Rabu, Februari 03, 2010

Alang-alang menyeluk perkasam...

...biar sampai ke pangkal lengan~

teringat pula pada lagu M.Nasir, Mentera Semerah Padi. Syok la lagu tu. Aku suka :)

Kalau dah mulakan sesuatu mestilah kena habiskan. Itulah maksud peribahasa tu. Kalau dalam situasi aku pula, kalau dah mula tengok Mobile Suit Gundam 00 (Double O) kenalah habiskan sampai episod 25 musim kedua...haha. Pergh,,, asal la dari bulan Januari ari tu tak tengok anime-anime yang patut aku tengok. Sekarang ni banyak pending anime kene habiskan.

Code Geass musim pertama dan musim kedua berjumlah 50 episod. Colourcloud Palace musim kedua dalam 39 episod. Bleach, Detective Conan yang siri filemnyer.... waduh waduh,,, sememangnya golden holiday ini terisi. Seperti tak cukup aja 3 bulan itu. Hahas. Tamak :P

Btw, aku jejalan kat blog orang tadi. Ade pulak satu blog ni citer, result SPM kuar 26 Febuari. Kejadah!! Awal giler. Blom habis enjoy nih! Tapi aku tak percaya, sebab sebelum-sebelum ni pun result SPM keluar bulan Mac. Harap khabar angin tu tak betul. Tapi, kalau nak jadi... kene sedia la jiwa dan raga ni. :'(

Oh, buat laundry menyebabkan urat-urat dilenganku ini timbul hehe. Tapi, enjoy. Main air. Syok. Kemas rumah pulak mendidik aku menjadi seorang yang penyabar sepanjang masa.Ciut (bukan cute :P) je adik, kata aku kuli. Siap la dia bile dah lepas SPM nnt. Baru kau tahu.

Katanya dalam bulan Mac 2010, siri Gundam yang terbaru akan keluar. Tajuknya Mobile Suit Gundam Unicorn. Lol, pelik namanya, tapi citer mungkin syok.

Bagi aku, Double O lagi best dari SEED/SEED Destiny walaupun aku suka giler SEED/SEED Destiny. Sebab, citernya tak meleweh. Mobile suit dan Gundam bertarung pun aku bole jadi teruja. Rekaan karakter pun lawa. Ohh, aku sudah tentu sukakan Exia Gundam. Sangat suka. Nampak sangat cam ringan je Exia tu, berbanding dengan Freedom Gundam yang kat dalam SEED walaupun Freedom lagi terer.

Dan... jalan citernya mungkin agak rumit sikit berbanding konflik kat dalam SEED. Tapi Double O sangat best. 4 orang Gundam Meisters vs Union, HRL, AEU. Lagi best dowh!! Aku sukakan Setsuna F Seiei dan Lockon Sratos. Yang menariknya, Double O melibatkan beberapa negara pak arab :)

Owh, panjangnye aku membebel. Bukannya korang faham pun. Kalo tak minat, sila abaikan entri kali ini :)
Bagi yang teruja nak tahu siri Gundam terbaru, sila saksikan trailer ini.





oh, gotta go. sambung balik tengok Gundam 00 episod 16 season 1. haha. lambat. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan