Isnin, April 05, 2010

Ada masanya aku tak boleh duduk diam.

Assalamualaikum wbt and greetings.


Pernah tak aku beritahu, menipu itu sifat orang-orang munafik?

Aku rasa dah banyak kali aku bagitau kat manusia-manusia kat sekeliling aku. Dan, pernah tak aku bagitahu yang aku sememangnya mudah mempercayai orang? Tapi aku tak letak kepercayaan tu sesuka hati tanpa penimbangan dari akal yang waraas. Aku pun tahu nilai baik buruk manusia untuk letak sesebuah kepercayaan kat mereka.

Ape yang membengangkan aku adalah, kenapa perlu menipu? Kenapa perlu tipu orang yang dah letak kepercayaan kepada kau? Sangat sangat lah tak adil kalau menipu sesebuah pihak. Sebab sememangnya menyakitkan hati, menaikkan amarah, mengecewakan seseorang, menghilangkan kepercayaan, dan berlaku tidak adil serta kejam ke atas manusia yang ditipu. Samalah seperti menindas orang!! Zalim tahu takk??!!

Bagi aku, penipuan untuk menyembunyikan kebenaran adalah lebih menyakitkan aku daripada kebenaran yang sememangnya menyakitkan.


Aku bengang biler aku citer perkara nih kat adik aku, dan adik aku kata, "Haaa, dia tipu kau". Pergh bengang giler. Bengang dengan kenyataan dia tipu aku.

"Kau" sememangnya UZAKEN! Dulu dan kini tapi, tak selamanya!

Sakitnya hati bila diperlakukan sedemikian... Sekarang, aku perlu tenangkan diri. Marah itu api yang mebakar jiwa. Astaghfirullahalazim, aku tak terlepas dari nafsu amarah lagi nampaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan