Simplicity... that's what I am...
27 Ramadhan 1430 aka 17 September 2009
Hari ini sepatutnya aku tak perlu hadir ke sekolah. Semua rakan-rakan seangkatan bersepakat untuk tidak datang ke sekolah. Bagiku, buat saat-saat terakhir dalam tahun yang terakhir... aku tidak perlu mensia-siakan saat-saat yang berharga ini. Biar pun tiga jam, atapun satu minit, penghargaan sepatutnya diberikan buat masa yang setia menemaniku selama 11 tahun di alam persekolahan...
Kulitnya, seperti tiada apa-apa yang boleh dilakukan di sekolah. Duduk di rumah lebih berfaedah.
Tetapi, jangan menilai buku daripada kulitnya sahaja. Never judge a book by its cover. Isinya, terlalu banyak perkara yang boleh dilaksanakan sepanjang hari yang tampak lengang ini. Menyelenggara makmal komputer, menyiapkan menaip karya-karya yang dihantar ke sidang redaksi (majalah sekolah) ((tapi tak buat pun)) ataupun habiskan masa dengan membaca buku atau novel dari perpustakaan... paling-paling tidak pun duduk melepak (aka tidur) dalam bilik PA di dataran perhimpunan (ngeh ngeh..aku sorang yang yang buat perangai ni...).
Kenapa aku datang?
Kulitnya, tugasan unutk mewawancara pengetua buat pengisian dalam majalah sekolah... Isinya? Hanya Allah swt sahaja yang tahu... (^_^)v .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan