bangge... Selesai tugas, pulang ke rumah, sampai dalam pukul 12.15tgh.

Balik, terus sambung buat keje rumah spt kemas dapur, kemas rumah.. check lunch. Memang dah jadi totally housewife la aku nih. Tak pe, training dari sekarang. Lepas ni nak blaja kat luar, mana sempat nak pikir hal-hal rumah tangga? Focus untuk dapat pointer terbaik je. Jadi makguard part-time kat rumah pun best gak. Kerja pagi, habis tengah hari. Cuma yang tak best, xde gaji la. Huhu..

Isnin, Januari 04, 2010

Can't Go Back To School.

Hari ni budak-budak yang bersekolah mula memasuki ke alam persekolahan yang baru. Kalo yang darjah satu, diaorg naik ke darjah dua. Kalau yang darjah enam, sekarang sudah masuk ke alam sekolah menengah. Yang mengambil PMR tahun lepas juga, hari ini mereka merasai suasana sebagai pelajar menengah atas. Manakala yang bergelar pelajar tingkatan 4 tahun lepas... kini mereka sudah memasuki tahun terpenting dan genting serta tahun yang paling indah dalam mana-mana tahun persekolahan mereka. Percayalah.


Manakala aku, dok kat rumah. Doing all the housework. Aish, tahu tak... aku terpikirkan sekolah.
"Hurm.. masa ni mesti junior aku tuh tengah susun kerusi kat atas pentas. Tapi gelap lagi nih. Dia dah sampai ke? Harap-harap cepat la dia sampai. Kang perhimpunan lambat nak mula....

" Ah.. perhimpunan. Sape lar yang jadi MC? Takkan la junior lelaki aku tuh? Kalo ya, pecah tradisi nih! huhu..Tapi, among budak F4 pengawas perempuan tahun lepas... diaorg ni jarang nak naik.. yang lelaki je yang slalu dtg menyebok. Sabar menanti berita dari juniors ni... Mesti pengetua buat ucapa panjang berjela. Lagi-lagi pasal result PMR baru-baru nih. Membanggekan giler. Junior kesayangan aku dapat tempat ke-8 peringkat kebangsaan. Wow. Terharu betul aku. Dan ade lagi 5 orang yang dapat 9A serta 8 orang 8A. Result terbaik sekolah. Tahniah diucapkan...

" Kalo sebut pasal pengawas. Sape ek yang jadi ketua pengawas. Sape yang dapat jawatan timbalan? And yang aku paling nak tahu, sapa yang ganti tempat aku kat perhimpunan tuh. Eeeee... syoknya kalo dapat tengok diaorg lagi....

" Camne ek, kelas 5 Sains 1 aku tuh. Mesti diaorg dah arrange meja dan kerusi. Lain punyalah! Sape la yang dapat meja aku. Dan aku ada menconteng sesuatu masa exam SPM 2009 kat atas meja. Sebagai tanda aku pernah berada kat situ. Mesti ada orang padam punyalah. Dan paling penting... aku nak diaorg baca perasaan aku masa tu...

Adui.... aku dah mulai merasai kebosanan golden holiday aku. Dok kat umah, ASTRO cam takde pape yang best je. ANIMAX serta pakej Variety ayah dah tuko dengan Movies. Movies, asyik dok ulang-ulang tu je. Pergi Facebook, xde pape pun yang best. Ade tenet, tapi tataw nak wat ape. What the heck. Pigi baca komik la. Terisi gak masa yang kosong. Nak habiskan chapter 54 n 55 Bokura Ga Ita. Adeq pulak tgh bace Ungu Karmila. Best gak Ungu K. nih. As expected from Ramlee A.M. Karya yang tak bole nak jangka. Malangnya aku ni dalam proses nak jadi mastermind... hehe, therefore tekaan yang dibuat sume betul!  =]

Sabtu, Disember 26, 2009

Tadaima!

Tadaima!

Sseorang patut mengatakan "Okairinasai" kepada aku.... hurm...

Aduh.... rindunya pada internet. Rindunya pada blog...
Padahal tiada apa-apa perubahan pun~

Oh bestnya cuti!
Dapat la den tengok Bleach episod 1-4 dan Tears To Tiara epsiode 2-7, hehe...
Den dapat tengok gak  Twilight Saga: New Moon di panggung sebagai simbol den memulakan cuti den yang penuh indah ini...
(p/s: Lanz... kite seri sekarang dalam bab Twilight, kalo tak, ko je yg dpt tengok New Moon tuh)
Den gak beli tiga novel. Den dah mula kumpul novel nih..


Parameter Aquila (Nuriazam Ismail)




Titian Nabi (Muhammad Masykur A.R. Said)




dan paling den tak tahan...
den katakan buku inilah... satu-satunye buku "cinta pandang pertama" den...


Hatiku Di Harajuku (Ramlee Awang Murshid)

 






Hoho... den suko benor dengan buku-buku yang den jumpa nih...
Den cam dengo ade orang telan air liur... hurm...


Den pegi jugak kenduri sedare den kahwin kat Sungai Petani. Tu lah kawasan paling utara di Malaysia (dan dalam seumur hidup den) pernah sampai... 


Nota kaki: "Tadaima" bermaksud aku sudah pulang dalam bahasa jepun dan menjadi kebiasaan bagi sesorang yang mendengar ucapan tersebut untuk menyahutnya dengan "Okairinasai" yang bermaksud.. selamat pulang.. Kalo den salah, betulkan.

Khamis, Disember 10, 2009

Jangan tiru perbuatan ini.

Halou dear readers!

Hari semalam mak ajak pergi sekolah dia. SKS, Muar. Pergi kemas-kemas perpustakaan. Peh, memang cam tongkang pecah! Sebab sekolah mak, bangunan baru nak dibina. Jadi Perpustakaan sekolah pun terlibat sama. Pasal ada internet bukan school net kat bilik akses tu lah aku pergi, walaupun risiko tak dapat tengok Detective Conan episod 224 sangat besar.

TV kat perpustakaan sekolah mak rosak. Mak suruh pergi tengok kat pejabat. Thehehe~ Demi Conan aku nak jugak tengok!
Dengan bantuan mak (aku dan adik-adik aku malu nak cakap nak tengok TV kat kerani tuh), mak mintak tolong kat kerani tuh. Tapi kerani tu kata, TV tu miong sikit. Bukak kul 10 pg, kul 12 tgh baru kuar suara. Huhuhu... mana bole.

Last-last mak mintak kunci bilik Prasekolah. Pasal, kat bilik Prasekolah ade TV!! Horeyy!! Aku dan adik-adik aku berlari-lari anak ke bilik Prasekolah sambil menjerit "Yeyeh... Demi Conan aku sanggup buat ape saje!! Demi Heiji Hattori!! Waaaaahhh!! "
Akhirnya dapat tengok dengan amannya episod kali ini~ Dan sempat gak main-main dengan peralatan dak prasekolah tuh... Huhu, syoknye...


Balik sekolah mak, kiteorang pergi beli makanan kat sebelah Stesen Pam Minyak Petronas. Mak pergi beli lauk sebab dah tak sempat nak masak dan aku pulak pergi beli novel grafik sebab dah lama aku tak membaca novel grafik yang terbaru nih. 

Judul novel grafiknya adalah "Bayangkan Terbang" atau dalam bahasa asalnya ( Bahasa Cina) "Imagine Flying". Mengisahkan seorang pereka barangan kemas yang seringkali terdengar alunan piano yang indah dari apartmen sebelah apartmennya. Alunan piano itu memberikan inspirasi buatnya untuk melahirkan idea-idea yang indah dalam rekaannya.

Pertemuannya dengan pemain piano, mengubah hidup mereka sama sekali.

Gambar sebelah ini adalah versi Prolog atau Permulaan.





 "Bayangkan Terbang" adalah sebuah novel grafik yang menyentuh aspek impian manusia dalam mengejar mipinya, kegigihan, keindahan dunia piano, persahabatan serta nilai-nilai kekeluargaan.


Apa yang menarik aku untuk membacanya, unsur muzik piano yang menjadi latar kepada cerita ini.
Surprisingly, pada penghujung cerita ini, aku menangis. Heheheh, aku jarang menangis masa membaca novel grafik nih...



Gambar di sebelah  ini menunjukkan versi Epilog atau Pengakhiran.



Hari ini aku merdeka. Tetapi aku menangis. Permata SMK Bukit Gambir telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Encik Roslan bin Paimin, Kaunselor sekolah yang telah banyak berusaha dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dalam dan luar sekolah berjalan dengan lancarnya... Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya di Muadzam, Kuantan.

Secara jujurnya, banyak-banyak kaunselor kat sekolah tu.... Kat Cikgu Roslan ni je lah yang aku tak kepala batu sikit. Aku salute cikgu nih.  Kat cikgu Kaunselor yang lain, aku kekadang ada gak memprotes dalam hati.. tapi kat dia nih, aku salute la...
Al-Fatihah buat arwah Cikgu Roslan bin Paimin.

P/s: Jangan melewatkan study. Jangan buat sekolah orang cam sekolah kamu sendiri. Jangan membaca novel grafik padahal esoknya aku ada exam SPM. Jangan membengkeng Kaunslor sekolah... dan JANGAN tiru perbuatan buruk yang terselindung dalam entri ini!!

Selasa, Disember 08, 2009

Shh... diam tau!

Peh, aku rase dah 1/4 roh aku melayang. Soalan Kimia susah giler. Kertas 1 memang susah....
Dibalas pula dengan kertas 2, ohh.... kertas 2 okey-okey saja~
 TAPI! Kertas 3..... roh dah kuar la.... Tajuk yang aku tak master tup-tup kuar! ELECTROLYSIS!!! Noooooooo!!!

(ehem. aku hanya nak memperkasakan penggunaan metafora aku neh.. *tunjuk ayat kat atas*)

Aku online kat Facebook tadi. Ada Application Invitation dari kawan. Application tu mengenai Rahsia Nama Anda...
dan resultnya cenggini...

S : Anda seorang yang berpengetahuan.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
S : Anda seorang yang berpengetahuan.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
B : Anda sentiasa berwaspada apabila mengenali kenalan baru.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.


Anda seorang yang berpengetahuan.Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.Anda sentiasa berwaspada apabila mengenali kenalan baru.Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.

LOL!! Huruf "L" tu ade tiga. Means, tiga kali ganda la sifat aku pada huruf "L" tuh.. haahahahaha!! Huruf "S" ade dua.  Means..... erm... tak mau angkat bakul lah! Hehehe... (",)v

Tapi ape yang tulis kat situ sumernye betol-betol belaka! Itu la sifat aku yang sebenarnya kalo nak tahu.


Nota kaki: Alar.... terbongkar rahsia nama aku...

Isnin, Disember 07, 2009

Dah 5 hari tak membebel.

*sniff sniff*
Tangan aku ni berbau ikan keropok lekor yang blom goreng. Baru pas tolong mak potong keropok lekor. Ekekeke. Sounds sekeleh punya budak perempuan ne? Aku dah cuci tangan la.. Sabun yang bau wangi lagi tuh. Dun worry.

Biar la.

Argh! ( <<-- Bunyi apa ini?? )
Semalam best gilerrr... Aku dapat tnegok Detective Conan episode 219 kat YouTube. Peh, baru puas ati aku yang tak puas tengok episod selama 2 jam tuh, pasal Kid Kaitou!! Kyaaaaaaaaaaaaaa!!! *fuh, kegilaan terhadap Kid Kaitou mulai menyerang kembali*...  Kat TV3 ada siarkan minggu lepas, tapi aku tak dapat tengok


Ari tu pekse Fizik memang best! Best ape? Whoa... tahap kesukarannya memang bessssssssstttt sangat (lol... perli nih. ). Paper 3 yang buatkan aku jadi sebel (menyesal dan sedih) giler-giler.  Experimen yang disuruh buat adalah mengenai spring dan electromagnet pakai konsep Lenz Law...  Aku mule-mule tengok dua-dua eksperimen ni cam susah jew.

Tapi, biler selak balik,,, boleh la nak jawab. Aku jawab soalan pasal spring. Tapi ada satu step penting aku lupe nak letak!! Bler tanye cikgu balik, aku rase ragu-ragu, btol ke konsep eksperimen aku buat tadi. Ni tak lagi menyesal. Yang aku sebel sangat, apasal la aku tak buat pasal electromagnet ??!?!?!?! Senang tahap gaban la bole dikatakan... hish... pasai apa la aku anti sangat dengan soalan-soalan berkaitan dengan elektrik nih?? 


Tergerak hati nak buat dua-dua eksperimen, tapi aku tak nak buat. Tu pasal aku jadi sebel. Huhuhuhu... apa bole buat... Huh,,,


Esok (8 Disember 2009) kertas Kimia. Bagi pelajar yang mengambil aliran sains 10 subjek (tak termasuk Tasawur) mereka dah bole merdeka lah esok~~~ Maka yang aku nih, yang ambil Tasawur sebagai subjek kesebelas aku, tarikh merdeka aku ganjak dua hari.. Huhuhu... 10 hb. Aku blom bace ape-ape lagi Tasawur neh. Memang cari pasal betol. Esoknye, 11hb pulangkan buku teks..
 Ayah kate nak balik kampung 11hb gak. NOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!    Tak mau balik awal-awal!! Nak main internet lama-lama... Kat Kampung ada Astro yang xde pakej movie je... (penangan anak yang dah setat mengada-ngada. =D ) . Mak kate ganjakkan satu hari. Laa... satu hari je? Balik la pada hari yang xde Detective Conan kat TV3  ...  Hui, takkan nak bagi alasan cam ni? Mampus kene tembak dengan machine gun (bebelan) parents...

Ape-ape pun tahun kesengsaraan aku berakhir tahun nih!! Yeyeyeh.... Meh kite same-same  gelakkan calon-calon SPM 2010. Hahahaha....!!! Rasakan la penangan yang penuh azab sungguh memedihkan jiwa dan raga. Jangan ingat nak enjoy je. Tahun depan memang tahun honeymoon korang yang ter-best dalam sejarah hidop korang ne? Honeymoon dengan kertas-kertas kerje, buku-buku rujukan, sumber-sumber ilmiah dan kelas-kelas tambahan (ah, genap 4 bini... ). 

Anyway cuti mak kata nak pergi melancong ke utara. Penang dan Langkawi. Peh bestnyeee..... Rombongan kelas ke KL, 17 hb Disember, aku tak pergi coz dah nak dekat dengan kenduri kahwin akak sedare kat Kedah, 19 hb Disember.  Pastu dibalas dengan pergi Penang dan Langkawi. Ya Allah, jadikanlah kata-kata ini kepada suatu realiti!!
Balik dalam sebelum Krismas atau selepas Krismas. Kampung aku jauh beb, Perak di nun utara Perak (ha??). Layak lah aku balik kampung. Raya haji tak balik. Raya puasa pun tak balik. Gara-gara aku nak pekse la. Rindu kat Opah!

Perancangan pas SPM, aku nak amik lesen memandu atau Driving Liecense dan menaik taraf skill memasak aku nih (dan tak lupa pada projek membesarkan perut aka makan). Cewah... Aku pun nak jadi blogger aktif dan cuba sedaya upaya untuk mencantikkan blog aku yang comot ni kepada lebih comel. Heee.. Kalo bole nak make money online gak dan bukak blog hanya ada karya-karya aku jew. Dari lukisan ke cerpen ringan.

Okey lah. Aku rasa dah panjang sangat entri neh, aku pun nak sambung study pasal tajuk Salt, Form 4.
K. Wassalam. Daa~~~



Isnin, November 30, 2009

2 hari kegembiraan.

Huhu!
Assalamualaikum~
Salam Aidiladha buat Lanz dan juga kepada sesapa yg membaca blog ini~~~

Dua hari kegembiraan?
Ya. Hari Semalam (29.11.2009) dan hari ini (30.11.2009).

Semalam. Pagi.
Dapat tengok Barbie and Three Musketeers hee. Cam budak-budak kan?
Tapi apa nak buat... aku suka tengok citer Barbie.
Ehem. Citer aja de~
Abes Barbie, citer Conan pulak menyusul. Hoohohohho~~ Aku memang minat gler kat cter ni.
Lagi-lagi episod semalam ni pasal Kid Kaitou dan Shinichi Kudo!
kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~ Gandingan mantap yang membuatkan aku naik errr... sedikit ke-gedik-an...
Ehem...sikit je.. Pantang la jumpe watak yang aku minat.
Aku minat gler kat Kid Kaitou neh... dan semalam dapat reveal muka sebenar Kid Kaitou!! KYAAAAAAA!!!
(~.~) padahal aku dah tahu dah pun pasal muka sebenar Kid ni... hee
Malam. Di saluran 411 ASTRO, HBO.Ada Kung Fu Panda.
Aku tahu cter ni betol-betol genap usia setaon pada bulan neh.. Walauapapun~
Aku seronok dan terhibur pada tahap maximas masa aku tengok kartun ni dengan famili aku. ( ^_^)v
Animasi dia memang sejuta bintang la aku kasi. Gaya Kung Fu yang dipakai memang mampu menghidupkan kembali
semangat "kepahlawanan" yang dah lama terkubur (dalam setaon) dalam sanubari aku neh... hehe.
Aku memang minat citer-citer aksi neh,,,,

Hari ini. Pagi.
Hari ni pekse SPM Biology. Ulasan? Hmm....
Ape yang aku rase "suam-suam" nak bace dan bacanya dengan skali imbas... tup tup memang kuar. Hehhe.
Sepanjang pekse SPM ni, itulah yang sentiase berlaku mase aku nak ulangkaji.
Yang "suam-suam" tu la yang kuar. Hooo... alhamdulillah bace... walaupun skali imbas.
Alhamdulillah juga, Allah wt kurniakan memori yang agak kuat kat kepale aku nih.
Seronoknya dan tak lupa juga alhamdulillah skali lagi yang aku dapat menjawab Biology dengan "SYOKNYA".
Aku enjoy la paper Bio ni... (T_T)
Kawan-kawan aku kata, "Wah... tengok Bell. Berkobar-kobar nak pekse"  ataupun...
" Tengok Bell.  Cool je.  Mesti dah banyak baca ni."
Haiz...... =.=" mane ade. Honestly, aku bace khas untuk aku score kat bahagian B kat Paper 2 je...
Paper 3 aku baru nak bukak buku dalam 40 minit sebelum pekse.
Untuk paper 1, lagi la.... tak bace langsung.

Cuma... cuma...

Badan aku semanjak dua menjak ni jadi laen macam lak.
Aku dah tak boleh nak makan kenyang-kenyang cam dulu.
Pagi tadipun badan aku semacam je. Rase mual la. Mungkin sebab perut aku kosong kot?
Atau aku banyak makam malam tadi? Atau sebab aku tak leh baca buku byk sgt?
Tapi...Alhamdulillah.. tak jadi yang buruk. Taw2 la. Mim wau nun ta ha.

OK la. Nak tutup entri ni dengan~~~ Gambar Kid Kaitou!!!



*melts*

Rabu, November 25, 2009

Tiub U?

*Kira pakai jari*
Sekarang ni dah 7 subjek lepas...

Komen tentang SPM 2009?

=.=   no komen la. Susah pun cam tu. Senang pun cam tu gak.
Azab tu tetap azab.
Cume dpat berharap, berdoa dan pasrah..... semoge penanda kertas pekse aku ni.... lembut hatinya nak beri markah kat aku~ Hee...

Lupakan pasal SPM sat.
Aku nak tengok musik video Yui - LIFE sebenarnya, tapi aku taip lain lak...

Ni lah ape yang aku jumpe.




dah sah sangatlah... aku kenal sapa atok dalang-atok dalang yang membikin klip video ni.
Budak-budak 4 SC 1 2009.... T_T... macam lah aku tak kenal...
Cameraman pun kenaaaaaalllll sangat lah!! Mungkin cameraman tu yang buat klip video ni... heee~~
Akan ku bongkarkan jua misteri ini...
 
ada banyak lagi video yang berkai rapat dengan sekolah aku ni kat Tiub U.
Jenuh nak tengok. Dengan shuffle, event-event sekolah... dan sebagainya~~


p/s: Cikgu Kimia aku ade kata, ramalan SPM Chemistry ade kuar Tiub U. Pasal Redox reaction. Harharhar.