Rabu, Januari 06, 2010

3 Lessons.

Assalamualaikum and greetings.

Hari ini sangat memenatkan. Tenaga yang dibekalkan oleh Nasi Lemak yag ayah beli rasa-rasanya berbaki 25% hingga pada masa aku menaip entri ini. Lagi 75% telah dibebaskan semasa menjalankan aktiviti sepanjang (anggaran) 5km.

Hari ini aku dapat belajar tiga perkara.

Pertama,
Camne nak daftarkan diri untuk ambil lesen memandu. Pendahuluan adalah RM 160. Sabtu ni ade kursus, dan kene pakai sepatu... kata nyonya tu. Dia tanya aku, "Awak nak amik lesen apa? Lesen motor atau lesen motor+kereta?"... aku jawab, "Nak amik lesen kereta."
Nyonya tu tengok aku semacam. Pelik. "Awak nak amik lesen kereta je?" ... aku balas, " Iye.". Dalam hati aku cakap, "Aku ni mana la reti nak bawak motor, dia belum tengok lagi aku datang kat tempat dia nih dengan apa.... "
Bayaran sume adalah RM700. Mak aih, mahalnye. Bagi aku yang tak tahu menahu pape pasal duit nih, mmg la mahal. Sebab RM 700 bole sara keluarga aku.
Oke... aku bitaw. Aku datang ke tempat nyonya tuh naik basikal. Ada faham?

Kedua,
Camne nak buka akaun CIMB Bank, aku bukak akaun CIMB Islamic. Oke, bagi korang mungkin nampak biasa, tapi aku manalah pernah nak mematangkan diri nak buat perkara-perkara cam ni. Lagipun ni la akaun bank aku yang angah. Yang along tuh Tabung Haji. Aku pergi sendiri. Aku ulang balik.. Aku pergi sendiri. Cuma lupa bawak pen hitam. Tapi aku tahu, takkan la kat bank tak de pen hitam...
Kerani tuh tanya, "Awak bukan 18 tahun lagi?"... aku jawab, " Tahun ini saya 18 tahun. Tapi belum masuk lagi umo 18 tuh." . Aku terasa sikit la pasal faktor umo nih. Aku dok kat line sempadan dewasa dan kanak-kanak. Aku baru beberapa bulan je jadi 17 tahun. Huu, mude lagi.
Urusan punyer la lama. Akak tu kata aku tak bole wat kad ATM coz parents tak de. Aduyai, ayah suruh buat kad ATM skali. Last2, aku call ayah. Ayah pun datang cam superman. Tak sampai 3 minit, dah sampai. Kerani tu pun terkejut.
Bestnye dapat akaun bank, aku bole beli barang online <-- niat jahat. Yang utamanya, mak nak masukkan duit untuk aku sambung blaja kat luar sane tuh.  Hurmmm, nampaknye aku kene upgrade wallet aku yang dah pakai sejak Form 2 tuh. Heee.

Ketiga,
Camne nak wakilkan mak bapak, merayu kat pihak sekolah agar adik Tingkatan 1, dapat masuk Kelas Aliran Agama atau KAA. Ini bermakna, aku ke sekolah. YEAY!! Seronoknya! Mula-mula, malu.. tapi sesampai je, dah hilang malu tuh. Aish, best tol tengok junior2 tgh blaja dalam kelas smbil pakai baju unit berunifrom. Aku sengih sorang2... huhu. Aku jumpa GPK 1. Malas nak jumpe pengetua. Tiada sebab konkrit.

Lame gak den menunggu dalam pejabat GPK 1. Sambil2 tu sempat gak la bersembang dengan beberapa orang guru. Tanye khabar. Diaorg pun tanya pasal aku and kenapa aku bole ade kat situ. Aku cakap, "ade urusan dengan cikgu maarof". Malas nak citer panjang lebar. Setat dari kul 11 pg smpi 11.45pg den menunggu.

Dah jumpe cikgu, cikgu suruh pi buat rayuan kat PPD Muar. Oh... xpe la. Dia pun bagi alamat PPD. Pergi terus ke PPD pun xpe gak.
Aku hanya mengangguk. Cikgu pun bukak citer pasal PMR baru-baru nih yang sangat membanggakan SMKBG. Aku pun turut bangge... Selesai tugas, pulang ke rumah, sampai dalam pukul 12.15tgh.

Balik, terus sambung buat keje rumah spt kemas dapur, kemas rumah.. check lunch. Memang dah jadi totally housewife la aku nih. Tak pe, training dari sekarang. Lepas ni nak blaja kat luar, mana sempat nak pikir hal-hal rumah tangga? Focus untuk dapat pointer terbaik je. Jadi makguard part-time kat rumah pun best gak. Kerja pagi, habis tengah hari. Cuma yang tak best, xde gaji la. Huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan