Assalamualaikum and greetings.
Ohayy,,
Pagi tadi, masa ku tengah syok mengampai kain di luar, tiba-tiba terdengar senandung alunan merdu yang mengasyikkan bergema di ruang udara Lorong 15/3 tuh.
Ku merapati pagar dan tercari-cari dari manakah datangnya senandung suara merdu itu. Akhirnya, ku temui jua. Suara yang kedengaran sayup-sayup tetapi sangat nyaring itu datang dari arah hujung lorong. Seperti meminta tolong. Walaupun dipertuturkan dalam bahasa yang tidak ku fahami, tetapi ku tetap mengerti.
Lalu kakiku melangkah pergi mendapatkan dari mana punca suara itu. Mataku tertumpu pada suatu sudut di hujung lorong itu. Jalan yang mati tetapi tak mati. Kerana ia dihidupkan dengan sambungan pejalan kaki yang teramat sempit.
Tiba dihujung lorong, ku berhenti. Bunyi tu datangnya dari arah longkang yang kering serta bersih. Ku menunduk dan melihat empunya suara itu.
Tanpa berlengah lagi, ku terus membantunya untuk naik semula ke atas tanah. Walaupun pertolongan ku ditolak dengan keras, tetapi kepala aku lagi keras (degil). Ku meletakkanya di bawah sebuah tangga besi yang bersambung dengan rumah bersebelahan dengan lorong yang agak curam itu.
Tak ku sangka, dia ade geng kat bawah tangga tu. Kerja ku selesai. Terasa puas dapat buat baik :D. Lalu ku bangun.
Tidak semena-menanya, kepala ku yang keras tu terhantuk dengan kuat pada palang besi yang menyokong tangga besi itu. Aduhh, momentumnya sangat kuat, sehingga memberikan impak yang kuat. Berdengung kepala, pening dan sudah tentu lah sakit sungguh. Kene bahagian ubun-ubun kepala.
Akhirnya, ku dapat habuan. Benjol kat kepala. Adehh, sabo je la den...
Nota kaki: Makhluk yang aku selamatkan tu adalah seekor anak kucing hitam :DD
Isnin, April 12, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan