Jumaat, November 06, 2009

Sulami rasa, dalami jiwa...

Seseorang pernah menceritakan sesuatu pada diri ini. Mengenai apa?


Soal hati.

Bell, 
Semua manusia dalam hidup ini pernah dilukai, bukan? Aku tahu, kau, aku, kita, juga pernah merasainya bagaimana hati dilukakan oleh seseorang. Yang paling menyakitkan adalah, kita dilukai sendiri oleh orang yang kita terlalu sayang padanya. 


Aku pernah menyukai sesorang pada suatu ketika. Dalam pada masa yang sama, aku mempunyai arah tujuan yang lebih penting dibandingkan dari membelai perasaan sayang itu. Aku tahu yang mana satu yang perlu diutamakan. Aku sudah berkali-kali menafikan perasaan itu. Dalam pada masa aku memendam perasaan, aku sering terluka dengan segala tingkahnya yang bagi aku ianya sesuatu yang kurang menyenangkan. Dia mempunyai teman. Dia yang rapat denganku sebelum ini, tidak memberitahu apa-apa pun tentang ini. Aku kecewa.


Kau tahu bukan betapa pahitnya perkara ini?

Kebanyakkan orang senang-senang saja mengatakan: utamakan dahulu yang mana lebih penting. 
Sekiranya hal berkaitan dengan perasaan, bagaimana harus aku mengikis perasaan seperti ini?
Aku berserah sahaja pada Yang Maha Esa. Biar Dia menentukan hidupku selepas ini. 
Aku juga membiarkan masa berlalu..... bagiku, itulah jalan yang terbaik buat masa itu.


Setelah masa berlalu, 
perasaan tersebut aku mampu mengikisnya dari hati aku dan memakan masa yang agak lama. 


Aku memulakan hidup yang baru. 
Aku bertemu lagi dengan sesorang yang aku rasakan: "Dialah kawan terbaik aku! Dialah sahabat yang memahami dan kami memiliki persamaan yang banyak! " . Bagiku dia seorang yang teristimewa yang pernah aku jumpa. Melaluinya aku mengenali sedikit sebanyak tentang asam garam kehidupan yang aku tak merasainya sama sekali. 
Aku tahu bagaimana cara untuk menghadiahkan seorang sahabat dengan pemberian yang berharga. 
Walaubagaimanapun, tidak selamanya kami akan berkawan. Aku perlu tahu dan faham akan hakikat itu sebelum tiba masanya. Masa pabila dia akan melukakan hati aku...

Aku berserah sekali lagi kepada Ilahi, demi memulihkan diriku dan dirinya. Aku tak mahu perpisahan dengan orang yang aku sayangi lagi. Aku tak mahu melaluinya lagi. Aku tahu, perpisahan sedemikian sangat-sangat melukakan hati. 
Aku membiarkan masa berlalu sekali lagi. Aku hanya mengikut rentak kehidupanku. Rentaknya: Aku dan dia, semakin menjauhi satu sama lain, terlalu jauh untuk dicapai. Terlalu jauh untuk dikejar... walau sepantas kelajuan cahaya, aku tak mampu untuk kembali bersahabat dengannya seperti dahulu.


Demi mengubat hati aku yang terlah luka buat kedua kalinya,
Aku mulai melangkah kepada realiti kehidupan setelah sekian lamanya aku hidup dalam angan-angan. 


Alahai, kehadiran sesorang buat kali ketiganya telah berjaya memulihkan semangat aku yang sudah lama patah sejak insiden mengguris jiwa. 
Kali ini, aku sudah mengenal takdir yang bakal menimpa aku. 
Aku sepatutnya tahu, risiko jenis apakah yang akan menimpa aku, untuk sekali lagi menjadikan seseorang sebagai orang teristimewa buatku. Oleh itu, aku menjadi berani. Berani untuk menghadapi sekali lagi takdir jenis ini.


Seseorang ini bagiku sentiasa menjadi orang yang teristimewa. Dia membantuku. Dia menyokongku. Dia berjaya membuat aku ketawa dan tersenyum. Dialah yang mewarnai hidup aku yang kusam ni. Dialah pemberi semangat padaku. Dialah matahariku.  Walaupun adakalanya dia meninggalkan aku keseorangan, dan aku pernah menangis kerananya, tetapi aku sudah mempunyai paksi: Risiko untuk dilukai, sentiasa hadir pada setiap kali aku menyukai seseorang. 


Aku sudah pahatkan dalam diriku, aku sudah mengisytiharkan kepada kawan-kawan aku,


"Sekiranya dia menyukai seseorang, aku tidak kisah akan hal itu. Kerana, dia berhak untuk menyukai sesiapa. Walaupun aku akan terluka, itulah risikonya. Aku perlu tahu dan faham akan risiko ini."

Dalam masa yang semakin hari semakin suntuk ini, 
aku cuba mewarnai kehidupan aku dengan corakku sendiri. Walaupun warna yang ada padaku hanya hitam dan putih, namun ianya tidak menjadi masalah...

Calar-balar, kesan luka masih lagi berbekas, namun, demi memulihkannya kembali, aku mempunyai caraku tersendiri. 


Allah swt, Yang Maha Pencinta sentiasa memerhatikan aku yang semakin hari semakin menjauhi dari nikmat cinta-Nya. Kini aku mahu sedar dari lenaku yang panjang, cinta yang hakiki, hanya milik Allah swt.  Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang paling agung. Cinta yang paling sempurna. Cinta yang dibalas. Cinta yang indah. Cinta rahmat. Itulah yang perlu dikejar sekarang....



Apa yang perlu aku lakukan untuk memulihkan luka ini adalah, 
Mencari Pemilik cinta tersebut.



Amacam, jiwang tak? Inilah luahan rasa dari seorang hamba Allah swt. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan