Sabtu, April 24, 2010

Majulah sukan untuk negara :D

Assalamualaikum wbt and greetings.

Huhh. Huhhh. Huuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~

Hahha. Pesal mengeluh panjang?  Hari nih, best. Sebab dpt keluar rumah. Hee. Pas puas pujuk mak, dapat gak join bebudak sekolah mak aku merentas desa. Matlamat utama : Nak bermesra dengan budak-budak.

Okeh, sesampai kat sana diaorang dah start warm-up. Aku datang ade gak dengan gaya cikgu baru. Hahha.
Ade gak la yang tegur aku. Yang bestnyer keluar pulak ayat nih dari kawan mak, " Ni ke anak cikgu yang dapat 10A tuh? " . 

Notis: Pengulangan ayat ini, bukan bererti saya mahu berbangga dengan kejayaan saya :)

So, terasa bosan... ni lah jadinya. Ala, pakai kamera henset je ;p

Selepas warm-up.


Perghh, nostalgia sungguh part nih.


Hahha, memberontak. Tak sabo nak lari =P

Pas tu, diaorang pun lari lah. Memule, lepaskan yang praskolah tu, pas tu darjah satu & dua, then darjah tiga & empat dan so on lah. Mak suruh tolong tengok-tengokkan yang darjah satu tuh. Beselah, aku membangkang. Nak lari jauh-jauh dengan dak darjah enam. Eksen, ingatkan bole beat budak kecik lari. Hahha. 

Maka di permulaan garisan, bebudak darjah enam girl sume ke depan. And ready dengan pose nak pecut. Aku berjalan dengan poyonya. Budak lari, aku jalan. Hahha. Tunjuk cool la kononnye. Budak beso. So, akibatnya, aku orang last. Tak pe. Bole tolong tengokkan budak-budak, ;p cover. Hee.

So, sambil berlari... sambil snap itu dan ini.

Yaa, masuk kampung weyh. Nama pun merentas desa.

Masuk kebun plak. Tengok, diaorang potong aku. 


Nilah buktinya aku dah berat. Dok umah 4 bulan tanpa senaman kayuh basikal. Lari pun slow. Hahaha. Budak lelaki darjah enam pun bole potong aku.

Kebun apek Ah Seng jual mainan kat pasar lambak. ( Ye je tuh )


 Jalan keluar masih jauh lagi. Sampai sini aku dah pancit.

So, tetibe ade plak heroin datang. Naik kuda hitam. Dia offer, " Cikgu, nak tumpang tak? ". Maka aku, "Eh, boleh ke? ". Heroinku, " Ape salahnye. ".. sebelum dia cakap ayat tuh, aku dah naik moto dulu. Hahha, tak tahu malu. Trimas buat heroinku yang sudi menumpangkan aku dalam 500 meter lebih kurang. 
Yang mana yang bijaksana (yakni budak), dia jerit, " AKAK MENGELAT!! " bila nampak aku naik tumpang naik moto.

Hahahaha. Syok. Bebudak tu siap tanggalkan kasut diaorang sebab takut melecet kot. Semangat waja tol mereka, walaupun hanya latihan semata-mata. Unlike kiteorang budak sekolah menengah. Masa latihan poyo abes.

Then, dalam 1 km terakhir, aku turun. Nak lari gak. So, sesampai kat sekolah, mak suruh gi kantin. Minum air. Mak belanja makan nasi tomato seyh! Dah le aku tak sarapan. Heheh. Pulak tuh bawah kipas. Perghh. 

Pas tu, biler sume budak dah ade kat sekolah, diaorang pi main kat padang. Lari sana, lari sini. Adui, tak tahu penat ke diaorang nih. Pulak tuh, 50% pelajar lelaki kat sekolah tu gi main bola sepak. Satu team tuh entah berape puluh manusia dok kejar bola kecil nan satu tuh.

Mak siap tanya, " Eh, ade pulak bunga biru nih kat sini. " 

So, ape yang aku bawak balik? Yaaaaaa itu dia... sakit kaki, lenguh bahu dan paling penting ... memori serta, penurunan berat badan. Oh yeah. Hopefully :D


Nota kaki: Salah satu cerita tentang matlamat utama dalam agenda hidup aku yang tak tercapai, haha :DD

Selasa, April 20, 2010

This time, is the 3rd one.

Assalamualaikum wbt and greetings.

Teringat pulak kata-kata Kak Eemir, "Persahabatan, sekali ia retak, boleh disambung tetapi retaknya tetap ada."

Walaupun sudah dua kali situasi cam tu berlaku dalam hidup aku, tetapi aku tetap menafikan apa yang Kak Eemir kata. Sebab, antara kawan aku, ade gak goyah persahabatan tapi bler lepas situasi "retak" cam ni berlaku, diaorang jadi lebih rapat dan lebih memahami satu sama lain.

Tapi, bila aku mula mengalami situasi "retak" buat kali ketiga, aku mula untuk akui, dengan berat hatinya, kata-kata Kak Eemir tu ada benarnya.

I wanna be a tough cookie. To have a strong heart and strong soul. I even determined to become a "cold-heart person", in order to avoid hurting people or to be hurt by people. I even holding up myself from being so fragile.

But then, even so I'm doing those determination, or turning over myself to cold one, but still.... still... I can't hold back my tears.

It is hard to be the toughest one, I guess.. haha.

Ahad, April 18, 2010

From this point.

Assalamualaikum and greetings.


Sudah decide. Sudah pilih. Aku akan berubah. Mungkin kepada manusia yang tidak berhati perut.

Cam gila kan bunyinya? Nak menjadi kepada yang lebih buruk. Tapi, aku masih lagi waras. Aku berubah atas dasar: aku tak mahu disakiti lagi. Aku tak mahu menyakiti lagi.

Walaupapepun, nilah pilihan aku. Aku akan terus jadi "manusia yang tidak berhati perut" sampai suatu masanya. Tak peduli ape yang orang nak cakap. Sombong ke, ape ke... Janji iman aku dan maruah aku tak tercalar , walau sedikit pun selepas aku melangkah keluar dari rumah ni dan aku tak mendekati maksiat.

Sudah serik. Cukuplah untuk tiga kali. Aku tutup hati aku untuk yang keempat, sampai tiba waktunya.

Isnin, April 12, 2010

Ittaii...

Assalamualaikum and greetings.

Ohayy,,

Pagi tadi, masa ku tengah syok mengampai kain di luar, tiba-tiba terdengar senandung alunan merdu yang mengasyikkan bergema di ruang udara Lorong 15/3 tuh.

Ku merapati pagar dan tercari-cari dari manakah datangnya senandung suara merdu itu. Akhirnya, ku temui jua. Suara yang kedengaran sayup-sayup tetapi sangat nyaring itu datang dari arah hujung lorong. Seperti meminta tolong. Walaupun dipertuturkan dalam bahasa yang tidak ku fahami, tetapi ku tetap mengerti.

Lalu kakiku melangkah pergi mendapatkan dari mana punca suara itu. Mataku tertumpu pada suatu sudut di hujung lorong itu. Jalan yang mati tetapi tak mati. Kerana ia dihidupkan dengan sambungan pejalan kaki yang teramat sempit.

Tiba dihujung lorong, ku berhenti. Bunyi tu datangnya dari arah longkang yang kering serta bersih. Ku menunduk dan melihat empunya suara itu.

Tanpa berlengah lagi, ku terus membantunya untuk naik semula ke atas tanah. Walaupun pertolongan ku ditolak dengan keras, tetapi kepala aku lagi keras (degil). Ku meletakkanya di bawah sebuah tangga besi yang bersambung dengan rumah bersebelahan dengan lorong yang agak curam itu.

Tak ku sangka, dia ade geng kat bawah tangga tu. Kerja ku selesai. Terasa puas dapat buat baik :D. Lalu ku bangun.

Tidak semena-menanya, kepala ku yang keras tu terhantuk dengan kuat pada palang besi yang menyokong tangga besi itu. Aduhh, momentumnya sangat kuat, sehingga memberikan impak yang kuat. Berdengung kepala, pening dan sudah tentu lah sakit sungguh. Kene bahagian ubun-ubun kepala.

Akhirnya, ku dapat habuan. Benjol kat kepala. Adehh, sabo je la den...


Nota kaki: Makhluk yang aku selamatkan tu adalah seekor anak kucing hitam :DD

Rabu, April 07, 2010

Cinta Sufi.

" Sekali ku rebah, berjuta kali ku bangkit "




Itulah tagline kali ini untuk novel terbaru karya Novelis Thriller No. 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid. 
Hohoho, terima kasih aku ucapkan kepada bestfriend-ku, Senah yang sudi merempuh lautan manusia yang sangat-sangat sesak dan padat di Pesta Buku Antarabangsa bertempat di PWTC, demi Cinta Sufi. Syok lah! Novel nih dah lama dinanti-nantikan oleh semua peminat triologi Bagaikan Puteri (mungkin? ).

Sampai kat tapak tangan nih, Rabu minggu lepas. Habis baca Cinta Sufi, semalam - Selasa. Alahai, saje je lambatkan pembacaan. Sayang nak habiskan :P . 

Tapi best. Rugi kalo tak beli. Iye, rugi sesangat. Dan,, tak mau citer spoiler kat sini. Sebab, saya antara golongan yang tak suka spoiler :D

Cam yang tercetak kat belakang novel tuh, ada peperangan, ada cinta tiga segi, ada hantu... ehh... ade makhluk terlaknat, dan ada macam-macamlah. Tapi yang bestnyer kan, Safuddin Jalis atau Laksmana Sunan tuh, boleh pulak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang. Hihi~ Pas tu kan, kat hujung-hujung citer tu best tau. Diaorang berperang, pas tu Laksmana Sunan, Datuk Laksmana Hang Tuah, Hang Lekiu dan Panglima Awang Bagan bergabung. 


Ape yang syoknye, naluri dan firasat aku bersatu mengatakan bahawa, Cinta Sufi yang diberikan nafas baru ni, tak habis lagi. Cam ade sambungan. Hohoho~ Mantop, mantop... Aku suke citer yang ade sekuel sekuel nih. Baru best.

Antara faveret quote aku dakam Cinta Sufi:

" Suburkanlah cintaku kepada-MU "


Nota kaki: Rasenye, boleh wat tempahan kat kelab RAM bg sesape yang terlepas :)  klik sini. untuk maklumat lanjut .

Isnin, April 05, 2010

Ada masanya aku tak boleh duduk diam.

Assalamualaikum wbt and greetings.


Pernah tak aku beritahu, menipu itu sifat orang-orang munafik?

Aku rasa dah banyak kali aku bagitau kat manusia-manusia kat sekeliling aku. Dan, pernah tak aku bagitahu yang aku sememangnya mudah mempercayai orang? Tapi aku tak letak kepercayaan tu sesuka hati tanpa penimbangan dari akal yang waraas. Aku pun tahu nilai baik buruk manusia untuk letak sesebuah kepercayaan kat mereka.

Ape yang membengangkan aku adalah, kenapa perlu menipu? Kenapa perlu tipu orang yang dah letak kepercayaan kepada kau? Sangat sangat lah tak adil kalau menipu sesebuah pihak. Sebab sememangnya menyakitkan hati, menaikkan amarah, mengecewakan seseorang, menghilangkan kepercayaan, dan berlaku tidak adil serta kejam ke atas manusia yang ditipu. Samalah seperti menindas orang!! Zalim tahu takk??!!

Bagi aku, penipuan untuk menyembunyikan kebenaran adalah lebih menyakitkan aku daripada kebenaran yang sememangnya menyakitkan.


Aku bengang biler aku citer perkara nih kat adik aku, dan adik aku kata, "Haaa, dia tipu kau". Pergh bengang giler. Bengang dengan kenyataan dia tipu aku.

"Kau" sememangnya UZAKEN! Dulu dan kini tapi, tak selamanya!

Sakitnya hati bila diperlakukan sedemikian... Sekarang, aku perlu tenangkan diri. Marah itu api yang mebakar jiwa. Astaghfirullahalazim, aku tak terlepas dari nafsu amarah lagi nampaknya.