Aku sangkakan hari ini, aku nak enjoy sehabis yang mungkin, tetapi.... satu pekara yang tak disangka berlaku.
Masa tu aku baru habis seronok bermain mesej dengan kawan aku (dalam kul 12.30tgh smlm), pas tu aku terima mesej masuk lagi. Dari orang yang sama.
Salam...wei... aku dapat news tadi yang ckgu roslan kaunselor kte meninggal...xesiden motor kat muadzam.
Aku terkedu. Betul! Aku rasa tak sangka sangat. BIAR BETUL?? Cikgu Roslan bin Paimin, kaunselor sekolah.... cam tak nampak je petanda ajal dia dah nak sampai.... memanglah tak nampak... T_T. Aku teringat kata-kata terakhirnya masa Majlis Izin Ilmu tingkatan 5.
Dia bagi nasihat. Aku tumpukan perhatian 50-50 je... Rupa-rupanya... itulah kata-kata terakhir dari dia... Baca entri ini untuk ketahui keterangan lanjut mengenai betapa salutenya aku pada cikgu Roslan.
Hari ini, 11 Disember 2009, kawan aku setat cterkan balik kejadian yang berlaku. Ayah kawan aku ni dan adik dia, ada kat tempat kejadian. Mereka adalah diantara 7 penunggang motorsikal yang terselamat.
Yang cedera parah, Ustaz Hamzah bin Sa'aamah. Cikgu Bahasa Arab aku masa aku tingkatan 2. Tapi, walaupun dia bekas cikgu aku,
kami masih lagi rapat sebagai guru dan murid. Seorang lagi maut semasa dikejarkan ke Hospital Muadzam, En Rosli Bunthing dari Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, Muar. Nama dan tempat tinggal En. Rosli ini sebijik dengan nama dan tempat tinggal cikgu Kimia aku.
Kecoh anatara kengkawan aku, diaorang salah orang. Ingatkan cikgu Rosli, rupanya encik Rosli.
Aku tanya kawan aku, " Weh ko dah pastikan ke belom, cikgu rosli masih idop?" Peh... aku kene sound dengan kawan aku sebab pakai ayat cam tu. Masa ni, kteorang blom lg tahu pasal En. Rosli. Hari ni, pehhhh lega giler aku tengok cikgu Rosli aku masih lagi sihat wal afiat (alhamdulillah)... siap boleh gelak-gelak lagi... Cikgu gelak part, ada dak ex-student jumpa dia, terkejut tengok cikgu masih hidup lagi... Ekekekeke...
Apa-apa pun... Salam Takziah buat keluarga En Roslan bin Paimin dan juga tak lupa pada keluarga En Rosli bin Bunthing. Semoga Allah swt mengampuni segala dosa-dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang diredhai-Nya. Al-Fatihah buat arwah...
Nota kaki: Mak kata tragedi ni keluar kat surat khabar. Aku check kat internet. Kuar kat Metro. Ini linknya.
2 ulasan:
time to serius...
takziah untuk ko
owh tima kasih atas ucapan tuh :D
sori kalo buat ko bengang dengan kata2 aku sebelom nih...
Catat Ulasan