Assalamualaikum and greetings.
Oh hari ni sungguh seronok.
Hari ni aku dan Chef Ijok merangkap ayahnda aku, buat lunch! Lauk? Kari telur. Okey lah tu. Pegang senduk aku, yang beri order adalah ayahnda. Sape yang masak, aku tak tahu~ Oh, sudah tentu sedapp. Heh.
Hari ni gak driving lessson day one. Kerani kedai suruh aku datang kul 3.45 petang, aku datang 3.50 petang. Belek tudung tak sudah. Then, bawak kete pukul 4.18 petang. Abes blaja dalam 4.45 petang. Tak sampai setengah jam pun...
Hurm, best ah. Bawak kete mmg la best. Yep. Bawak kat atas jalan raya yang penuh kereta. Ketaq lutut sudah tentu. Part yang paling best, enjin kete kancil tu banyak kali mati... Isk isk, tapi hidup semula la. Berapa kali mati tu, masih boleh dikira dengan jari yang sepuluh tu ea ;)
Paling syok, enjin mati kat traffic light. Hidupkan semula, then termati balik. Dua kali oh. Buat malu saja. Dah la kete kancil tu kat line depan skali, kat belakang lak ade lori. So, banyak gak orang tengok, betapa err... jahilnya aku bawak kete. Uncle Ng yg ajar aku tu cool seyh. Aku je yang kalut.
Mak kata, " Ala, sume orang cam tu. Tak de yang pandai terus. Mak dulu pun banyak kali gak termati enjin tu. "
Overall, secara kesimpulannya, tuntasnya, natijahnya,,, aku bawak kete sangatlah, teramatlah.... kasar. Isk, isk...
Nota kaki: Eh,, entri aku dah semakin pendek kebelakangan nih. Syabas dan tahniah buat diri sendiri. Aku dah kurang merepek dan merapu kat blog sendiri =D
Isnin, Mac 01, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan