Appreciation bermaksud penghargaan dalam bahasa Inggeris. Dipetik dari perkataan menghargai, iaitu appreciate.
Menghargai... suatu perkataan yang cukup untuk menggambarkan betapa dalamnya sesuatu yang kita simpan pada seseorang itu. Betapa kita memandang sesuatu perkara itu dengan nilai yang tinggi dan tiada tandingan nilainya...
Menghargai... hanya perkataan ini sahaja yang mampu mengukur kedalaman tanggapan kita terhadap sesuatu perkara itu, seperti perit jerih seorang ibu membesarkan seorang anak.
Ucapan ribuan terima kasih tidak memadai untuk mengungkapkan rasa ini...
Kepada seorang sahabat yang setia menyokong dan memberi dorongan...
Terima.... Terima kasih banyak-banyak kerana selalu menjadi kayu penyokong buat diri ini dalam menggapai impiannya...Tidak jemu memberikan kata-kata ucapan galakkan (sehinggakan saya pernah terfikir, dia jemukan mereka unutk memberikan kata-kata perangsang?) ... Sekiranya ucapan yang tidak putus-putus itu mampu untuk dibayar semula walaupun dengan harga yang tinggi, insyaAllah, saya akan lakukannya..
Sukar untuk temui sahabat seperti ini..
Kak Rene dan Kak Nabilah ... terima kasih.. you're most wonderful person that I have been looking for... thanks once again..
*kepada kawan-kawan kat sebelah je.. yang bole jumpa tiap-tiap hari.. jangan risau.. entri untuk anda akan menyusul*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan