Khamis, September 24, 2009

Madu dan cengkih

Pernah tak korang tengok drama jepun Honey and Clover?


Drama ini diadaptasi dari anime Honey and Clover juga (ada versi Jepun dan versi Cina, aku tengok yang versi Jepun punya), dan anime ni diadaptasi dari manga Honey and Clover juga~



Honey and Clover menceritakan kidah suka duka, pahit manis kehidupan 5 orang sekawan yang sedang menuntut di kolej kesenian di Tokyo.

Cerita ni bagi aku, best sangat. Hurm, bagi jiwa perempuan yang sukakan drama kehidupan seorang pelajar (remaja), komedi
dan selitan kisah-kisah romantik drama ni mungkin sesuai buat korang.
Versi anime terdapat dua musim, musim pertama, 26 episod dan musim kedua, 12 episod. Versi drama dikaca televisyen pula terdapat 11 episod.  Versi Live-action pula berdurasi sekitar 116 minit. Kalau yang manga pula, terdapat 10 jilid manga karya asli dari Chica Umino.


Yuta Takemoto, Hagumi Hanamoto, Shinobu Morita, Takumi Mayama dan Ayumi Yamada adalah merupakan sahabat baik yang membintangi filem ini. Tujuan sebenarnya saya menulis mengenai Honey and Clover bukanlah kerana saya nak menambahkan traffik dalam blog saya atau menceritakan segala-galanya mengenai Honey and Clover. Saya tertarik dengan kisah percintaan heroin, Ayumi Yamada dengan Takumi Mayama. Ayumi sudah lama menyukai Takumi tetapi, Takumi menaruh harapan cintanya kepada seorang janda muda, Rika Harada.


(Versi Drama)

Walaupun Ayumi pernah bertemu dengan Rika dan Ayumi turut tahu juga perasaan sebenar Takumi pada Rika... Ayumi tetap mentimpan harapan pada Takumi jua. Walaupun begitu, seorang sahabat Takumi, Nomiya hadir dalam hidup Ayumi dan mulai berusaha untuk menarik perhatian Ayumi dari terus menerus memandang Takumi yang mungkin tidak akan menoleh padanya lagi...


Bunyinya seperti cinta 4 segi.
 Nomiya => Ayumi => Takumi => Rika, janda muda yang masih diselubungi dengan kematian suami tercintanya.

Hurm... kenapa saya rajin sangat menceritakan hal ini? Hmmmmmmmmmm.... entah lah. Cerita-cerita seperti ini sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ya.. betul tu...

Oh ya sebelum terlupa lagi!

Seperti yang dijanjikan kepada saudara Lanz yang meminta (erm... mengugut ... hehehe) saya untuk melukiskan sebuah lukisan lagi untuknya.

Ermmm, mintak maaf ler sedara, aku tak sempat nk siapkan lukisan buatmu kerana mindaku kekeringan idea. Aku boleh lukis dengan terbaik sekiranya idea mencurah-curah... jadi, aku nak kasi kat ko lukisan yang aku dah buat, ermmm, setahun yang lalu. Memandangkan scanner aku turut rosak bersama-sama printer dan kameraku yang rendah pixelnya... mintak maap ler... hehehe . banyak benar alasannya.

Dan mintak maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafffffffffffffffffffffff byk2 sebab lambat sehari!! Aku harap ko tak anggap aku sebagai seorang yang penipu~
(ehem... blog aku ni masih lagi 23 September 2009 pada masa yang aku tengah menulis benda ni)


* Drums rolls *


  Nama karya ini adalah... Tasik Kenyir, Malaysia

Ok, aku tahu tak nampak macam Tasik Kenyir sebab aku tak tahu nak lukis ikut pemandangan kat dalam surat khabar (LOL ... aku mana pernah sampai kat Tasik Kenyit sampai bawak paint brush and watercolour )

Karya adalah hak cipta terpelihara~ Hotlinking adalah haram disisi etika pengguna komputer..
*Feels stabbed*

4 ulasan:

L. berkata...

SURAT KHABAR????
mak aih..
terernye ko, drpd surat khabar yg itam putih tu ko adaptasikan sampai jdi cmtu..

aku rasela kan..
ko kene kembangkan bakat ko tu..
yela..
buat rugi je ko smpan2..
mne tau ko bleh jdi drawer terkenal DUNIA..

papepun..
trimas la sbb susah payah ko selongkar arkib ko tu...

Saobell berkata...

erm... sedare, thanks sbb pujian tu... hehe pujilah lagi.. tapi, aku hrp ko tak mnyeasl sbb puji aku cm tu.
sebenarnya, aku guna surat khabar berwarna la!!!
hahahahahha...

oo... trimas atas galakkan itu. sungguh memberangsangkan! hohoho..
terkenal kat dunia?
hmmmm... bole jugak ek?
tapi aku tak taw nk setat dr mana.

*mood angel*
ooo.. ya very much welcome. ^_^

*mood bukan angel*
ha'ah! mmg susah pun! sbb ko yg mintak!
alih2 kata lak nk ms besday!
ko kata nk 23 sept... pergh... sabo je...

L. berkata...

kan aku ckp aku mntak waktu bsday nnti...
tpi..
memandangkan ko dah buat, ni kira sumbangan ihklas ko laa..
yg pasal gambar utk bsday aku tu lain cite..
MAKNENYE..
ko kene buat lagi 1 gambar laa..hehehe..

smoge brjaye...

Saobell berkata...

T_T
hurm.. ye lah ye lah..

aku tak kisah pun lukiskan gambar untuk org, tetapi memakan masa lah...
kalo sampai besday ko, rasa2nya sempat kowt?

heeee... :D

Catat Ulasan