Jumaat, Januari 01, 2010

2010.

Hee...malam tadi dapat celebrate new year dgn bestfriend, E-en ... kteorg chatting pasal manusia (bukan mengumpat.).
Dan ayat best dia... "TQ for being a good listener, TQ for being my friend" . Aku nak menangis... tak...bukan.. aku dah bertakung air mata baca ayat nih.

Tirai 2009 telah berlabuh dan tirai 2010 dibuka.

Ape yang berlaku pada 2009 aku akan ingat sampai bila-bila. Segala jenis memori dari yang tak penting sehingga ke yang penting.. aku harap aku dapat ingat sampai bila-bila. Aku tak boleh kata tahun 2009 aku berlalu dengan kegagalan... atau kejayaan sbb penentu kejayaan belum lagi dikhabarkan. Apa yang aku boleh katakan sekarang, 2009 adalah sesuatu yang manis untuk dikenang walaupun ada banyak cerita suka dan duka. Aku seronok sangat berada dalam tahun 2009. Terima kasih Ya Rabbi, sebab memberikan aku rasa bahagia dalam tahun terakhir sebagai seorang pelajar sekolah.

Barang yang lepas jadikan pengajaran, apa yang perlu dikejar adalah perkara dihadapanmu.
Ayat ni aku selalu sematkan kat dalam hati aku bila aku menerima kegagalan.

Sekarang, aku nak pandang ke hadapan, teruskan berjalan walaupun aku bakal tersungkur untuk beberapa kali pada jalan 2010. Dengan bergantung kepada  tali Allah SWT... aku ingin terus maju dan maju dengan berbekalkan azam baru sebagai kompas aku. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Azam yang dah aku fikir-fikirkan sepanjang malam tadi, aku nak laksanakannya 100% pada tahun ni... insyaAllah.

Aku nak jadi muslimah solehah. Nak berbaik sangka dengan semua orang. Nak ketepikan lovey-dovey, seratus peratus. Nak dapatkan pointer terbaik masa blajar kat Matrikulasi atau IPTA nanti. Aku nak capai impian aku nak jadi Veterinar, Pensyarah TESL atau Pensyarah Usuluddin untuk tahun-tahun mendatang. Ini tiga impian aku yang aku dah tetapkan dalam hidup aku. Aku nak belajar bersabar, belajar untuk menghargai orang, dan belajar untuk mengembirakan family dan kawan-kawan. Aku nak jadi orang yang disenangi ramai.

Harap-harap apa yang aku harapkan pada tahun ni, akan menjadi nyata. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan