Assalamualaikum and greetings people.
Pandu kereta! Yeay!!
Mula-mula gabra sebab tak boleh nak serasikan diri aku dengan kelajuan. Sebab selama ni aku kayuh basikal je. Pergi sekolah kayuh basikal, pergi kedai kayuh basikal, pergi kelas taekwando (dahulu kala) punnn naik basikal. Ehem, ini tips untuk kekal langsing ya ;P haha.
Mula-mula kenali pedal klac, pedal brek dan pedal minyak. Btw, this is manual car. :) .I think I love manual than auto. Oke, then kenali lampu isyarat pada kereta, isyarat ke kanan ke bawah, ke kiri ke atas. Faham tak nih? Hurm... tak pe la. Then lampu kereta. Yang kat depan tuh.
And.... tekan pedal klac sampai habis, masuk gear 1, lepaskan... Whoopss! Kereta tersengguk-sengguk like hip-hoppers and mati kene heart attack, pastu kita panik. Coz, kita tak boleh lepaskan begitu sahaja klac dalam keadaan gear 1. Kene lepaskan perlahan-lahan. Kereta menjadi hip-hoppers. Tak pe, pemulaan memang cam tu. Sebab kaki ku ini tak pandai nak lepaskan klac secara perlahan-lahan.
Part best, biler dia suruh tukar gear. Dia suruh masuk gear dua, aku pulak masuk gear empat. lol, wtheck. Part yang syok skali biler kat jalan lurus la, tekan pedal minyak sikit je, dah memecut. Instructor kat sebelah aku berulang-ulang kali suruh bawak perlahan sikit. Tapi aku ni, bile bawak perlahan, jadi perlahan sangat, kalo lajukan sikit, terlajak laju la pulak. Maklumlah, aku ni keras kepala cket :P
Dapat tuko sampai ke gear 4, bebeh. Syok speeding kat depan budak yang tengah praktikal motor. Kerek cket, diaorang tengok aku. Hihi. "Gear 5 tak boleh ke cik?" aku mula nak mengada. Instructor cakap, "Ini dalam JPJ bawak gear 1 dan 2 dah la. Gear lain-lain tu on the road". Oke oke.
Ade part aku jadi kalut. Instuctor suruh membelok ke kanan sambil memulas stereng kereta sebanyak 360 darjah kali dua. And then dia suruh aku berhenti kat belakang garisan kat lampu isyarat palsu. Kelam kabut aku nak memulas stereng tegak balik, and tekan klac habis dan tekan brek untuk berhenti.
3 benda dalam satu masa dalam jarak yang sangatlah pendek. Pastu, bila dia suruh aku jalan, aku kene tuko balik gear 1, dan jangan lepaskan klac. Tapi, aku lepaskan klac jugak. Kereta pun mati mengejut. Lupa la, cik. Maaf, selamat tahun baru cina :P .Note, Instructor tu berbangsa cina dan sudah berumur.
Bosan itu membunuh! Sakit mata aku, pening dibuatnya. Bayangkanlah, pukul 8pg + sampai, pukul 10pg+ touring, pukul 11pg+ baru bawak kete. Pukul 12+ balik.
Ape yang aku buat untuk mengisi masa kosong tu? Aku dok tercongok kat kerusi tengok TV3. Dari kul 8 tu lah! Citer-citer kartun abes aku layan. Buhsan sungguh! Ade kawan, tapi susah nak sembang. Ntah la. As the result, balik rumah mengadu pening kat mak. Telan panadol sebijik, then tengok Gundam 00. Hilang pulak pening :s
Btw, thanks to budak yang tunjukkan kat aku sebuah video al-kisah yang penuh pengajaran. Hilang cket pening kepala coz gelakkan kanak-kanak ribena dalam video tu. jangan marah ha. Arigatou na, lanz :)
Ahad, Januari 31, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan