Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dari Kementerian Pelajaran Malaysia, PPSMI akan dibubarkan pada tahun 2012.
Pada mulanya, saya, sebagai seorang pelajar tingkatan 5, merasakan berita ini cukup menggemparkan saya. Sepanjang alam persekolahan saya, saya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pegantar dalam subjek matematik dan sains.
Bagi saya, perubahan seperti ini mungkin akan menjejaskan sedikit kefahaman dalam sesbuah pelajaran tersebut. Misalnya, penggunaan istilah-istilah sains dan matematik yang agak serasi dengan diri ini ataupun para pelajar seperti saya, mungkin akan membuatkan kami terasa "pelik" atau seperti kurang serasi dengan istilah-istilah yang diterjemahkan didalam Bahasa Melayu.
Walaupun begitu, guru matapelajaran Kimia saya menyatakan, sebelum PPSMI dikuatkuasakan, kedudukan Malaysia di mata dunia dalam pendidikan berada dalam tempat teratas. Sejak PPSMI dikuatkuasakan, prestasi Malaysia kian merosot.
Saya tidak percaya. Tetapi, fakta seperti itu dikeluarkan oleh guru saya sendiri, saya tidak perlu menyangkalnya lagi.
Hari ini, guru subjek Sejarah saya bertanyakan kepada pelajar-pelajarnya. Apakah bahasa paling utama digunakan di dunia.
Bahasa Cina, diikuti oleh Bahasa Jerman, Bahasa Latin dan kedudukan yang keempat ialah Bahasa Melayu.
Terbit juga rasa tidak percaya saya bercampur gembira kerana Bahasa Melayu paling banyak penuturnya didunia ini. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya.
Percayalah, dengan Bahasa ibunda kita kita mampu untuk melangkah lebih jauh. Masih tidak yakin lagi?
Lihatlah ke timur. Seperti yang kita fahami, kebanyakan penduduk Jepun tidak seberapa boleh untuk menguasai Bahasa Inggeris. Tetapi, apa yang menjadi kekaguman kita adalah bagaimanakah bangsa ini mampu untuk bersaing dengan negara-negara di sebelah barat, seperti Amerika, Britain dan sebagainya dalam kemajuan. Malah, negara ini menguasai kemajuan 5 tahun lebih awal dari kita. Kuncinya, mereka menggunakan bahasa ibunda mereka. Bahasa Jepun.
Apa lagi yang kita perlu salahkan? Tidak! Jangan salahkan sesiapa! Mulakan langkah baru, kita martabatkan kembali bahasa kita. Mulakan dari sekarang! Setelah anda semua selesai membaca tinta ini.
Jumaat, Julai 31, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan