Memaparkan catatan dengan label bell's masterpiece. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bell's masterpiece. Papar semua catatan

Khamis, September 24, 2009

Madu dan cengkih

Pernah tak korang tengok drama jepun Honey and Clover?


Drama ini diadaptasi dari anime Honey and Clover juga (ada versi Jepun dan versi Cina, aku tengok yang versi Jepun punya), dan anime ni diadaptasi dari manga Honey and Clover juga~



Honey and Clover menceritakan kidah suka duka, pahit manis kehidupan 5 orang sekawan yang sedang menuntut di kolej kesenian di Tokyo.

Cerita ni bagi aku, best sangat. Hurm, bagi jiwa perempuan yang sukakan drama kehidupan seorang pelajar (remaja), komedi
dan selitan kisah-kisah romantik drama ni mungkin sesuai buat korang.
Versi anime terdapat dua musim, musim pertama, 26 episod dan musim kedua, 12 episod. Versi drama dikaca televisyen pula terdapat 11 episod.  Versi Live-action pula berdurasi sekitar 116 minit. Kalau yang manga pula, terdapat 10 jilid manga karya asli dari Chica Umino.


Yuta Takemoto, Hagumi Hanamoto, Shinobu Morita, Takumi Mayama dan Ayumi Yamada adalah merupakan sahabat baik yang membintangi filem ini. Tujuan sebenarnya saya menulis mengenai Honey and Clover bukanlah kerana saya nak menambahkan traffik dalam blog saya atau menceritakan segala-galanya mengenai Honey and Clover. Saya tertarik dengan kisah percintaan heroin, Ayumi Yamada dengan Takumi Mayama. Ayumi sudah lama menyukai Takumi tetapi, Takumi menaruh harapan cintanya kepada seorang janda muda, Rika Harada.


(Versi Drama)

Walaupun Ayumi pernah bertemu dengan Rika dan Ayumi turut tahu juga perasaan sebenar Takumi pada Rika... Ayumi tetap mentimpan harapan pada Takumi jua. Walaupun begitu, seorang sahabat Takumi, Nomiya hadir dalam hidup Ayumi dan mulai berusaha untuk menarik perhatian Ayumi dari terus menerus memandang Takumi yang mungkin tidak akan menoleh padanya lagi...


Bunyinya seperti cinta 4 segi.
 Nomiya => Ayumi => Takumi => Rika, janda muda yang masih diselubungi dengan kematian suami tercintanya.

Hurm... kenapa saya rajin sangat menceritakan hal ini? Hmmmmmmmmmm.... entah lah. Cerita-cerita seperti ini sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ya.. betul tu...

Oh ya sebelum terlupa lagi!

Seperti yang dijanjikan kepada saudara Lanz yang meminta (erm... mengugut ... hehehe) saya untuk melukiskan sebuah lukisan lagi untuknya.

Ermmm, mintak maaf ler sedara, aku tak sempat nk siapkan lukisan buatmu kerana mindaku kekeringan idea. Aku boleh lukis dengan terbaik sekiranya idea mencurah-curah... jadi, aku nak kasi kat ko lukisan yang aku dah buat, ermmm, setahun yang lalu. Memandangkan scanner aku turut rosak bersama-sama printer dan kameraku yang rendah pixelnya... mintak maap ler... hehehe . banyak benar alasannya.

Dan mintak maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafffffffffffffffffffffff byk2 sebab lambat sehari!! Aku harap ko tak anggap aku sebagai seorang yang penipu~
(ehem... blog aku ni masih lagi 23 September 2009 pada masa yang aku tengah menulis benda ni)


* Drums rolls *


  Nama karya ini adalah... Tasik Kenyir, Malaysia

Ok, aku tahu tak nampak macam Tasik Kenyir sebab aku tak tahu nak lukis ikut pemandangan kat dalam surat khabar (LOL ... aku mana pernah sampai kat Tasik Kenyit sampai bawak paint brush and watercolour )

Karya adalah hak cipta terpelihara~ Hotlinking adalah haram disisi etika pengguna komputer..
*Feels stabbed*

Isnin, September 21, 2009

R to da A to da Y to da A !!

Assalamualaikum dan harooo semua~

Hari ini adalah hari kedua Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Dakara ... Al-Humaira ingin mencucapkan .....



SELAMAT HARI RAYA~~ 

Maaf zahir dan batin...


Ok. Tahun ni, diri ini beraya di rumah (memang la raya kat umah), beraya di hometown~ Walaupun nampak bosan, tetapi kalo balik kampung lagi bosan! (oops!) Kat kampung ayah ada Astro, yang best ada Animax, tapi takde HBO, yg spoilnyer ada Ceria (Note: Aku anak perempuan yang tertua dalam kalangan sedara-sedara aku yg kat belah ayah). So, satu lawan ;ebih kurang 7 orang kanak-kanak ribena, dah sah ler orang tua ni kalah... Alahai ayah... kan bagus kalo kat umah ayah tak buang Animax, ala tapi HBO takder... huhu...

Lagi satu, kat kampung ayah signal Maxis tak masuk dalam rumah, haa kat luar rumah yang kat tepi jalan ada la...tapi yg bestnyer kat kampung aku... ada baaaaaaaaaaaaanyyyyyyyyyakkkk air terjun! Whohooo!

Kat belah mak aku lak, hurm.... ada signal Maxis...penuhhh, ada TV... astro takder, tapi... X DAPAT SIARAN!!!
huwaaaaa....


Anyway~ hari ni besday kawan aku yang teristimewa~~

HAPPY BIRTHDAY FASIHA!!

Semoga dimurahkan rezeki, diberkati segala usahamu sepanjang umur 17 tahun ini...


Hari ni besday Cikgu aku yang tercinta juga!

HAPPY BIRTHDAY SIR ZAINAL

Semoga dipercepatkan menemui jodoh ( :P ) hahaha... memain jer Sir..
Sir Zainal is the best Add Math sensei kat sekolah. Aku rasa boleh kalah guru cemerlang yang juga merupakan cikgu Add Math yang berkualiti cam Sir!


Hurm, aku tutup post ni dengan bismillah...



...


Blom lagi, kang Lanz merajuk aku tak show masterpiece aku. Hahaha...

*drums roll*

Tajuk karya ini adalah...
" In the Purple Midnight"



" Under the Same Tree"
Karya ini adalah hak cipta terpelihara.  Karya asli dari aku. Aku baru bukak Flickr aku hari ni, rupa-rupanya karya ni dah berusia setahun! Whoa...
Comments are love~~~~~~~~~

OK... Jyaaa...