Jumaat, Julai 31, 2009

Bahasa Melayu, martabatkanlah ia kembali....

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dari Kementerian Pelajaran Malaysia, PPSMI akan dibubarkan pada tahun 2012.

Pada mulanya, saya, sebagai seorang pelajar tingkatan 5, merasakan berita ini cukup menggemparkan saya. Sepanjang alam persekolahan saya, saya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pegantar dalam subjek matematik dan sains.

Bagi saya, perubahan seperti ini mungkin akan menjejaskan sedikit kefahaman dalam sesbuah pelajaran tersebut. Misalnya, penggunaan istilah-istilah sains dan matematik yang agak serasi dengan diri ini ataupun para pelajar seperti saya, mungkin akan membuatkan kami terasa "pelik" atau seperti kurang serasi dengan istilah-istilah yang diterjemahkan didalam Bahasa Melayu.

Walaupun begitu, guru matapelajaran Kimia saya menyatakan, sebelum PPSMI dikuatkuasakan, kedudukan Malaysia di mata dunia dalam pendidikan berada dalam tempat teratas. Sejak PPSMI dikuatkuasakan, prestasi Malaysia kian merosot.
Saya tidak percaya. Tetapi, fakta seperti itu dikeluarkan oleh guru saya sendiri, saya tidak perlu menyangkalnya lagi.

Hari ini, guru subjek Sejarah saya bertanyakan kepada pelajar-pelajarnya. Apakah bahasa paling utama digunakan di dunia.

Bahasa Cina, diikuti oleh Bahasa Jerman, Bahasa Latin dan kedudukan yang keempat ialah Bahasa Melayu.
Terbit juga rasa tidak percaya saya bercampur gembira kerana Bahasa Melayu paling banyak penuturnya didunia ini. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya.

Percayalah, dengan Bahasa ibunda kita kita mampu untuk melangkah lebih jauh. Masih tidak yakin lagi?
Lihatlah ke timur. Seperti yang kita fahami, kebanyakan penduduk Jepun tidak seberapa boleh untuk menguasai Bahasa Inggeris. Tetapi, apa yang menjadi kekaguman kita adalah bagaimanakah bangsa ini mampu untuk bersaing dengan negara-negara di sebelah barat, seperti Amerika, Britain dan sebagainya dalam kemajuan. Malah, negara ini menguasai kemajuan 5 tahun lebih awal dari kita. Kuncinya, mereka menggunakan bahasa ibunda mereka. Bahasa Jepun.

Apa lagi yang kita perlu salahkan? Tidak! Jangan salahkan sesiapa! Mulakan langkah baru, kita martabatkan kembali bahasa kita. Mulakan dari sekarang! Setelah anda semua selesai membaca tinta ini.

B.E.N.G.A.N.G

Minta maaf lah... kalo dalam tinta kali ini saya bersuara agak kasar.
Tetapi, saya ingin luahkan SEGALA-GALANYA!

Pertama.

SAYA TERASA BENGANG! BENGANG!!!
BENGANG BENGANG BENGANG BENGANG BENGANG

Mesti tertanya-tanya kan?
Dengan siapa saya bengang?
Kenapa terasa bengang?

Kenapa?
SAYA TIDAK SUKA SAMA SEKALI APABILA DIBULI (atau) dan DIARAH-ARAHKAN OLEH BUDAK YANG MUDA DARI SAYA....

TAK SEDAR DIRI BETUL
...

Ahad, Julai 26, 2009

Aku ingin menangis

Aku terasa tertekan.
Hampir 50% tekanan sudah menimpa ku.

Aku tak tahu aku patut berkongi cerita dengan siapa.
Semua kengkawan aku berkongsi masalah mereka denganku.
Tetapi, aku?
Aku... tak tahu. Aku hanya dapat ekspressikan masalahku melalui menulis nota di handphone dan menulis di blog.
Aku tak dapat melepaskan sepenuhnya tekanan itu.

Aku tertekan dengan diriku.
Selalu kehilangan daya usaha untuk mencapai impian 11A1.

Aku tertekan dengan kawan.
Aku tak mampu untuk berkomunikasi dengan baik dengannya. Dia merupakan teman baikku sejak tingkatan 1. Semua orang tahu. Semua orang mungkin sedar, aku sudah kurang bercakap dengan dia. Aku tahu, dia juga sedih dengan sikapku ini.
Apatah lagi diriku. Aku tak mampu. Aku tak tahu. Aku kadang-kadang terasa letih untuk mencari penyelesaian untuk berkomunikasi baik denganmu. Aku juga kadang-kadang terasa letih untuk menghalau keluar perasaan tidak suka dalam diriku. Aku hanya mampu untuk mendiamkan diri. Aku minta maaf...

Aku tertekan dengan pelajaran.
Aku masih terkapai-kapai untuk memahami ilmu. Aku mengamalkan latih tubi dari sekarang. Tetapi, bagiku tidak mencukupi. Aku mahukan lebih. Semangat aku yang membara terpadam begitu sahaja apabila kemalasan menguasai diriku.

Aku tertekan dengan tugasan.
Sejak masuk ke bulan 7 ini, aku seringkali tidak menjalankan tugasku dengan begitu baik. Teman-teman seperjuangan seringkali tidak mahu memberikan kerjasama. Malah, aku ditinggalkan keseorangan dalam tugasan ini. Beberapa hari yang lalu, aku mengeluh kepada sahabat setia ku, "Aku sudah kehilangan semangat untuk buat kerja-kerja pengawas. Aku sudah letih"
Astaghfirullahal azim... Aku tidak spatutnya mengeluh... Alhamdulillah aku dapat tugasan ini.

Aku tertekan dengan harapan.
Guru-guruku sudah meletakkan harapan pada diriku unutk berjaya dengan cemerlang nanti. Alhamdulillah. Tetapi aku juga mahukan kejayaan yang sedemikian, namun, aku tertekan. Sekiranya aku gagal berada di landasan kecemerlangan, mereka akan mengkaji, kenapa. Aku akan tertekan. Aku tidak berapa suka sekiranya ada orang ingin mengambil tahu rahsia yang aku simpan dari semua orang.

Aku tertekan dengan perasaanku.
Kenapalah pada saat-saat genting sebegini, aku masih memendam rasa pada seseorang? AKU TAHU, aku tidak sepatutnya jadi sebegini. Tetapi, aku tak mampu untuk mengelakkannya. Tetapi, aku mampu, insyaallah, mengubah perasaan itu kepada satu dorongan semangat buatku. Sebuah benteng buatku. Terima kasih aku ucapkan kepada dia, kerana muncul dalam hidupku. Bersyukur aku kepada Allah swt, Engkau telah memperlihatkan sifat-sifat mulia-Mu padanya, kepadaku... Alhamdulillah.

Masa itu berdetik...


Masa... masa dan masa.
Berlalu tanpa sedar. Tanpa dapat di rasai.

Skrg hampir mencecah 8 bulan alam persekolahan ku pada tahun terkahir.
Tinggal sebulan sahaja lagi untuk aku menamatkan ulangkaji ku...
Tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk bersamanya.
Tinggal 3 bulan sahaja lagi untuk aku melakar memori terakhir alam persekolahan
Tiggal 4 bulan sahaja lagi untuk bersama rakan-rakan taulan.

Ah! Terasa seolah-olah baru semalam sahaja aku melangkah ke alam persekolahan tahun terakhir ku... Mengapa aku merasakan masa sangat sangat pantas berlalu, walaupun memori-memori indah sudah hampir penuh aku lakarkan dalam tinta hidupku...

Tak cukup lagi... Aku mahukan lagi. Lagi dan LAGI!!!
Berilah aku peluang, bukan sekali tetapi berilah aku perluang sebanyak-banyaknya, duhai Tuhanku, untuk aku menikmati detik-detik indah yang terakhir dalam alam persekolahanku ini!

Sabtu, Julai 25, 2009

Beban 100 kg

Apa topik minggu ini? Hmm, al-humaira ingin berkongsi cerita mengenai sedikit sebanyak kehidupan di sekolah.

Al-Humairah masih lagi bersekolah di tingkatan lima, dan pada bulan hadapan, genaplah 8 bulan Humairah bersekolah selama 8 bulan pd tahun 2009. Masuk tingkatan lima ni best. Betul, ana cakap bukan main-main punyer. Tetapi, bergantung pada personaliti kamulah. Suka atau tidak, terpulang...

Ana seorang pengawas sejak tahun lepas. Ana nak mohon jadi pengawas sejak tingkatan 1 lagi. Alhamdulillah dapat tahun lepas... Tahun lepas ana bukan main lagi ambil serius terhadap tugas ana. Tetapi, skip kerja tu, agak kadang-kadang lah juga.... haha.. Tahun lepas, bebanan seorang pengawas tidak lagi terasa...

Tetapi, segala-galanya berubah apabila ana dapat jawatan dalam AJK Tertinggi badan pengawas. EXCO Perhimpunan. Bukan ana nak bangga diri. Ana mahu meluahkan apa yang terbuku sahaja. Tiada riak & takbur. Ana rasa, cikgu ambil ana sebagai EXCO Perhimpunan sejak ana mulai menonjolkan diri dalam acara-acara yang melibatkan keberanian untuk bercakap dihadapan orang. Alhamdulillah...
Menjadi EXCO Perhimpunan bukanlah mudah. Ana menggalas empat tanggungjawab yang besar,
1. Menjadi anak yang soleh.
2. Menjadi pelajar yang mengekalkan kecemerlangannya.
3. Menjadi seorang pengawas yang berkualiti.
4. Menjadi EXCO Perhimpunan yang cemerlang.

Tampak begitu mudah, kan? Tugasan EXCO Perhimpunan memerlukan sikap setia masa, cekap, pantas, tegas, kreatif dan berani. Ana setiap hari akan bertungkus lumus memikirkan siapa yang akan menjadi pemimpin bacaan doa harian. Menghadapi kerenah pelajar yang seramai 800 orang lebih untuk berhimpun tepat pada waktunya. Tetapi, dengan kerjasama rakan-rakan seperjuangan, kerja sukar menjadi mudah. Ana tak boleh melakukan tugasan ini tanpa bantuan teman-teman. Ana memerlukan teman yang sanggup berkongsi tanggungjawab ini, yang memahami tugasan ini...

Ana berasa bersyukur sangat-sangat pada Allah swt yg telah memberikan kurniaan 9 A 1B 1G semasa peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. Dengan adanya satu G, ana tidak mampu untuk berasa bangga dengan pencapaian ana. Dengan adanya pencapaian ana yang 1B itu - malah hampir-hampir jatuh ke tangga C, ana sedar... 9A ana tiada maknanya. Ana mendapat 4A1 dan 5A2. Tetapi, sebelum sempat ana menarik nafas untuk bersenang sebentar, Guru Penolong Kanan sekolah ana sudah meletakkan harapan yang tinggi pada ana untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang sedemikian.

Cemerlangkah ana? Tidak... Kecemerlangan ana tiada kualitinya berbanding dengan teman-teman ana yang mendapat kejayaan lebih dari ana. Walaupun menyandang gelaran, pemilik A paling banyak dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini, ana tidak rasa ana cemerlang. Ana sentiasa berada dalam keadaan yang kurang stabil untuk berjaya. Walaupun luarannya, ya... tetapi hakikatnya tidak. Ana seringkali memberikan sokongan buat diri sendiri, ana cuba untuk menyayangi diri sendiri.

Pencapaian 9A adalah ujian buat ana. Meletakkan diri ana di antara keimanan dan kekufuran. Ana akui dengan sepenuh hati, kejayaan ana dari dulu hingga sekarang bukanlah hak ana. Bukanlah milik mutlak ana. Semuanya itu kurniaan Allah swt atas Maha Penyayangnya Dia. Ana seringkali memarahi diri ana sendiri sekiranya ana mulai melangkah ke kekufuran.

Bebanan sedemikian telah sedikit sebanyak menggangu ana. Kehidupan ana berjalan seperti kehidupan remaja normal. Riang, sedih, marah, takut, bosan, hilang semangat mahupun terasa menyukai seseorang. Ianya... warna. Hidupmu tidaklah bosan tanpa warna-warna seperti ini..

Ana cuma berharap, teman-teman ana dapat memahami ana setelah mereka membaca tinta ana kali ini. Ana amat memerlukan sokongan semangat, bukannya celaan, ana memerlukan bantuan dan kerjasama, bukannya meninggalkan ana berseorangan menggalas tanggunjawab yang berat ini, ana memerlukan jiwa yang tabah supaya ana mudah untuk menghadapi cabaran-cabaran pada masa akan datang.

Ana tak mahu ditinggalkan. Ana tidak mahu menangis lagi kerana ditinggalkan. Ana sudah tidak mahu menagis lagi kerana tiada kerjasama dan bantuan teman-teman.
Ana perlukan kamu. Kitakan bersaudara?

Jumaat, Julai 17, 2009

Aku disabitkan BERSALAH!



Hmm seperti tajuk blog ni... yang korg sumer dapat baca.
Aku disabitkan bersalah.
Hukumannya.... jeng jeng jeng (cam happy kene hukum, ek?) ...
Gantung sampai mati?!!!

Hehe... gurau jer... Bayar RM 500 jer... (jer? <_<") Ceritanyer... Hari ni, 17 hb Julai 2009, petang, kteorg ade kelas fizik. Belajar tajuk baru... chapter 4 form 5. Tentang Cathode Ray Oscilloscope. Tengok gambar kat bawah ni kalo nak tahu pe benda aku ckp tuh...
Ni lah bende nyer... Aku dan kengkawan aku main-main dengan punat (punat ker?) yang kaler hitam tu... nampak kan? Asal bende tu hanya titik hijo (hijau.. aku org Muar) , kat tengah-tengah. Punat-punat kat tepi tu berfungsi untuk mengubah kedudukan titik hijo tu, ngan menaikkan cas.. voltage dan sewaktu dgnnyer lah..

Kiteorg mula-mula pegang satu punat jer. Tapi, lama-lama... sebab syok sangat (kat umah tak der... (^_^)v ) ... mulalah guna dua punat.. lama-lama main, titik tu turun ke bawah... dan tak naik-naik lagi... kesian kan? Kesian kat titik tu ker? Kesian la kat aku... Ckgu kata tiap-tiap tahun benda tu ditempah untuk dijahanamkan... tahun ni pun ada lagi... nak betulkan kene bayar RM500... aisehmen..berderau darah.

Tapi boleh gelak la pulak... tapi aku takut pun ada...
Haiyoo, aku da jadi nakal sejak naik form 5 ni. Tak pe lah, ni kenangan manis... Heee...

Buat korang-korang yang baca post ni... Ingatlah pesan saya (ceh.. sopan kat hujung...heh ).
Kalo cikgu kamu kata jangan... jangan buat..
(Tapi tadi cikgu tak kata "JANGAN SENTUH" ? Hehe... <- Ni ayat budak nakal)
Cikgu kata buat... buat.. Kalo cikgu tak kata apa-apa?

Ha... tanya lah cikgu...

Buat Cikgu Zarinah tersayang... ampunkan saya cikgu. Sebagai balasan, SAYA AKAN DAPATKAN A1 UNTUK FIZIK DALAM SPM!!!
yosh!!!






Jumaat, Julai 10, 2009

Buli?

Ada pernah mengalami situasi seperti ini tak?

* Emak anda menyuruh anda untuk mengampai kain. Selesai mengampai kain tersebut, anda diminta untuk membasuh pinggan yang bertimbun-timbun di dapur.

* Guru-guru anda sering kali meminta anda untuk melakukan itu dan ini. Tiada orang lain di mata mereka selain anda. Anda menolong mereka.

* Abang anda berkata,"Minta tolong adik, boleh tak? Tolong ambilkan Nintendo DS abang... "
Anda dengan berat hatinya, menolong dia..

Mereka meminta tolong. Tolong itu dan ini. Tanpa megira apa jua perasaan anda sekali pun... Tetapi mereka sebenarnya tak tahu pun perasaan anda... T_______T.
Tertekan? Taklah sangat... Tapi kekadang terasa dibuli?

Hmm, ye ker? Cuba fikirkan balik... renung-renungkan hadis Rasulullah saw... kan ada satu hadis tu... yang menerangkan menolong orang membuat kebaikan merupakan satu sedekah... sedekah kan amalan mulia. Allah swt suka... kan kan kan? Nak Allah swt suka kepada anda tak? Kalo nak, buat lah amal baik dan mulia bebanyak...

Pesan saya, seperti firman Allah swt, "bersabarlah kamu dalam membuat kebaikan.. "
Jangan buruk sangka sesama saudara seislam... Tak baik...

Tapi, yang abang suruh ambil Nintendo DS tu ape pulak? Hmm...

Hmm...

Apa cerita terbaru?

Esok, saya pergi ke Program SKOR A SPM kat Labis... eh, ke Segamat? ke, Labis tu kat Segamat?
Hmm ntah ler...

Tak tahu la nak cter pasal ape...

Sabtu, Julai 04, 2009

Dugaan anak soleh

Assalamualaikum wahai pembaca yang budiman,

Hmm, hari ini aktiviti kat sekolah "best" sangat. Persatuan IT menganjurkan kursus membuat blog. Cikgu pula telah memilih saya sebagai facilitator untuk kursus ini. Hmm, saya rasa saya tak menjalankan amanah itu dengan sebaiknya. Kelam-kabut jugalah tadi. Yang itu panggil yang sini panggil, yang kat makmal sebelah pun panggil. Hmm, tapi... still "cool" lah.

Buat blog bagi saya, agak sukar juga, walaupun saya sudah mempunyai lebih kurang 6 buah blog, tetapi, ia memang menguji kesabaran...

Ayah pula marah sebelum saya pergi ke sekolah hari ini. Dia menegur saya atas sikap saya yang agak keterlaluan mementingkan perihal sekolah berbanding tumpuan saya pada SPM bulan 11 ini. Ayah kata lagi, kalau sikap "superman" saya ini berterusan, dengan izin Allah swt saya akan gagal SPM. Gagal ke Universiti, gagal ke maktab.

Biar betul? Saya pun keliru... Mak kata, teruskan sahaja, tetapi jangan over sangat.

Bukannya saya tidak belajar, saya belajar. Saya jarang tertinggal kelas tambahan pada tahun ini. Cuma, amalan saya mulai menyusut sejak saya mulai menjalankan tugas saya sebagai seorang pengawas yang tegas beberapa bulan yang lalu.

Sebelum ini, lagilah teruk. Saya menggilai dunia "fangirl", mengilai artis jepun yang kafir itu. Berkawan dengan orang-orang kafir. Saya keluar dari dunia "fangirl" sejak saya mulai mengambil serius tentang tanggungjawab saya sebagai seorang pengawas. Tambahan pula, saya diberikan tugas yang amat penting setiap hari... Saya bersyukur sesangatnya kepada Yang Maha Mensyukuri yang saya sudah menjauhi dunia "fangirl" itu. Tambahan pula, saya sendiri telah dilukai oleh kawan yang rapat saya di dunia itu.

Biar betul? Saya pun keliru... Mak kata, teruskan sahaja, tetapi jangan over sangat.

Ya Allah, sungguh besar dugaan yang Kau hendakkan aku untuk tempuhinya. Walau seringkali aku mengatakan "Aku tak mampu menanggung dugaanmu, ya Allah..." tetapi, aku teringat akan kata-kata sahabatku, "Allah tidak akan menimpakan sesuatu dugaan di luar kemampuan kita"
serta firman-Mu, "Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya"... aku pasrah.

Saya hampir-hampir nak mengalirkan air mata semasa saya menceritakan semula masalah ini kepada sahabat baik saya, Nabiha. Tapi tak jadi, sebab ada budak lelaki di belakang... Nabiha berikan saya satu nasihat yang berguna, "Walau sejahat mana ibu bapa buat sesuatu pada anaknya, anaknya tidak layak untuk mendendami mereka kerana mereka masih lagi ibubapa mereka."

Ya benar sekali. Saya mesti buang jauh-jauh rasa ini. Taat kepada ibu bapa, itu sebaik-baik pahala buat anak yang soleh...

Jumaat, Julai 03, 2009

Selamat Datang buat diriku...

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang buat dirku. Hmm, ini adalah entri pertama saya. Baiklah, mari saya ceritakan sedikit sebanyak mengenai diri saya.

Ini adalah kali kedua saya mendaftar di Blogger.com .
Akaun saya yang terdahulu, hmm terabai begitu sahaja nampaknya.
Saya ada 5 buah blog lagi, tiga di Livejournal.com - yang ini aktif sedikit, satu di Wordpress.com - kekadang aktif, satu di RealLifeLog.com - ni... dah "mati".

Dengan terbinanya sebuah lagi blog, yakni blog ini, harap-harap... saya dapat "handle" lah akaun-akaun saya ni.

Akaun ini hanya percubaan sahaja...
Tgklah kalau ada kegunaan untuk masa hadapan.
Sampai sini sajalah... dah mengantuk ni..

Wabillah hi taufik wal hidayah,
Assalamualaikum wbt.
(^_^)/