Finally, aku bole gak tahan diri dari kerap kali menulis blog. Dan juga menahan diri dari merapu. Huhu.
Setakat nih, aku boleh gelarkan minggu ni minggu emosional. Yep. Ape orang kata, aku jadi hyper-sensitive. Ape orang cakap pun, yang mengguris ati, pun aku bole terasa.
Aku dah pecahkan pinggan. Pecahkan gelas pula dua hari kemudian. Cam pantun, pecah kaca, pecah gelas. Isk... ni terase nih. Minta maaf, mak. Tak sengaja. Pinggan Acoroc lak tuh. Gelas tu pulak, gelas hari raya dua tahun lepas, kalau tak silap.
Aku juga merajuk dengan ayah. Sebab, ada laa... Nak tambah efek dramatik tuh, aku menangis cket. Merajuk dengan mak gak. Sikit. Sebab, aku sorang je yang emosional. Mak tak dapat detect pun. Ketap bibir, pejam mata... tahan tsunami emosi.
Susah la nak tahan diri dari jadi terasa hati. Betul. Susah sangat. Tahan diri dari terlalu ikutkan nafsu. Ni lah ape yang Rasulullah s.a.w sendiri sabda, perang yang besar. Perang dengan nafsu. Tapi, as the result, aku pun kekadang hanyut gak.
Dan, sebut pasal kekasih ALLAH swt nih, aku nak ucapkan salam Maulidur Rasul. Salam sejahtera dan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad saw. Alhamdullilah, syukur kerana kita tergolong dalam umat nabi yang menjadi kekasih ALLAH swt. Besar sungguh rahmat ni.
Nota tangan: Siri terbaru Gundam, iaitu Gundam Unicorn (UC) sudah keluar. Yeay! Lagi-lagi yang english subbed version dah ada! Aku belum ketinggalan. Hahaha!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan