Halou dear readers!
Hari semalam mak ajak pergi sekolah dia. SKS, Muar. Pergi kemas-kemas perpustakaan. Peh, memang cam tongkang pecah! Sebab sekolah mak, bangunan baru nak dibina. Jadi Perpustakaan sekolah pun terlibat sama. Pasal ada internet bukan school net kat bilik akses tu lah aku pergi, walaupun risiko tak dapat tengok Detective Conan episod 224 sangat besar.
TV kat perpustakaan sekolah mak rosak. Mak suruh pergi tengok kat pejabat. Thehehe~ Demi Conan aku nak jugak tengok!
Dengan bantuan mak (aku dan adik-adik aku malu nak cakap nak tengok TV kat kerani tuh), mak mintak tolong kat kerani tuh. Tapi kerani tu kata, TV tu miong sikit. Bukak kul 10 pg, kul 12 tgh baru kuar suara. Huhuhu... mana bole.
Last-last mak mintak kunci bilik Prasekolah. Pasal, kat bilik Prasekolah ade TV!! Horeyy!! Aku dan adik-adik aku berlari-lari anak ke bilik Prasekolah sambil menjerit "Yeyeh... Demi Conan aku sanggup buat ape saje!! Demi Heiji Hattori!! Waaaaahhh!! "
Akhirnya dapat tengok dengan amannya episod kali ini~ Dan sempat gak main-main dengan peralatan dak prasekolah tuh... Huhu, syoknye...
Balik sekolah mak, kiteorang pergi beli makanan kat sebelah Stesen Pam Minyak Petronas. Mak pergi beli lauk sebab dah tak sempat nak masak dan aku pulak pergi beli novel grafik sebab dah lama aku tak membaca novel grafik yang terbaru nih.
Judul novel grafiknya adalah "Bayangkan Terbang" atau dalam bahasa asalnya ( Bahasa Cina) "Imagine Flying". Mengisahkan seorang pereka barangan kemas yang seringkali terdengar alunan piano yang indah dari apartmen sebelah apartmennya. Alunan piano itu memberikan inspirasi buatnya untuk melahirkan idea-idea yang indah dalam rekaannya.
Pertemuannya dengan pemain piano, mengubah hidup mereka sama sekali.
Gambar sebelah ini adalah versi Prolog atau Permulaan.
"Bayangkan Terbang" adalah sebuah novel grafik yang menyentuh aspek impian manusia dalam mengejar mipinya, kegigihan, keindahan dunia piano, persahabatan serta nilai-nilai kekeluargaan.
Apa yang menarik aku untuk membacanya, unsur muzik piano yang menjadi latar kepada cerita ini.
Surprisingly, pada penghujung cerita ini, aku menangis. Heheheh, aku jarang menangis masa membaca novel grafik nih...
Gambar di sebelah ini menunjukkan versi Epilog atau Pengakhiran.
Hari ini aku merdeka. Tetapi aku menangis. Permata SMK Bukit Gambir telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Encik Roslan bin Paimin, Kaunselor sekolah yang telah banyak berusaha dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dalam dan luar sekolah berjalan dengan lancarnya... Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya di Muadzam, Kuantan.
Secara jujurnya, banyak-banyak kaunselor kat sekolah tu.... Kat Cikgu Roslan ni je lah yang aku tak kepala batu sikit. Aku salute cikgu nih. Kat cikgu Kaunselor yang lain, aku kekadang ada gak memprotes dalam hati.. tapi kat dia nih, aku salute la...
Al-Fatihah buat arwah Cikgu Roslan bin Paimin.
P/s: Jangan melewatkan study. Jangan buat sekolah orang cam sekolah kamu sendiri. Jangan membaca novel grafik padahal esoknya aku ada exam SPM. Jangan membengkeng Kaunslor sekolah... dan JANGAN tiru perbuatan buruk yang terselindung dalam entri ini!!
Khamis, Disember 10, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
takziah, i heard one of them, ustaz hamzah..semoga tuhan mencucuri rohnya amin.
no!! ustaz hamzah tak meninggal lagi lah! dia patah tangan saja!!
Catat Ulasan