Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 15, 2010

Sesi merawat hati :D

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum and greetings.

Seminggu je lagi. 7 hari je lagi. Haaaahhh~

Mengeluh? 
Tak de lah sangat. Tapi ade lah juga  =/  Masa sengal tuh, selalu lah juga mengeluh :((

Berat hati? 
Tu dah lama dah rasa. Setiap masa la kot.

Sayang? 
Sentiasa. Sepanjang masa, sepanjang hidup. Sayang kat mak n ayah. Sayang kat adik-beradik.

Gementar? 
Makin dekat, makin gementar. Makin lah kalut.

Teruja? 
Istilah nih masa mula-mula je ade, masa bosan duduk kat rumah, sekarang dah lesap ke mana entah. 



Oh, cuti. Inilah tradisi aku. Memula cuti golden holiday bosan tahap gaban. Pas tu pulak, dah nak habis baru terasa banyak lagi benda belum buat. Haihh, ape nak jadi wahai diri. { Out of topic }

Sabarlah. Ini ujian dari ALLAH swt untuk kamu menjadi seorang yang tabah. Ingat tak lagi, moto diri, matlamat untuk membentuk diri menjadi seorang yang tabah dan sabar?  Menjadi seorang muslimah yang fleksibel dan "cool" ?

Dapatkan setahun pengajian asasi. Tak nak dok lelame kat Nilai. Tak nak susahkan mak ayah lama-lama. Kena aim untuk ke Level 6 atau Exempted dalam EPT masa minggu taaruf. Insya-ALLAH, mudah-mudahan.

Aiming for muslimah berjaya dapatkan excellent pointer. Dapatkan scholarship baik-baik. Doa tak putus.
Ubat hati dengan mengingati ALLAH swt. Percayalah, DIA sentiasa bersama kita masa senang dan masa susah. Bila kita ingat kat DIA, DIA ingat kat kita balik. Jangan hampakan harapan keluarga dan harapan orang yang dah susah payah bantu kau. Lakukan yang terbaik.

Percayalah, UIA Nilai adalah yang terbaik untuk kau!

Yosh! Ganbatte kudasai! No matter what will happen, I'll never give up! Always stand up!

Nota kaki: Hooo, dari layu jadi segar balik :DD

Ahad, April 18, 2010

From this point.

Assalamualaikum and greetings.


Sudah decide. Sudah pilih. Aku akan berubah. Mungkin kepada manusia yang tidak berhati perut.

Cam gila kan bunyinya? Nak menjadi kepada yang lebih buruk. Tapi, aku masih lagi waras. Aku berubah atas dasar: aku tak mahu disakiti lagi. Aku tak mahu menyakiti lagi.

Walaupapepun, nilah pilihan aku. Aku akan terus jadi "manusia yang tidak berhati perut" sampai suatu masanya. Tak peduli ape yang orang nak cakap. Sombong ke, ape ke... Janji iman aku dan maruah aku tak tercalar , walau sedikit pun selepas aku melangkah keluar dari rumah ni dan aku tak mendekati maksiat.

Sudah serik. Cukuplah untuk tiga kali. Aku tutup hati aku untuk yang keempat, sampai tiba waktunya.

Ahad, Februari 07, 2010

Septemberians.

Kajian doktor Fadzilah Kamsah mengenai budak-budak Septemberians nih... antaranya aku lah tu.


Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap.

Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri.

Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

Komen penulis:  90% adalah betul.

Ahad, Januari 24, 2010

Ketaatan.

Assalamualaikum and greetings,

Ohkay, this is crazy, two posts in a day.
Aku memang dah tak de keje nih.

Masa lepas sesi mengaji maghrib tadi, ayah buka satu topik. Ayah start ceramah. And... tajuknya mengenai syurga. Coz, adik bongsu start tanya pasal syurga. Ayah kata, kat akhirat nanti. Seorang hamba ALLAH swt akan dapat sebuah syurga. Aku mula terfikir. Tak ke rasa sunyi nanti sebab dok sorang-sorang je dalam syurga yang luasnya ALLAH swt je yang tahu?

Aku tanya la ayah. Ayah cakap, tak de la rasa sunyi, coz kita bole ziarah-menziarahi syurga orang-orang lain. Kiranya dah jadi kediaman kita ek? Lagi pun, nanti akan ditemani dengan bidadari bagi muslim, dan wildan (pelayan lelaki) bagi muslimah. Dan tentunya bidadari untuk muslim tu adalah isteri-isteri mereka yang taat dan kekal dalam syurga. Aku jadi cemburu pulak dengan bidadari. Bukan cemburu buta @ cemburu nafsu. Coz, bidadari tu tahap taat dia pada bakal suaminya nanti, tahap gaban tau. Camne, manusia muslimah cam aku ni nak buat taat cam tu ek? Taat tahap gaban. Hurm...

Adik tanya lagi. Kalau ayah masuk syurga, habis satu family pun masuk sekali juga ke. Ayah sambil tersenyum dia cakap, "Ya. Anak-anak dan isteri pun akan turut masuk bersama-sama suami@ayah. Walaupun, isteri dan anak tu tengah diseksa dalam neraka." . Wau, Maha Pengasih ALLAH. Ayah sambung lagi, "Ada yang masuk ke syurga secara berseorangan, ade yang bersama-sama keluarga, ade juga yang masuk secara berpasangan. Tapi kebanyakannya, masuk secara sendirian berhad."

Romantiknya. Masuk syurga secara berpasangan. Betul-betul cinta sejati kalau cam tu. Bestnyaa...

Aku tanya ayah. Camne pulak ade berpasangan masuk ke syurga? Ayah jawab, "Isteri yang betul-betul taat kepada suaminya. Taat yang sebenar-benar taat. Manakala si suami, sudah tentu lah hamba ALLAH swt yang beriman." . Ayah selalu inform kami adik-beradik dan mak tentang ketaatan isteri. Kiranya, ayah nak didik dari rebung supaya anak-anak dan isterinya faham tentang taat akan suami.

Konsep taat adalah sesuai untuk kaum hawa. Syurga buat isteri berada di bawah telapak kaki suami.  Rasulullah s.a.w pernah bersabda (maksudnya),“Sekiranya aku harus memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya lantaran besarnya hak suami yang ditentukan Allah ke atas isteri.” 

 

Ayah kupas lagi lanjut. " Isteri perlu taat kepada suami dalam apa jua perkara sekali pun. Walaupun, suaminya menikahi muslimah lain. Isteri perlu redha. Bukannya membenci poligami. Walaupun sekelumit rasa benci aka tidak suka. Poligami adalah perkara yang halal yang dibenci oleh syaitan. Nanti, kita pun sama je rupa dengan syaitan kalau tidak suka pada poligami. "

Aku buat muka cam ni... =/ . Tak mustahil kalau tak de rasa cemburu pada isteri baru. Sebab, kebanyakan perempuan akan cemburu punya, melainkan sesetengah je. Mesti ade sekelumit rasa sedih @ kecewa. Aku mula berfikir lagi, camne nak elakkan diri dari rasa cemburu tu? Atau nak hilangkan rasa sedih?  Sebab sebagai manusia normal juga, kita tak terlepas dari rasa sedih walaupun sedikit. Ini tanggapan aku, aku tak tahu la tanggapan orang lain camne.

Mungkin sesetengah dari pembaca akan berpendapat, penulis ini sudah memikirkan perkara hal ehwal perkahwinan sebelum masanya. Sudah gatal sangat dah ke? Ohh, sebagai insan dan muslimah, aku perlu siap sediakan psikologi untuk menghadapi perkara-perkara cam ni suatu hari nanti. So, nanti tak lah terkejut beruk dan jadi trauma. Lagi pun, ini adalah ilmu yang perlu disampaikan. Memiliki ilmu tidak salah bukan?

Jumaat, Januari 08, 2010

Seuntai kata untuk dirasa.

Assalamualaikum wbt.

Beberapa hari yang lalu, mak suruh kemas buku-buka lame kat rak. Asingkan mana yang tak nak. Mase dok asingkan buku-buku tulis, aku terpandang kat buku tulis aku yang bertulis, "Catatan Tauhid". Aku tergerak lak nak baca. Kat dalam tu ade nota-nota agama yang ayah ade ajar dua tiga tahun yang lalu.

Aku cam stunned biler bace balik satu doa yang aku tulis kat dalam tu. Bak kata orang, terkedu. Sebab doa ni sangat sangat sangat tulus..

Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu dan mencintai orang yang mencintai-Mu dan amal perbuatan yang membuatkan aku mencintai-Mu. Wahai Allah, jadikanlah cintaku kepada-Mu lebih aku cintai daripada diriku sendiri dan keluargaku dan air sejuk. - Nabi Daud as.

 ..... *speechless. wordless. typeless. --less, --less*....

Betapa agungnya cinta pada Allah swt, mengatasi cinta kepada ibubapa mahupun kekasih hati ataupun air yang sejuk.  Mungkin kebanyakan orang tahu, kita perlu cinta kepada Allah swt dan nabi mengatasi segala-galanya. Tetapi, aku jamin... amat sedikit yang dapat menghayati serta merasai dalam setiap nafas yang mereka hembus. Setiap saat, setiap waktu dan masa, setiap kali bangun dan tidur, setiap kali berjalan, berkata-kata. Aku sendiri pun belum dapat merasai pada setiap waktu, dan aku nak merasai untuk setiap kali aku bernafas.

Ayah pernah bercerita tentang cinta kepada Allah swt suatu ketika dahulu.

Cinta kepada Allah swt adalah cinta yang berbalas. Ianya suatu perkara yang sukar digambarkan dan tak mampu untuk diceritakan kepada manusia yang tidak pernah merasai cinta daripada Allah swt. Bahkan, kata-kata pujangga yang romantis dalam dunia ini pun tak mampu nak tafsirkan bagaimana cinta Allah swt.

Ibarat minum air oren, orang lain takkan tahu ape yang dirasai oleh lidah sendiri melainkan orang lain itu turut merasainya. Cinta Allah bukan seperti cinta kekasih ke kekasih atau cinta ibu kepada anak. Sekali rasa, puas seumur hidup. Walaupun 5 saat.. rasa cinta itu dijatuhkan dalam hati hamba Allah swt.

Kejarlah cinta Allah swt dari mengejar cinta selain daripada Allah. Apabila kita mencintai Allah swt, bermakna kita sudah mencintai makhluk. Sibukkanlah diri dengan Allah swt di samping kesibukan duniawi. Mungkin persoalan, "Adakah aku ni layak untuk menerima cinta Allah?" atau ...."aku ini bukan seperti orang alim ulama yang dapat keistimewaan untuk mencintai Allah swt dan dicintai Allah swt"  atau soalan-soalan seumpama itu akan mendatangi fikiran.

Aku memetik kata-kata wali Allah swt, Rabiatul Adawiyah, "Allah sudah mengampunkan kamu sebelum kamu mengangkat tangan memohon keampunan pada-Nya." . Intipatinya, segala perbuatan yang bakal dilakukan sudah ditulis dan bergerak atas nama takdir, sama ada takdir baik atau buruk. Sekiranya diri terasa untuk menadah tangan, berdoa memohon cinta-Nya... percayalah, kamu sudah berada dalam landasan ke arah cinta-Nya.  =)

Tiada cinta agung melainkan cinta kepada Allah swt dan cinta daripada Allah swt.

Khamis, Disember 10, 2009

Jangan tiru perbuatan ini.

Halou dear readers!

Hari semalam mak ajak pergi sekolah dia. SKS, Muar. Pergi kemas-kemas perpustakaan. Peh, memang cam tongkang pecah! Sebab sekolah mak, bangunan baru nak dibina. Jadi Perpustakaan sekolah pun terlibat sama. Pasal ada internet bukan school net kat bilik akses tu lah aku pergi, walaupun risiko tak dapat tengok Detective Conan episod 224 sangat besar.

TV kat perpustakaan sekolah mak rosak. Mak suruh pergi tengok kat pejabat. Thehehe~ Demi Conan aku nak jugak tengok!
Dengan bantuan mak (aku dan adik-adik aku malu nak cakap nak tengok TV kat kerani tuh), mak mintak tolong kat kerani tuh. Tapi kerani tu kata, TV tu miong sikit. Bukak kul 10 pg, kul 12 tgh baru kuar suara. Huhuhu... mana bole.

Last-last mak mintak kunci bilik Prasekolah. Pasal, kat bilik Prasekolah ade TV!! Horeyy!! Aku dan adik-adik aku berlari-lari anak ke bilik Prasekolah sambil menjerit "Yeyeh... Demi Conan aku sanggup buat ape saje!! Demi Heiji Hattori!! Waaaaahhh!! "
Akhirnya dapat tengok dengan amannya episod kali ini~ Dan sempat gak main-main dengan peralatan dak prasekolah tuh... Huhu, syoknye...


Balik sekolah mak, kiteorang pergi beli makanan kat sebelah Stesen Pam Minyak Petronas. Mak pergi beli lauk sebab dah tak sempat nak masak dan aku pulak pergi beli novel grafik sebab dah lama aku tak membaca novel grafik yang terbaru nih. 

Judul novel grafiknya adalah "Bayangkan Terbang" atau dalam bahasa asalnya ( Bahasa Cina) "Imagine Flying". Mengisahkan seorang pereka barangan kemas yang seringkali terdengar alunan piano yang indah dari apartmen sebelah apartmennya. Alunan piano itu memberikan inspirasi buatnya untuk melahirkan idea-idea yang indah dalam rekaannya.

Pertemuannya dengan pemain piano, mengubah hidup mereka sama sekali.

Gambar sebelah ini adalah versi Prolog atau Permulaan.





 "Bayangkan Terbang" adalah sebuah novel grafik yang menyentuh aspek impian manusia dalam mengejar mipinya, kegigihan, keindahan dunia piano, persahabatan serta nilai-nilai kekeluargaan.


Apa yang menarik aku untuk membacanya, unsur muzik piano yang menjadi latar kepada cerita ini.
Surprisingly, pada penghujung cerita ini, aku menangis. Heheheh, aku jarang menangis masa membaca novel grafik nih...



Gambar di sebelah  ini menunjukkan versi Epilog atau Pengakhiran.



Hari ini aku merdeka. Tetapi aku menangis. Permata SMK Bukit Gambir telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Encik Roslan bin Paimin, Kaunselor sekolah yang telah banyak berusaha dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dalam dan luar sekolah berjalan dengan lancarnya... Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya di Muadzam, Kuantan.

Secara jujurnya, banyak-banyak kaunselor kat sekolah tu.... Kat Cikgu Roslan ni je lah yang aku tak kepala batu sikit. Aku salute cikgu nih.  Kat cikgu Kaunselor yang lain, aku kekadang ada gak memprotes dalam hati.. tapi kat dia nih, aku salute la...
Al-Fatihah buat arwah Cikgu Roslan bin Paimin.

P/s: Jangan melewatkan study. Jangan buat sekolah orang cam sekolah kamu sendiri. Jangan membaca novel grafik padahal esoknya aku ada exam SPM. Jangan membengkeng Kaunslor sekolah... dan JANGAN tiru perbuatan buruk yang terselindung dalam entri ini!!

Isnin, November 09, 2009

116 jam sebelum SPM...

Peluang akan datang sekiranya kita betul-betul mahukan peluang itu sebagai batu loncatan untuk ke perkara yang dikejar.

Kata-kata yang taklah begitu berhikmat sangat ini, telah muncul dalam kotak fikiran diri ini sewaktu mengayuh basikal pulang dari sekolah.
Fikiran diri ini sebenarnya pada waktu itu sedang memikirkan tentang persediaan terhadap SPM.(Kata hikmah tersebut adalah hak cipta terpelihara. =D )

Hmm, minggu depan ialah minggu permulaan bagi sesuatu yang bakal menjadi sejarah keramat dalam diri setiap pelajar yang bergelar calon SPM (khususnya pada tahun 2009). Sama ada sudah bersedia, sudah mengingati nota-nota, sudah mengafal segala subjek, ataupun tidak bersedia, tidak menguasai subjek-subjek, tidak memahami subjek-subjek..... anda perlu menghadapi hari ini.

Sediakan payung sebelum hujan, tetapi... alahai malangnya, belum sempat untuk membuka payung, diri sudah dibasahi dengan air hujan namun, sempat juga diri dipayungi daripada terkena air hujan.

Tinggal kira-kira 9 hari lagi.

Jangan panik. Usah khuatir. Walaupun anda terasa diri kurang persediaan, gunakan celahan-celahan masa yang ada untuk memantapkan lagi persediaan anda. Bagi para pelajar yang kurang mantap dalam karangan Bahasa Melayu, anda amatlah digalakkan untuk membeli Majalah Fokus SPM - bacalah rencana-rencana yang dipaparkan, contoh-contoh karangan yang disediakan. Sekiranya di pasaran tiada, ringan-ringankanlah tangan meminjam dari mana-mana sumber.

Sekiranya kurang menguasai karangan Bahasa Inggeris, bacalah novel-novel atau mana-mana cerpen Bahasa Inggeris. Pelajarilah gaya bahasa dan kosa kata (vocabulary) yang digunakan. Masalah grammar pula, saya cadangkan, mantapkan asas grammar misalnya penggunaan tenses. Ia amat membantu.

Mathematics dan Additional Mathematics. Tiada jalan lain buat anda melainkan melakukan latih tubi dengan kerap. Sekiranya anda menghadapi masalah, ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya. Ingat, malu bertanya, sesat jalan.

Physics, Chemistry, Biology. 3 Subjek teras sains ini seringkali menjadi igauan dan kesukaan pelajar.
Seperti saya, saya amat menyukai Chemistry. Tetapi, saya juga menyukai Physics.
Kedua-dua mata pelajaran ini menjadikan saya untuk lebih suka untuk bertanya dan subjek ini memerlukan logik akal fikiran.
Biologi adalah fakta. Fakta yang kita mesti tahu dan faham. Physics dan Chemistry memerlukan kajian.
Untuk memantapkan ilmu yang ada, latihan kertas percubaan dari negeri-negeri yang lain yang
diberikan oleh guru-guru perlu diberikan perhatian.


Saya sedang cuba memujuk diri untuk lebih berusaha walau dalam masa yang sunutk ini untuk memantapkan diri dengan latihan
dan bimbingan dari pelbagai sumber. Apa yang ditulis di sini adalah sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama-sama
calon-calon SPM. Yang indah perlu dikongsi! Harap-harap ianya membantu.

Selamat maju jaya diucapkan buat semua calon SPM 2009. Semoga pada tahun ini, kami akan mendapat reult yang tergempak dari tahun-tahun yang lalu.

=3