Peluang akan datang sekiranya kita betul-betul mahukan peluang itu sebagai batu loncatan untuk ke perkara yang dikejar.
Kata-kata yang taklah begitu berhikmat sangat ini, telah muncul dalam kotak fikiran diri ini sewaktu mengayuh basikal pulang dari sekolah.
Fikiran diri ini sebenarnya pada waktu itu sedang memikirkan tentang persediaan terhadap SPM.(Kata hikmah tersebut adalah hak cipta terpelihara. =D )
Hmm, minggu depan ialah minggu permulaan bagi sesuatu yang bakal menjadi sejarah keramat dalam diri setiap pelajar yang bergelar calon SPM (khususnya pada tahun 2009). Sama ada sudah bersedia, sudah mengingati nota-nota, sudah mengafal segala subjek, ataupun tidak bersedia, tidak menguasai subjek-subjek, tidak memahami subjek-subjek..... anda perlu menghadapi hari ini.
Sediakan payung sebelum hujan, tetapi... alahai malangnya, belum sempat untuk membuka payung, diri sudah dibasahi dengan air hujan namun, sempat juga diri dipayungi daripada terkena air hujan.
Tinggal kira-kira 9 hari lagi.
Jangan panik. Usah khuatir. Walaupun anda terasa diri kurang persediaan, gunakan celahan-celahan masa yang ada untuk memantapkan lagi persediaan anda. Bagi para pelajar yang kurang mantap dalam karangan Bahasa Melayu, anda amatlah digalakkan untuk membeli Majalah Fokus SPM - bacalah rencana-rencana yang dipaparkan, contoh-contoh karangan yang disediakan. Sekiranya di pasaran tiada, ringan-ringankanlah tangan meminjam dari mana-mana sumber.
Sekiranya kurang menguasai karangan Bahasa Inggeris, bacalah novel-novel atau mana-mana cerpen Bahasa Inggeris. Pelajarilah gaya bahasa dan kosa kata (vocabulary) yang digunakan. Masalah grammar pula, saya cadangkan, mantapkan asas grammar misalnya penggunaan tenses. Ia amat membantu.
Mathematics dan Additional Mathematics. Tiada jalan lain buat anda melainkan melakukan latih tubi dengan kerap. Sekiranya anda menghadapi masalah, ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya. Ingat, malu bertanya, sesat jalan.
Physics, Chemistry, Biology. 3 Subjek teras sains ini seringkali menjadi igauan dan kesukaan pelajar.
Seperti saya, saya amat menyukai Chemistry. Tetapi, saya juga menyukai Physics.
Kedua-dua mata pelajaran ini menjadikan saya untuk lebih suka untuk bertanya dan subjek ini memerlukan logik akal fikiran.
Biologi adalah fakta. Fakta yang kita mesti tahu dan faham. Physics dan Chemistry memerlukan kajian.
Untuk memantapkan ilmu yang ada, latihan kertas percubaan dari negeri-negeri yang lain yang
diberikan oleh guru-guru perlu diberikan perhatian.
Saya sedang cuba memujuk diri untuk lebih berusaha walau dalam masa yang sunutk ini untuk memantapkan diri dengan latihan
dan bimbingan dari pelbagai sumber. Apa yang ditulis di sini adalah sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama-sama
calon-calon SPM. Yang indah perlu dikongsi! Harap-harap ianya membantu.
Selamat maju jaya diucapkan buat semua calon SPM 2009. Semoga pada tahun ini, kami akan mendapat reult yang tergempak dari tahun-tahun yang lalu.
=3
1 ulasan:
good luck adek!
Catat Ulasan