Isnin, Februari 15, 2010

Macam racun? Mungkin kot?

Oh, aku sudah diracuni dengan ketagihan Gundam. Oh.. oh.. oh...
Eeeee, apasal dia nih??

Oke la. Setelah habis tengok siri anime epik dalam abad 21 nih, iaitu Code Geass: Lelouch of Rebellion, aku sambung balik tengok Gundam 00 musim kedua. Yep. Aku lambat tengok sebab aku engaged dengan SPM lah. 11 bulan berapa hari ntah. Lama gak. Pastu cerai talak dua. Kalau talak tiga, kang dia ni tak dapat ambil result SPM. :)


Gundam 00 memang best!

Kenapa, eh? Sebab, jalan ceritanya yang ringkas berbanding dengan siri-siri Gundam sebelum ni. Tak pening sangat pun. Yang syoknya, siri Gundam Double O nih, banyak cerita pasal bahagian-bahagian Gundam. Syok bebeh! Kegilaan aku kat teknologi mecha nih dah timbul balik.

Fokus aku pada entri kali ni adalah lagu tema pembukaan Gundam 00 musim kedua ni. Lagu pembukaan yang pertama. Serius, first time aku dengar... aku dah semacam jatuh hati. Tapi tak la teruk sangat. Ala, sebab aku ni bukannye jenis suka dengar lagu secara suka-suka. Aku suka dengar yang mana aku berkenan je. Yang mana aku kategorikan sebagai "cinta pandang pertama". 

Lagu ni dah lama keluar pun. Menurut Wikipedia, Hakanaku mo Towa no Kanashi ( Fleeting and Everlasting Sorrow) yang dipersembahkan daripada kumpulan rock Jepun, UVERworld ... telah terjual sebanyak 182,226 salinan!! Banzai! Single mereka yang ke-12 ni dah kalahkan jualan first debut diaorg, yakni D-Technolife yang terjual sebanyak 108,579 salinan. Buat informasi bagi amatur yang baru nak berjinak-jinak dengan kumpulan J-Rock nih, lagu debut diaorg tuh jadi lagu tema pembukaan anime Bleach tau!

Oke, cakap saja tak cukup. Bukti kene tunjuk. Nah, tengok la puas-puas. Best ke tak Hakanaku mo Towa no Kanashi nih cam aku merepek tadi. Aku tak mau tunjuk PV dia, sebab aku tak suka lah tengok orang terkinja-kinja masa nyanyi lagu :)   iyee... aku bukan la minat band ni pun. Aku cuma suka lagu je. Bole gak jadi lagu tema aku masa aku marah. Lol :D

Dipersembahkan, Hakanaku mo Towa no Kanashi oleh UVERworld dari lagu tema pembukaan siri terbaru Gundam 00 musim kedua.... Oh ya... sebelum terlupa, klip ni dalam HD. Jadi, aku sarankan dengan sekuat-kuat saranan, anda patut menontonnya dalam skrin penuh :) grafik yg cun.




Nota tangan: Aku rasa kengkawan aku mesti tak caya aku bole pulak dengar lagu rentak cam nih haha.
Btw, lain orang lain ragam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan