Assalamualaikum and greetings.
Hee~ Seronok, enjoy dan penat. Yeahh, Jumaat nih aku bakal bergelar graduan buat kali ke-3 dalam hidup aku. Waring: entri panjang :)
Bertolak pukul 7.00 pagi walaupun sampai ke kedai pukul 6.30. Ish, sesampai sana, aku sorang je kaum hawa muslim. Yang lain sume laki. Ramai lak tuh. Ade chinese, 3 orang, tapi diaorg geng sendiri. Okayh, pas tu amek lagi penumpang, fuhh bagusnye ade gak muslimah. Uncle bawak kteorg tuh pasang air-cond waktu pepagi buta tuh. Isk...
Sesampai JPJ Muar kat Bakri, uncle tuh tunjukkan jalan A kat kteorg. Jalan yang sangat panjang, mencabar, dan tak pernah lalu masa QTI ari tuh.
Okeyh, then balik JPJ semula amik no giliran. Aku no 35. Hurm, orang-orang terakhir gak nih. Tapi bole la. Okeyh, duduk dan bertafakur :DD.
Tapi, tak selesa giler. Depan lelaki, kiri lelaki, belakang pun lelaki. Seb baik aku dok tepi skali. Malu dan segan giler. Malu sesangat. Ntah kenapa, tak tahu. Aku JARANG duduk dekat-dekat (kurang dari 10 inci) dengan kaum adam nih. Really. Kalo dekat pun, aku jauhkan. Tak selesa giler. Panas muka aku, dari badan sejuk kene air-cond waktu pagi, terus panas balik tak sampai beberapa minit. Cam terasa demam pun ada. Panas satu badan.
Dah la ade gak manusia lelaki yang kat depan aku tuh dok toleh-toleh ke belakang. Iye lah, aku bukannye sesuka nak perasan. Tapi, biler aku angkat muka, diaorg memang tengah tengok aku. Tsk..
Then pergi bab parking, bukit, u-turn suma. Alhamdulillah okey. Sume berjalan dgn lancar, dan aku pun jadi ter sangat cool giler! Cuma bab bukit, aku percubaan 2 kali coz, aku tak puas ati. Minta nak cuba sekali lagi, tester tu marah. Haihh~
Balik seat tadi, dan tunggu giliran untuk on the road. Haha, kaum adam sume dok depan. Syok giler. At least, ade gak kawan muslimah sorang dok tepi kiri aku. Bole bawak bersembang. Tapi ade gak manusia lelaki nak ajak bersembang dengan aku. Kesian dia, berapa kali dah dia dok tak diam, asyik pusing-pusing ke belakang. Sebab aku tak layan dia. Buat bodo maa. At last, dia nak tanya aku je, "Lulus tak masa parking tadi?". Aku senyum dan angguk je. Dia nak bersembang lagi, tapi aku buat bodo. HAHAHAHA~ I'm so mean.. =P
On the road, sume berjalan sangat lancar, alhamdulillah. Takde gossip la part nih sebab aku luar biasa tenangnya kat dalam kancil tuh. Tester tu tak banyak songeh pun. Bagus ar, dari dia ajak sembang, aku lari pulak tumpuan. Tapi markah lulus aku 17/20. Markah lulus sebenar 16/20. Isk... isk, coz aku salah kat mende yang senang-senang je~~ Walaupapepun, alhamdulillah AKU LULUS!! Wahahaha!
Balik kedai, mereka-mereka yang pergi bersama-sama aku menjadi saksi; budak yang lulus test kereta JPJ balik rumah naik basikal, hahaha. Diaorang sume naik moto, aku je naik basikal. Pehh, kene gelak la ape lagi.
Then, orang Astro ade kat umah. Diaorg pasang Astro B.yond. Hehehe~ Syok la. TAPI, balik-balik tengok rumah bersepah!! Pehh, malu giler kat tetamu, bersepah cam tu. Masuk rumah, terus kemas. Dapur pun bersepah gak. Lunch pun belum prepare lagi. Aku terus panaskan lauk semalam, dan masak nasi, kemas mana yang patut. Penat tak penat, kene gak lah. Mak dan adik belum balik, aku kene sediakan lunch lah.
Adooooyaiiii, kalo aku tak de kat umah, memang nilah jadinye. Macam mana lah pulak biler aku dah kuar sambung study? Masya-ALLAH, susah nak bayangkan! Harap-harap mak mampu nak kemas rumah.
Nota kaki: Mak tegur aku sebab aku buat sombong dengan lelaki tuh. Segan giler la, mak! Bukan malu tak bertempat, tapi malu giler!
Rabu, Mac 31, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan