Huhh. Huhhh. Huuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~
Hahha. Pesal mengeluh panjang? Hari nih, best. Sebab dpt keluar rumah. Hee. Pas puas pujuk mak, dapat gak join bebudak sekolah mak aku merentas desa. Matlamat utama : Nak bermesra dengan budak-budak.
Okeh, sesampai kat sana diaorang dah start warm-up. Aku datang ade gak dengan gaya cikgu baru. Hahha.
Ade gak la yang tegur aku. Yang bestnyer keluar pulak ayat nih dari kawan mak, " Ni ke anak cikgu yang dapat 10A tuh? " .
Notis: Pengulangan ayat ini, bukan bererti saya mahu berbangga dengan kejayaan saya :)
So, terasa bosan... ni lah jadinya. Ala, pakai kamera henset je ;p
Selepas warm-up.
Perghh, nostalgia sungguh part nih.
Hahha, memberontak. Tak sabo nak lari =P
Pas tu, diaorang pun lari lah. Memule, lepaskan yang praskolah tu, pas tu darjah satu & dua, then darjah tiga & empat dan so on lah. Mak suruh tolong tengok-tengokkan yang darjah satu tuh. Beselah, aku membangkang. Nak lari jauh-jauh dengan dak darjah enam. Eksen, ingatkan bole beat budak kecik lari. Hahha.
Maka di permulaan garisan, bebudak darjah enam girl sume ke depan. And ready dengan pose nak pecut. Aku berjalan dengan poyonya. Budak lari, aku jalan. Hahha. Tunjuk cool la kononnye. Budak beso. So, akibatnya, aku orang last. Tak pe. Bole tolong tengokkan budak-budak, ;p cover. Hee.
So, sambil berlari... sambil snap itu dan ini.
Yaa, masuk kampung weyh. Nama pun merentas desa.
Masuk kebun plak. Tengok, diaorang potong aku.
Nilah buktinya aku dah berat. Dok umah 4 bulan tanpa senaman kayuh basikal. Lari pun slow. Hahaha. Budak lelaki darjah enam pun bole potong aku.
Kebun apek Ah Seng jual mainan kat pasar lambak. ( Ye je tuh )
Jalan keluar masih jauh lagi. Sampai sini aku dah pancit.
So, tetibe ade plak heroin datang. Naik kuda hitam. Dia offer, " Cikgu, nak tumpang tak? ". Maka aku, "Eh, boleh ke? ". Heroinku, " Ape salahnye. ".. sebelum dia cakap ayat tuh, aku dah naik moto dulu. Hahha, tak tahu malu. Trimas buat heroinku yang sudi menumpangkan aku dalam 500 meter lebih kurang.
Yang mana yang bijaksana (yakni budak), dia jerit, " AKAK MENGELAT!! " bila nampak aku naik tumpang naik moto.
Hahahaha. Syok. Bebudak tu siap tanggalkan kasut diaorang sebab takut melecet kot. Semangat waja tol mereka, walaupun hanya latihan semata-mata. Unlike kiteorang budak sekolah menengah. Masa latihan poyo abes.
Then, dalam 1 km terakhir, aku turun. Nak lari gak. So, sesampai kat sekolah, mak suruh gi kantin. Minum air. Mak belanja makan nasi tomato seyh! Dah le aku tak sarapan. Heheh. Pulak tuh bawah kipas. Perghh.
Pas tu, biler sume budak dah ade kat sekolah, diaorang pi main kat padang. Lari sana, lari sini. Adui, tak tahu penat ke diaorang nih. Pulak tuh, 50% pelajar lelaki kat sekolah tu gi main bola sepak. Satu team tuh entah berape puluh manusia dok kejar bola kecil nan satu tuh.
Mak siap tanya, " Eh, ade pulak bunga biru nih kat sini. "
So, ape yang aku bawak balik? Yaaaaaa itu dia... sakit kaki, lenguh bahu dan paling penting ... memori serta, penurunan berat badan. Oh yeah. Hopefully :D
Nota kaki: Salah satu cerita tentang matlamat utama dalam agenda hidup aku yang tak tercapai, haha :DD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan