Assalamualaikum and greetings.
Seriously, sekarang aku terasa seperti hidup semula. Coz, tadi nap kejap tak sampai 2 jam. Kejap sangat lah tu. Beberapa kali masa aku tido, tiba-tiba tersentak cam kena renjatan elektrik. Sewaktu dengan itu, aku rasa cam kene heart attack je.
Nafas pendek-pendek, tercungap-cungap, terasa sakit dan sesak di dada. Aku bertasbih, itu yang mampu aku buat. Dan, doa agar dosa-dosa aku diampunkan kalau aku pergi masa tu. Nauzubillah... jauhkan aku, ya Rabb dari penyakit itu. Ini kali kedua aku diberikan peringatan mengenai kematian. Alhamdulillah...
Berbalik kepada tajuk.
Amali JPJ. Langkah aku untuk dapatkan lesen L sudah semakin hampir. Bila dah dapat lesen L, baru la bole belajar memandu atas jalan raya.
Amali hari Khamis semalam was great. Enjoyed. Penceramahnya bagus dan menghiburkan. Bila terhibur, apa yang disampaikan mudah difahami. But, I still experiencing headache. Baru tukar new glasses, higher power than before, so belum dapat diadaptasi sepenuhnya pada persekitaran.
Amali kereta selepas ujian berkomputer JPJ, hanyalah pembelajaran secara teori. Apa yang didedahkan kebanyakkanya perkara-perkara yang dititikberatkan untuk ujian JPJ nanti. Ujian untuk mendapatkan lesen P. So, perlu tumpukan perhatian sepenuhnya. Penceramah turut mendedahkan mengenai komponen-komponen yang terdapat di dalam enjin kereta, serta beberapa tips untuk self-survival apabila sebarang masalah tiba.
After amali, there will be practical. Praktikal kereta. Peserta akan berada di dalam kereta dan belajar (bukan kena uji) cara-cara memandu secara "real" punya. 3 jam. But, bukanlah 3 jam tu berada di dalam kereta. Air-cond yang sejuk bak salju boleh menjadi panas bak mentari. :)
So, I'm going practical this Sunday. Again... After practical 3 jam, baru dapat lesen L. Hihihi.
Nota kaki: Kegilaan terhadap Gundam kini kembali setelah lama dikuburkan. :)
Jumaat, Januari 29, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan