Sabtu, Februari 06, 2010

Bagaikan hipokrit.

Assalamualaikum dan greetings.

Entri kali ni semata-mata nak lepaskan apa yang terbuku dalam hati dan diizinkan untuk dibaca untuk semua.

Aku rasa macam nak putarkan kembali je masa yang dah lepas. Aku nak betulkan kesilapan aku. Tapi, masa tetap berjalan dan hasrat aku tu tak masuk akal langsung. Sebab dunia realiti bukanlah cam drama jepun lakonan Yamashita Tomohisa dalam Proposal Daisakusen (Operation Love).


Bila aku bayangkan akibat perbuatan aku yang boleh dikatakan hipokrit, aku jadi takut. Takut putus sahabat. Dan, aku takut... kehilangan kepercayaan manusia kat sekeliling aku. Percayalah, aku sudah lihat situasi orang yang membocorkan rahsia tanpa disedari, dipinggirkan oleh kawan sendiri. Malah, dari belakang, tindakkannya dikata.

Aku sedar aku salah. Dan situasi yang menyebabkan aku menjadi hipokrit, turut mengajar aku sesuatu: camne nak hadapi seorang yang kau tak boleh percaya. Aku sedar... semuanya salah aku, sebab aku mendedahkan satu maklumat yang meragukan pada seorang yang boleh dikatakan, bakal penipu. Bagus bukan? Hipokrit bertemu penipu. Nampaknya, aku terlalu mempercayai orang.

Aku sedia bertanggungjawab atas apa yang bakal berlaku. Walaubagaimanapun, hati takkan tenang selagi tidak diampunkan kesalahan. Aku menyesal. Aku takkan ulangi benda ni. Sekali pun, takkan. Selama ni, aku masih boleh bertahan simpan maklumat tu, tapi... hari ni, aku jadi goyah... dan aku sendiri copkan diri aku sebagai hipokrit.

Tetapi, Sang Penipu tak dapat melarikan diri dari Sang Hipokrit. Perjanjian yang dimaterai antara kami tidak boleh dilerai serta-merta. Kalau di dunia Sang Penipu tidak diadili, aku akan menuntut janjinya di akhirat kelak. Percayalah, apa yang dituntut di akhirat nanti, membinasakan diri yang menipu. Percayalah...

Alhamdulillah, aku masih mempunyai seorang kawan yang telah menzahirkan kepercayaannya pada aku. Dia menasihatkan aku untuk bertaubat. Cadanganya benar-benar rasional dan tepat pada masanya. Semoga ALLAH swt meleraikan kekusutan ini, dan memperbaiki situasi ini sebelum segalanya terlambat. Sebelum mangsa kami mengetahuinya. Semoga ALLAH swt juga, mengampuni kesilapan aku.

Aku berjanji dengan nama ALLAH swt yang Maha Adil lagi Maha Saksama, aku tidak akan mengulangi perbuatan seperti ini pada masa akan datang. Aku sudah tekad dengan sepenuh hati. Semoga kepercayaan manusia yang mempercayai aku masih lagi berkekalan di dalam hati mereka, setelah mereka mengetahui kesalahan aku ini.

Maafkan aku, kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan