Jumaat, September 11, 2009

Al-Kisah

Hemm, akhirnya lepas juga aku dari azab Trial SPM yang terbesar...
Add Math dan Fizik lar...

Singkatkan citer je la..

Aku bercadang nak buat wawancara ngan pengetua untuk letak kat dalam majalah sekolah... hurm..
Cikgu always bagi lampu hijo punyer la.. Masa nak balik tadi, bese aku tunggu sume budak blah dulu, sbb sesak, jenuh nak melintas dengan tak berpayungkan awan.... huuu

So aku tanya guru yang handle majalah sekolah (Cikgu Rosmah tercinta).

"Awak patut tanya dulu, minggu depan dia free tak? Tengok masa dulu. "

Aku blah pastu dan pergi berjumpa dengan pengetua... and and and...
Aku jumpa dia kat tempat parking kete dia, dia ngah tengok kesesakan trafik dalam sekolah ( ?? ) . Gate tutup lah, tu yang kete cikgu-cikgu berderet beratur cam ular kene palu sampai depan bilik ketua bidang.

Aku pun bertanya kepada pengetua


"Cikgu, minggu depan cikgu free tak?" *honestly, aku tak pikir pun ttg side effect ayat aku tuh*
dan pengetua pun memberi respons

"EHH??!! Awak nak apa?"

Aku pun menjelaskan dengan tenangnya. "Cikgu saya nak buat wawancara dengan cikgu. Wawancara tu akan dimasukkan dalam majalah sekolah... Jadi cikgu free tak minggu depan?"

"Oh... bila? Jangan 15 hb la.."

"Erm.. minggu depan hari Khamis?"

"Berapa hb?"

"17 "

"Ok. "

"Cikgu jangan lupa bawak blazer cikgu tau! Kang nanti kteorg nak tangkap gambar"

"Hah?"
"Blazer la cikgu"
"Ape?"
"Blazer... blazer... ala... kot cikgu tu.."
"Oooo.. ok ok"

Secara jujurnya aku masa tu dah macam ni --> T_____T ...Aku akhiri dengan "cikgu jangan lupa tau! hari khamis nanti, dan bawak kot cikgu tu... ya? "

Biler aku teringatkan balik... peh, aku pun ak sangka ayat aku tu menguja jugak.. harharhar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan