Apa topik minggu ini? Hmm, al-humaira ingin berkongsi cerita mengenai sedikit sebanyak kehidupan di sekolah.
Al-Humairah masih lagi bersekolah di tingkatan lima, dan pada bulan hadapan, genaplah 8 bulan Humairah bersekolah selama 8 bulan pd tahun 2009. Masuk tingkatan lima ni best. Betul, ana cakap bukan main-main punyer. Tetapi, bergantung pada personaliti kamulah. Suka atau tidak, terpulang...
Ana seorang pengawas sejak tahun lepas. Ana nak mohon jadi pengawas sejak tingkatan 1 lagi. Alhamdulillah dapat tahun lepas... Tahun lepas ana bukan main lagi ambil serius terhadap tugas ana. Tetapi, skip kerja tu, agak kadang-kadang lah juga.... haha.. Tahun lepas, bebanan seorang pengawas tidak lagi terasa...
Tetapi, segala-galanya berubah apabila ana dapat jawatan dalam AJK Tertinggi badan pengawas. EXCO Perhimpunan. Bukan ana nak bangga diri. Ana mahu meluahkan apa yang terbuku sahaja. Tiada riak & takbur. Ana rasa, cikgu ambil ana sebagai EXCO Perhimpunan sejak ana mulai menonjolkan diri dalam acara-acara yang melibatkan keberanian untuk bercakap dihadapan orang. Alhamdulillah...
Menjadi EXCO Perhimpunan bukanlah mudah. Ana menggalas empat tanggungjawab yang besar,
1. Menjadi anak yang soleh.
2. Menjadi pelajar yang mengekalkan kecemerlangannya.
3. Menjadi seorang pengawas yang berkualiti.
4. Menjadi EXCO Perhimpunan yang cemerlang.
1. Menjadi anak yang soleh.
2. Menjadi pelajar yang mengekalkan kecemerlangannya.
3. Menjadi seorang pengawas yang berkualiti.
4. Menjadi EXCO Perhimpunan yang cemerlang.
Tampak begitu mudah, kan? Tugasan EXCO Perhimpunan memerlukan sikap setia masa, cekap, pantas, tegas, kreatif dan berani. Ana setiap hari akan bertungkus lumus memikirkan siapa yang akan menjadi pemimpin bacaan doa harian. Menghadapi kerenah pelajar yang seramai 800 orang lebih untuk berhimpun tepat pada waktunya. Tetapi, dengan kerjasama rakan-rakan seperjuangan, kerja sukar menjadi mudah. Ana tak boleh melakukan tugasan ini tanpa bantuan teman-teman. Ana memerlukan teman yang sanggup berkongsi tanggungjawab ini, yang memahami tugasan ini...
Ana berasa bersyukur sangat-sangat pada Allah swt yg telah memberikan kurniaan 9 A 1B 1G semasa peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. Dengan adanya satu G, ana tidak mampu untuk berasa bangga dengan pencapaian ana. Dengan adanya pencapaian ana yang 1B itu - malah hampir-hampir jatuh ke tangga C, ana sedar... 9A ana tiada maknanya. Ana mendapat 4A1 dan 5A2. Tetapi, sebelum sempat ana menarik nafas untuk bersenang sebentar, Guru Penolong Kanan sekolah ana sudah meletakkan harapan yang tinggi pada ana untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang sedemikian.
Cemerlangkah ana? Tidak... Kecemerlangan ana tiada kualitinya berbanding dengan teman-teman ana yang mendapat kejayaan lebih dari ana. Walaupun menyandang gelaran, pemilik A paling banyak dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini, ana tidak rasa ana cemerlang. Ana sentiasa berada dalam keadaan yang kurang stabil untuk berjaya. Walaupun luarannya, ya... tetapi hakikatnya tidak. Ana seringkali memberikan sokongan buat diri sendiri, ana cuba untuk menyayangi diri sendiri.
Pencapaian 9A adalah ujian buat ana. Meletakkan diri ana di antara keimanan dan kekufuran. Ana akui dengan sepenuh hati, kejayaan ana dari dulu hingga sekarang bukanlah hak ana. Bukanlah milik mutlak ana. Semuanya itu kurniaan Allah swt atas Maha Penyayangnya Dia. Ana seringkali memarahi diri ana sendiri sekiranya ana mulai melangkah ke kekufuran.
Bebanan sedemikian telah sedikit sebanyak menggangu ana. Kehidupan ana berjalan seperti kehidupan remaja normal. Riang, sedih, marah, takut, bosan, hilang semangat mahupun terasa menyukai seseorang. Ianya... warna. Hidupmu tidaklah bosan tanpa warna-warna seperti ini..
Ana cuma berharap, teman-teman ana dapat memahami ana setelah mereka membaca tinta ana kali ini. Ana amat memerlukan sokongan semangat, bukannya celaan, ana memerlukan bantuan dan kerjasama, bukannya meninggalkan ana berseorangan menggalas tanggunjawab yang berat ini, ana memerlukan jiwa yang tabah supaya ana mudah untuk menghadapi cabaran-cabaran pada masa akan datang.
Ana tak mahu ditinggalkan. Ana tidak mahu menangis lagi kerana ditinggalkan. Ana sudah tidak mahu menagis lagi kerana tiada kerjasama dan bantuan teman-teman.
Ana perlukan kamu. Kitakan bersaudara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan