Isnin, November 30, 2009

2 hari kegembiraan.

Huhu!
Assalamualaikum~
Salam Aidiladha buat Lanz dan juga kepada sesapa yg membaca blog ini~~~

Dua hari kegembiraan?
Ya. Hari Semalam (29.11.2009) dan hari ini (30.11.2009).

Semalam. Pagi.
Dapat tengok Barbie and Three Musketeers hee. Cam budak-budak kan?
Tapi apa nak buat... aku suka tengok citer Barbie.
Ehem. Citer aja de~
Abes Barbie, citer Conan pulak menyusul. Hoohohohho~~ Aku memang minat gler kat cter ni.
Lagi-lagi episod semalam ni pasal Kid Kaitou dan Shinichi Kudo!
kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~ Gandingan mantap yang membuatkan aku naik errr... sedikit ke-gedik-an...
Ehem...sikit je.. Pantang la jumpe watak yang aku minat.
Aku minat gler kat Kid Kaitou neh... dan semalam dapat reveal muka sebenar Kid Kaitou!! KYAAAAAAA!!!
(~.~) padahal aku dah tahu dah pun pasal muka sebenar Kid ni... hee
Malam. Di saluran 411 ASTRO, HBO.Ada Kung Fu Panda.
Aku tahu cter ni betol-betol genap usia setaon pada bulan neh.. Walauapapun~
Aku seronok dan terhibur pada tahap maximas masa aku tengok kartun ni dengan famili aku. ( ^_^)v
Animasi dia memang sejuta bintang la aku kasi. Gaya Kung Fu yang dipakai memang mampu menghidupkan kembali
semangat "kepahlawanan" yang dah lama terkubur (dalam setaon) dalam sanubari aku neh... hehe.
Aku memang minat citer-citer aksi neh,,,,

Hari ini. Pagi.
Hari ni pekse SPM Biology. Ulasan? Hmm....
Ape yang aku rase "suam-suam" nak bace dan bacanya dengan skali imbas... tup tup memang kuar. Hehhe.
Sepanjang pekse SPM ni, itulah yang sentiase berlaku mase aku nak ulangkaji.
Yang "suam-suam" tu la yang kuar. Hooo... alhamdulillah bace... walaupun skali imbas.
Alhamdulillah juga, Allah wt kurniakan memori yang agak kuat kat kepale aku nih.
Seronoknya dan tak lupa juga alhamdulillah skali lagi yang aku dapat menjawab Biology dengan "SYOKNYA".
Aku enjoy la paper Bio ni... (T_T)
Kawan-kawan aku kata, "Wah... tengok Bell. Berkobar-kobar nak pekse"  ataupun...
" Tengok Bell.  Cool je.  Mesti dah banyak baca ni."
Haiz...... =.=" mane ade. Honestly, aku bace khas untuk aku score kat bahagian B kat Paper 2 je...
Paper 3 aku baru nak bukak buku dalam 40 minit sebelum pekse.
Untuk paper 1, lagi la.... tak bace langsung.

Cuma... cuma...

Badan aku semanjak dua menjak ni jadi laen macam lak.
Aku dah tak boleh nak makan kenyang-kenyang cam dulu.
Pagi tadipun badan aku semacam je. Rase mual la. Mungkin sebab perut aku kosong kot?
Atau aku banyak makam malam tadi? Atau sebab aku tak leh baca buku byk sgt?
Tapi...Alhamdulillah.. tak jadi yang buruk. Taw2 la. Mim wau nun ta ha.

OK la. Nak tutup entri ni dengan~~~ Gambar Kid Kaitou!!!



*melts*

Rabu, November 25, 2009

Tiub U?

*Kira pakai jari*
Sekarang ni dah 7 subjek lepas...

Komen tentang SPM 2009?

=.=   no komen la. Susah pun cam tu. Senang pun cam tu gak.
Azab tu tetap azab.
Cume dpat berharap, berdoa dan pasrah..... semoge penanda kertas pekse aku ni.... lembut hatinya nak beri markah kat aku~ Hee...

Lupakan pasal SPM sat.
Aku nak tengok musik video Yui - LIFE sebenarnya, tapi aku taip lain lak...

Ni lah ape yang aku jumpe.




dah sah sangatlah... aku kenal sapa atok dalang-atok dalang yang membikin klip video ni.
Budak-budak 4 SC 1 2009.... T_T... macam lah aku tak kenal...
Cameraman pun kenaaaaaalllll sangat lah!! Mungkin cameraman tu yang buat klip video ni... heee~~
Akan ku bongkarkan jua misteri ini...
 
ada banyak lagi video yang berkai rapat dengan sekolah aku ni kat Tiub U.
Jenuh nak tengok. Dengan shuffle, event-event sekolah... dan sebagainya~~


p/s: Cikgu Kimia aku ade kata, ramalan SPM Chemistry ade kuar Tiub U. Pasal Redox reaction. Harharhar.

Isnin, November 16, 2009

It's going to be dawn sooner.

Hari ni, hari Isnin. Permulaan bagi minggu terakhir aku kat sekolah aku yang tercinta, di atas bumi Bukit Gambir yang makmur~
Hypothesis: Permulaan minggu yang sangat baik.

Hari ni gak hari last aku berada dalam posisi sebagai Pengacara Rasmi sekolah ( itulah ape yang kawan-kawan aku beri gelaran kat aku. anyway aku hepi. hehe =D ). Lawa giler susunan kerusi-kerusi kat atas pentas pagi tadi. Teratur, ikut warna dan cantik! Bukan nak angkat bakul (walaupun sedang mengangkat bakul) tetapi, sungguh lawa. Weh, sempat gak amik gambar. Hahahahahaha! Masa itu emas. Masa itu emas~

I said to my junior, Chinese boy (very intelligent fella) , "Today's chair arrangements is very neat and yet so nice"
Hee, speaking English lorh!!

Thanks to those who involved for today's events. Thanks for helping me very much. I shall never forget your good deeds.
Well, I shoulld mention their name here as they sould be appriciated.

1. Lim Kai Xiang. 15. One of my mate called him "Kai" only. Lim stands for his father's family name ( I just knew it today). But I called him "Kai Xiang". Well that's sounds formal. NVM.  Teachers really proud of him and he is the school's precious pearl (metaphor kay? ;) ). He has been helping me sooooooo much from the beginning of this year. I suppose to say thanks to him. Hee. Forgot la. Anyway, biggest thanks goes to him. Good luck in your upper form days dear!


2. Shamsuddin Bin Baharuddin, 16 or Sudin. Sudin kinda joyful partner. He always came suddenly in the PA Room. Geez. But well, he did helped me much. Yet kinda annoys me. But anyway and anyhow.... I don't really close to him la. Kuikuikui.


3. Yuza Shamira, 18 or Kak Yuza. She is my lovely senior. Joyful, cheerful, caring, helpful and so free-minded. I always like her. Good luck to you Kak Yuza in your STPM, this year. Take care of your health. You're always suffering from flu. Hhuhu..


4. Farizol Bin K Affendi, 16. People called him Pejol. But, I dunno... I can't call him Pejol. Why la? Haaaa..... this person contributes biggest deeds in smoothen school's events. Teachers like him, epecially my Tasawur Islam teacher. He is entertaining. I dare to say, amongst all Form Four students, he is the most hardworking prefect in the school ( exclude on his prefect duty. hee. back-up-ing. ). Yeah. He is the busiest person in the school. Teachers always search him for help . But, I hope he can cope more with his studies. He always helped me. Really. He is relliable. I can send anymore gratitude for what he had helped me through out the year. Without him, I can feel the school is missing one of it's wonder... yah. I just can pray and hope that in SPM ( next year ), he can do very very excellently. Good luck, mate.

Dah dah. Kini aku teruskan dengan berbasa-basi dengan BM lak.

Dua hari yang lepas, petang. Sedang aku tengah syok mimpi indah, heee, adik bongsu aku tiba-tiba kejutkan aku.
"Kakak.. kakak... ada surat untuk kakak..."
Dalam mamai, aku tengok surat tu. Bukan surat la dik. Hanya sekeping kad keras warna putih yang dicop dengan cop biru cair. Besar. Tertulis....

" Diterima"

Alhamdulillah~~~~~~~~~~~~~~~~~
Surat permohonan Matrikulasi aku dah selamat sampai kat Kementerian dan tgh diproses. Fuhhh. Syukur. Syukur.

Hari satu berita mengejutkan datang.

Kawan aku bertanya kepada Cikgu Kaunselor aku ni tentang nombor pin untuk isi borang masuk ke IPTA secara online. Program asasi lorh! Budak pandai je yang dapat. Tapi, aku nak mohon gak!!

Kawan aku bawak balik berita yang menggemparkan. Budak-budak ni kecoh-kecoh. Maka aku pun bertanya~

Penulis : Korang tengah citer pasal nombor pin yang kite beli kat cikgu ari tu kan?
Sahabat: Ha'ah.  Cikgu kata tak dapat lagi....
Penulis : Ha??? Biar betul ?? Kan tarikh tutup .... (aku nak cakap, dah nak dekat. Means, blom tutup lagi )
Sahabat : Tarikh tutup SEMALAM.

Pergh. Terkilan aku mendengarnya. Stunned. Terkejut. Terkejut. Stunned. Terkilan.
Cikgu~~~~~~~~~~~~~~ Hal ni melibatkan masa depan kami!! Kalau ada tempat lagi bagus dari Matrkis, dah tentu kami nak masuk!!
Punah harapan aku nak masuk IPTA..... aku sedih gak. Bengang gak. Sebab cikgu buat keje last minute. Cam cter borang matriks dulu. Cam ni la terjadi kat borang permohonan IPTA.... bengang memang bengang.

Tapi, pagi tadi dah bersalam-salaman dengan cikgu ni, (majlis izin ilmu).... kurang ajar la aku kalau aku nak marah kat cikgu.
Akhirnya aku terima je la nasib ni. Tetapi, harapan aku nak memohon borang ni belum lagi putus. Selagi cikgu tak pulangkan duit aku yang nak beli nombor pin tu, selagi tu aku akan terus berharap untuk memohon borang ke IPTA.


p/s: Aku menangis giler-giler masa bersalam-salaman dengan cikgu. Heeee. Masa bersalam dengan kengkawan, tak menitis pun air mata...

Isnin, November 09, 2009

116 jam sebelum SPM...

Peluang akan datang sekiranya kita betul-betul mahukan peluang itu sebagai batu loncatan untuk ke perkara yang dikejar.

Kata-kata yang taklah begitu berhikmat sangat ini, telah muncul dalam kotak fikiran diri ini sewaktu mengayuh basikal pulang dari sekolah.
Fikiran diri ini sebenarnya pada waktu itu sedang memikirkan tentang persediaan terhadap SPM.(Kata hikmah tersebut adalah hak cipta terpelihara. =D )

Hmm, minggu depan ialah minggu permulaan bagi sesuatu yang bakal menjadi sejarah keramat dalam diri setiap pelajar yang bergelar calon SPM (khususnya pada tahun 2009). Sama ada sudah bersedia, sudah mengingati nota-nota, sudah mengafal segala subjek, ataupun tidak bersedia, tidak menguasai subjek-subjek, tidak memahami subjek-subjek..... anda perlu menghadapi hari ini.

Sediakan payung sebelum hujan, tetapi... alahai malangnya, belum sempat untuk membuka payung, diri sudah dibasahi dengan air hujan namun, sempat juga diri dipayungi daripada terkena air hujan.

Tinggal kira-kira 9 hari lagi.

Jangan panik. Usah khuatir. Walaupun anda terasa diri kurang persediaan, gunakan celahan-celahan masa yang ada untuk memantapkan lagi persediaan anda. Bagi para pelajar yang kurang mantap dalam karangan Bahasa Melayu, anda amatlah digalakkan untuk membeli Majalah Fokus SPM - bacalah rencana-rencana yang dipaparkan, contoh-contoh karangan yang disediakan. Sekiranya di pasaran tiada, ringan-ringankanlah tangan meminjam dari mana-mana sumber.

Sekiranya kurang menguasai karangan Bahasa Inggeris, bacalah novel-novel atau mana-mana cerpen Bahasa Inggeris. Pelajarilah gaya bahasa dan kosa kata (vocabulary) yang digunakan. Masalah grammar pula, saya cadangkan, mantapkan asas grammar misalnya penggunaan tenses. Ia amat membantu.

Mathematics dan Additional Mathematics. Tiada jalan lain buat anda melainkan melakukan latih tubi dengan kerap. Sekiranya anda menghadapi masalah, ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya. Ingat, malu bertanya, sesat jalan.

Physics, Chemistry, Biology. 3 Subjek teras sains ini seringkali menjadi igauan dan kesukaan pelajar.
Seperti saya, saya amat menyukai Chemistry. Tetapi, saya juga menyukai Physics.
Kedua-dua mata pelajaran ini menjadikan saya untuk lebih suka untuk bertanya dan subjek ini memerlukan logik akal fikiran.
Biologi adalah fakta. Fakta yang kita mesti tahu dan faham. Physics dan Chemistry memerlukan kajian.
Untuk memantapkan ilmu yang ada, latihan kertas percubaan dari negeri-negeri yang lain yang
diberikan oleh guru-guru perlu diberikan perhatian.


Saya sedang cuba memujuk diri untuk lebih berusaha walau dalam masa yang sunutk ini untuk memantapkan diri dengan latihan
dan bimbingan dari pelbagai sumber. Apa yang ditulis di sini adalah sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama-sama
calon-calon SPM. Yang indah perlu dikongsi! Harap-harap ianya membantu.

Selamat maju jaya diucapkan buat semua calon SPM 2009. Semoga pada tahun ini, kami akan mendapat reult yang tergempak dari tahun-tahun yang lalu.

=3

Jumaat, November 06, 2009

Sulami rasa, dalami jiwa...

Seseorang pernah menceritakan sesuatu pada diri ini. Mengenai apa?


Soal hati.

Bell, 
Semua manusia dalam hidup ini pernah dilukai, bukan? Aku tahu, kau, aku, kita, juga pernah merasainya bagaimana hati dilukakan oleh seseorang. Yang paling menyakitkan adalah, kita dilukai sendiri oleh orang yang kita terlalu sayang padanya. 


Aku pernah menyukai sesorang pada suatu ketika. Dalam pada masa yang sama, aku mempunyai arah tujuan yang lebih penting dibandingkan dari membelai perasaan sayang itu. Aku tahu yang mana satu yang perlu diutamakan. Aku sudah berkali-kali menafikan perasaan itu. Dalam pada masa aku memendam perasaan, aku sering terluka dengan segala tingkahnya yang bagi aku ianya sesuatu yang kurang menyenangkan. Dia mempunyai teman. Dia yang rapat denganku sebelum ini, tidak memberitahu apa-apa pun tentang ini. Aku kecewa.


Kau tahu bukan betapa pahitnya perkara ini?

Kebanyakkan orang senang-senang saja mengatakan: utamakan dahulu yang mana lebih penting. 
Sekiranya hal berkaitan dengan perasaan, bagaimana harus aku mengikis perasaan seperti ini?
Aku berserah sahaja pada Yang Maha Esa. Biar Dia menentukan hidupku selepas ini. 
Aku juga membiarkan masa berlalu..... bagiku, itulah jalan yang terbaik buat masa itu.


Setelah masa berlalu, 
perasaan tersebut aku mampu mengikisnya dari hati aku dan memakan masa yang agak lama. 


Aku memulakan hidup yang baru. 
Aku bertemu lagi dengan sesorang yang aku rasakan: "Dialah kawan terbaik aku! Dialah sahabat yang memahami dan kami memiliki persamaan yang banyak! " . Bagiku dia seorang yang teristimewa yang pernah aku jumpa. Melaluinya aku mengenali sedikit sebanyak tentang asam garam kehidupan yang aku tak merasainya sama sekali. 
Aku tahu bagaimana cara untuk menghadiahkan seorang sahabat dengan pemberian yang berharga. 
Walaubagaimanapun, tidak selamanya kami akan berkawan. Aku perlu tahu dan faham akan hakikat itu sebelum tiba masanya. Masa pabila dia akan melukakan hati aku...

Aku berserah sekali lagi kepada Ilahi, demi memulihkan diriku dan dirinya. Aku tak mahu perpisahan dengan orang yang aku sayangi lagi. Aku tak mahu melaluinya lagi. Aku tahu, perpisahan sedemikian sangat-sangat melukakan hati. 
Aku membiarkan masa berlalu sekali lagi. Aku hanya mengikut rentak kehidupanku. Rentaknya: Aku dan dia, semakin menjauhi satu sama lain, terlalu jauh untuk dicapai. Terlalu jauh untuk dikejar... walau sepantas kelajuan cahaya, aku tak mampu untuk kembali bersahabat dengannya seperti dahulu.


Demi mengubat hati aku yang terlah luka buat kedua kalinya,
Aku mulai melangkah kepada realiti kehidupan setelah sekian lamanya aku hidup dalam angan-angan. 


Alahai, kehadiran sesorang buat kali ketiganya telah berjaya memulihkan semangat aku yang sudah lama patah sejak insiden mengguris jiwa. 
Kali ini, aku sudah mengenal takdir yang bakal menimpa aku. 
Aku sepatutnya tahu, risiko jenis apakah yang akan menimpa aku, untuk sekali lagi menjadikan seseorang sebagai orang teristimewa buatku. Oleh itu, aku menjadi berani. Berani untuk menghadapi sekali lagi takdir jenis ini.


Seseorang ini bagiku sentiasa menjadi orang yang teristimewa. Dia membantuku. Dia menyokongku. Dia berjaya membuat aku ketawa dan tersenyum. Dialah yang mewarnai hidup aku yang kusam ni. Dialah pemberi semangat padaku. Dialah matahariku.  Walaupun adakalanya dia meninggalkan aku keseorangan, dan aku pernah menangis kerananya, tetapi aku sudah mempunyai paksi: Risiko untuk dilukai, sentiasa hadir pada setiap kali aku menyukai seseorang. 


Aku sudah pahatkan dalam diriku, aku sudah mengisytiharkan kepada kawan-kawan aku,


"Sekiranya dia menyukai seseorang, aku tidak kisah akan hal itu. Kerana, dia berhak untuk menyukai sesiapa. Walaupun aku akan terluka, itulah risikonya. Aku perlu tahu dan faham akan risiko ini."

Dalam masa yang semakin hari semakin suntuk ini, 
aku cuba mewarnai kehidupan aku dengan corakku sendiri. Walaupun warna yang ada padaku hanya hitam dan putih, namun ianya tidak menjadi masalah...

Calar-balar, kesan luka masih lagi berbekas, namun, demi memulihkannya kembali, aku mempunyai caraku tersendiri. 


Allah swt, Yang Maha Pencinta sentiasa memerhatikan aku yang semakin hari semakin menjauhi dari nikmat cinta-Nya. Kini aku mahu sedar dari lenaku yang panjang, cinta yang hakiki, hanya milik Allah swt.  Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang paling agung. Cinta yang paling sempurna. Cinta yang dibalas. Cinta yang indah. Cinta rahmat. Itulah yang perlu dikejar sekarang....



Apa yang perlu aku lakukan untuk memulihkan luka ini adalah, 
Mencari Pemilik cinta tersebut.



Amacam, jiwang tak? Inilah luahan rasa dari seorang hamba Allah swt. =)

Rabu, November 04, 2009

Manisnya pahit.

13 hari lagi. Debaran kian terasa. Sekiranya ditanya, "Bagaimana persiapan anda?" atau "Sudahkah anda bersedia?" ... sememangnya soalan-soalan sebegini mahu dielakkan sama sekali. Tetapi, melarikan diri dari kenyataan bukan satu tindakan yang bijak. Jadi jawapan bagi persoalan tersebut telah disediakan.

" Sekiranya pada hari esok, sebermulanya perjuangan terakhir di alam persekolahan ini, semestinya saya harus, mesti dan perlu untuk  menghadapinya tidak kira samada saya telah bersedia atau tidak."

...
Pernahkah anda merasai kopi yang pahit tetapi terasa manisnya?

Ah! Manisnya pahit.

Teringat pula pada kenangan semasa di alam persekolahan tadika. Keengganan untuk ke sekolah menjadi intipati kehidupan bagi kanak-kanak di usia sebegitu. Kata-kata keramat dari ibu, "Pergi ke sekolah! Jangan malas. Kalau pergi ke sekolah, nanti jadi pandai."
Kebenaranya terbukti. Pahitnya kerana kita telah memasuki alam persekolahan, manisnya menerusi alam persekolahan kita mengenal erti kehidupan.

Kerana manisnya pahit.

Taktala diri melangkah ke alam Darjah 6, pertempuran pertama dalam hidup mulai dikenali. UPSR. Cikgu-cikgu tercinta kerap kali memberikan latih tubi yang berterusan. Tanpa mengira betapa penatnya diri ini kerana diasak ke tahap luar dari kebiasaan.
Pahitnya, diri kerdil yang tidak memiliki kudrat yang utuh sering menerima tekanan dari aspek ayng tidak diduga. Manisnya, penat dibalas dengan kejayaan indah.

Manisnya pahit itu...

Tidak pernah diduga dalam hidup ini, untuk menerima pemergian kawan terbaik dalam hidup. Sewaktu kehadirannya disisi, alahai, mengapa dirinya tidak dihargai? Terasa hidup ini terlalu kosong dan tiada sesiapa yang mampu mengisi ruangnya. Walaupun begitu, pemergiannya telah mengajar diri ini untuk lebih matang dalam merasai salah satu daripada rencah dalam kehidupan ini. Kerana itulah, manisnya pahit.

Walaupun pahit, ia tetap manis.

Pernah juga diri ini menghadapi satu tamparan hebat. Diri ini telah menerima balasan akibat malas belajar sewaktu di awal persekolahan pada peringkat menengah. Turun kelas. Pasrah dan akur dengan takdir, aku membisikan tentang hakikat. Semua ini ada hikmahnya. Semestinya! Dengan iltizam yang baru, menggenggam azam yang marak, aku ingin membuktikan pada guru-guruku bahawa mereka sudah melakukan kesilapan yang besar. Aku telah memurnikan azam tersebut dan hasilnya pada luar jangkaan aku. Aku mendapat tempat ketiga dalam kedudukan seluruh tingkatan semasa peperiksaan akhir tahun. Aku berjaya mengalahkan pelajar kelas pertama. Alhamdulillah!

Manisnya pahit.

Diri ini pernah hampir-hampir beputus asa dalam membuat percaturan terakhir, pada hari terakhir peperiksaan Percubaan SPM. Subjek Biologi. Aku merasa begitu tidak bersemangat untuk mengulangkaji. Aku sudah penat dalam menghadapi peperiksaan yang begitu tertekan dalam seumur hidup aku. Hanya diri yang mampu memujuk diri. Sabarlah. Sabarlah wahai diri. Berkat rahmat dari-Nya menjadikan keputusan aku berada diluar jangkaan ku sendiri. Biologi adalah antara subjek yang susah untuk dijawab semasa Percubaan SPM. Alhamdulillah, Yang Maha Mengasihani memberikan aku kejayaan A1 dalam subjek ini.... bersyukur wahai diri.

Kini, aku perlu merasai semula betapa manisnya pahit itu.
Aku sudah merasai berpuluhan kali kopi yang pahit, dan merasai manisnya kopi pahit.
Bersabarlah wahai diri.

Semakin hari, semakin pendek perjalananku selama 11 tahun ke medan peperangan yang terbesar dalam hidupku. Usaha dahulu dan kini menjadi pengiring. Semangat yang tinggi menjadi sumber tenaga. Ilmu dan kebijaksanaan menjadi senjata. Bersabarlah wahai diri. Mengapa pada saat-saat genting ini, kau mudah berputus asa? Berputus asa terhadap ujian-ujian getir yang ditimpakan padamu?

Kau perlu menjaga hati, daripada runtuhnya iman dan akidah diri. Kau perlu menjaga peribadi, agar kau sentiasa menjadi muslimah soleh yang dihormati. Kau perlu menjaga hubunganmu dengan Pencipta, bonda ayahnda, adinda dan rakan tauladan, agar kau dipermudahkan menerima ilmu. Kau perlu menjaga hati guru-guru yang kian mudah dipatahkan, agar ilmu yang kau pelajari daripadanya diberkati. Kau perlu melaksanakan segala amanah yang diberikan ---tanggungjawab pengawas, latihan yang diberi oleh guru, tanggungjawab anak, agar kau mengelakkan dari sifat pecah amanah.

Mengapa kau perlu berputus asa, wahai diri? Tidakkah kau sedar bahawa semua ini adalah peluang buat mu untuk mencipta kejayaan? Adakah kau belum merasai sepenuhnya betapa manisnya pahit itu?

"Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yange bersabar."

Bersabarlah wahai diri.