Rabu, September 09, 2009

Aku bukan begitu lemah untuk dipermainkan

Buli. Menindas. Menangguk di air yang keruh.



Manusia spesis dengan diri ini, amat, amat dan AMATLAH TIDAK suka pada perkataan seperti ini apatah lagi mengalami situasi seperti ini. Tidak mustahil sekiranya kalau diri ini dipalit dengan rasa benci yang mendalam, mungkin... mungkin tak dapat dilupakan sehingga hujung nyawa.


Tak kira tua atau muda, diri ini cukup tidak meyukai perkara-perkara seperti ini.
Jadi sesiapa yang berminat dan berniat untuk menunjukkan "terer", silakan. Pentas sudah dibuka. Tapi, jangan mengundurkan diri. Anda sudah menguak pintu kandang harimau...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amaran yang mengancam!
Hmm apa yang terjadi sebenarnya?
Cenggini, ada seorang manusia, bila masa yang kita perlukan dia sangat sangat, masa tu lah dia tak muncul.
Bila kita tak perlukan dia tunjuk muka dia yang hensem tu ( :P ) masa tu lah dia seperti perdana menteri sibuknya, menyibukkan diri dengan masalah yang aku ada.
Tak, dia melarikan diri dari masalah yang dia ada...
Bengang betul la!!!!...
<:-P <:-P <:-P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan