Jumaat, Februari 19, 2010

Unspoken memory.

Assalamualaikum and greetings. Amaran, ini entri yang sangat panjang.

New adventure. Percaya atau tidak, hari ni adalah hari pertama setelah beberapa tahun aku tak menjejakkan kaki ke... Pasar Jumaat di Bandar Baru Bukit Gambir. Yep. Bertahun-tahun. Tak percaya? Percaya lah... Tapi ni bukan bermakna aku ni seorang yang tak pernah pergi pasar. Jarang-jarang oke...

Masa lepas solat Zohor tadi, tiba-tiba teringat pulak memori silam. Asal ek? Aku pun tak  tahu. Memori pasal sorang kawan baik lama. Aku teringat pasal besday dia je. Setiap tahun, sejak form 3, aku tak miss nak ucapkan selamat hari lahir kat dia. Cuma dia je yang tak pernah nak wish pape pun kat aku... isk isk..


Masa kat form 3, aku wish happy besday dalam keadaan yang sangat dingin. Camne eh nak citer? Kteorg ade terluka cket antara satu sama lain sebab aku  ade mengguris cket perasaan dia disebabkan dia asak aku dengan satu soalan tuh. Masa tu pulak, sehari sebelum besday dia. Aku ni jahat ek. Sebagai akibatnya, aku dan dia dah tak jadi kawan yang rapat seperti dulu-dulu, semenjak hari tu. Pertengahan bulan April 2007.


Masa dah nak kat PMR, dia ni berjaya buat aku menangis. Sebab dia cakap sesuatu yang buat aku terharu. Pelik ek? Lepas PMR, aku dan dia berada dalam perang dingin. Kali ni, perang dingin yang paling lama berbanding sebelum nih. Aku marah dia, marah sangat-sangat. Sebab aku cemburu dengan dia. Tapi aku tak bagi tahu pun kat yang part cemburu tu kat dia. But, masa dah nak habis sekolah tahun 2007, aku mintak maaf balik. Dia tak nak minta maaf dulu, baik aku cakap. Secara serius.

Aku mengadap dia, sementara dia tengok kat tempat lain. Masa tu pagi buta, orang tak de lagi. Kteorg mmg org terawal datang kat sekolah dalam kelas kami. Bila aku kata minta maaf, dia tak toleh pun... cuma kata.. "Hmm...". Pergh. Aku tahan je. Bukan tahan marah atau tahan bengang. Tapi tahan........


New year 2008. Dia pindah ke sekolah lain. Sebelum dia pindah, ade lagi satu ayat aku buat dia terguris. Mungkin. Sebab dia manusia yang sensitif.

Hari kokurikulum sekolah awal tahun 2008. Dia satu pasukan beruniform dengan aku. Tapi, dia sendiri kata, unit beruniform kami takkan terlibat dalam hari kokurikulum tu. Bermakna dia dan ahli-ahli lain takkan datang. Tapi aku datang nak kemas kelas. Seorang diri.

Kelas aku depan dataran tempat kami slalu berkumpul. Tingkat 4. Bile dah habis aktiviti kokurikulum, aku nampak dia dan ahli-ahli lain dalam unit beruniform aku dari atas. Masa tu aku lap tingkap. Aku perhatikan dia dari tingkat atas. Entah kenapa, aku terasa nak jerit panggil nama dia dari tingkat 4. Tapi, aku tak jerit pun. Sebab tak boleh nak buat. :D

Petang, ada aktiviti unit beruniform kami. Masa latihan, group aku dok dekat-dekat dengan dia. Dia dah jadi pembantu jurulatih masa tu. Masa warm up aktiviti, aku sempat tanya. Kenapa tak bagi tahu persatuan kami mmg terlibat dalam aktiviti kokurikulum hari tu. Dia tanya samada aku datang ke. Aku iyakan dengan sebab aku nak kemas kelas. Pas tu, dia tanya kenapa tak ajak dia nak kemas kelas sekali? Aku balas dengan ayat yang agak kasar. Sebab kalau dia datang, mungkin tak membantu langsung kerja aku. Lepas tu, air muka dia berubah.

Aku selalu tanya dia, samada betul-betul nak pindah sekolah. Dia jawab, tak pasti lagi. Bila orang lain tanya dia beritahu mereka dengan jawapan sebenar. Bila aku tanya tentang hubungan dia dengan kawan aku tuh wujud ke tidak, dia menafikannya. Bila orang lain tanya, dia beritahu jawapan sebenar. Sampai hari ni, kalau aku tanya tentang hubungan dia dengan kawan aku tuh, dia tetap tak nak beritahu. Padahal, orang lain tahu perkara sebenar. Dia buat aku menangis lagi. 


Julai 2008. Aku bertemu lagi dengan dia. Pertemuan yang tak disangka.  Dalam sebuah kejohanan peringkat daerah. Dia sebagai urusetia team aku dan team orang lain. Kali ni, kteorg cam dah lupa pada pergaduhan kecil pada masa silam kami. Masing-masing bertukar-tukar khabar. Cuma dalam situasi  ni, aku dan dia sudah berbeza. Dari kawan baik jadi kawan biasa. Pada masa kejohanan tu, kawan aku tuh dok rapat-rapat dengan dia dalam suatu ketika. Aku terpandang. Dan, akhirnya persoalan aku terjawab. Tetapi lahir pula lagi satu soalan.

Penyertaan aku sudah tamat. Aku perlu pulang. Tanpa banyak soal, aku terus balik. Tapi sampai kat pintu masuk tempat kejohanan tu, dia panggil nama aku. Aku toleh. Dia tanya, dah nak balik ke? Aku iyakan.

" Tak masuk acara lain ke?"
" Tak. Bukan ke aku dah bagi tahu tadi. Aku masuk satu acara je."
" Oh... "
" Kenapa?"
" Tak de pape. "

Masa ni kteorg terdiam sekejap. Pastu dia dah nak pergi. Aku tahan dia dengan satu soalan. Sebab, aku teringin sangat nak tanya satu soalan tu kat dia.

" Weh, ingat lagi tak hadiah besday ko yang aku bagi ari tu? Yang lukisan tu."
" Hurm... ya, Kenapa?"
" Ko suka tak?"
Dia terdiam kejap. Kemudian dia senyum. " Suka."
Lepas tu aku pun tak semenanya tersenyum gak. Sebab hepi giler. Cam nak menangis.
Then we bid our goodbyes...

Semenjak tu, aku tak jumpa dia sampailah bulan Oktober tahun 2009. Dia datang. Tapi aku tak sapa dia. Walaupun aku terasa nak tegur. Tapi tak boleh nak buat. Cuma dapat tengok dari jauh je. 2009 pun aku wish besday dia. 2008 pun. 2007 pun. Kteorg kawan sekelas sejak darjah 2 sekolah rendah, sampailah tingkatan 4 sekolah menengah. Aku rapat sejak tingkatan 1-2. Tingkatan 3, sejak aku sakitkan perasaan dia, kteorg tak rapat dah.


2010. Kami berada dalam satu agensi yang sama. Event ape, aku tak boleh bitaw. Tapi, semenjak pindahnya dia ke sekolah lain tahun 2008, kami tak pernah bersama lagi sebagai kawan sekelas atau etc etc. Jadi, setiap kali agensi tu lakukan aktiviti, dia mendahului aku. Jarak antara kami adalah seminggu. Aku pun tak tahu, lepas ni kami bertemu atau tidak. Matrikulasi, IPTA, kerja. Aku pun tak tahu.

Aku cuma tertanya-tanya. Dan aku nak jawapan tu dari mulut dia sendiri. Kenapa dia nak berahsia sangat dengan aku? Benda yang terang tanpa perlu suluh pun, dia tetap nak nafikannya. Padahal dengan orang lain tak sangat. Mungkin sebab dia nak balas perbuatan aku sakitkan hati dia masa dulu-dulu. Mungkin inilah balasan untuk aku.

Kalaulah dia tahu, aku... menyesal dengan ape yang aku buat kat dia. Menyesal sangat. Tapi, masa silam tak boleh diperbaiki. Apa yang boleh dilakukan, cipta masa hadapan tanpa mengulangi kesalahan yang sama. Jadi, sebagai pengajaran... jangan sakiti hati kawan anda. Atau anda akan kehilangan sesuatu daripadanya.


Lukisan yg aku bg kat dia adalah lukisan pertama yang aku buat dengan menggunakan pastel. Jari aku hampir melecet sebab nak ratakan warna pastel tu. Pastel cam oil crayon. Tapi pastel bukan oil crayon.  Untungla sape-sape yg dapat lukisan aku buat. Aku tahu, tak la lawa mana, tapi... ramai kengkawan mintak aku lukiskan sesuatu untuk mereka, tapi aku tak buat pun....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan