Isnin, Januari 04, 2010

Can't Go Back To School.

Hari ni budak-budak yang bersekolah mula memasuki ke alam persekolahan yang baru. Kalo yang darjah satu, diaorg naik ke darjah dua. Kalau yang darjah enam, sekarang sudah masuk ke alam sekolah menengah. Yang mengambil PMR tahun lepas juga, hari ini mereka merasai suasana sebagai pelajar menengah atas. Manakala yang bergelar pelajar tingkatan 4 tahun lepas... kini mereka sudah memasuki tahun terpenting dan genting serta tahun yang paling indah dalam mana-mana tahun persekolahan mereka. Percayalah.


Manakala aku, dok kat rumah. Doing all the housework. Aish, tahu tak... aku terpikirkan sekolah.
"Hurm.. masa ni mesti junior aku tuh tengah susun kerusi kat atas pentas. Tapi gelap lagi nih. Dia dah sampai ke? Harap-harap cepat la dia sampai. Kang perhimpunan lambat nak mula....

" Ah.. perhimpunan. Sape lar yang jadi MC? Takkan la junior lelaki aku tuh? Kalo ya, pecah tradisi nih! huhu..Tapi, among budak F4 pengawas perempuan tahun lepas... diaorg ni jarang nak naik.. yang lelaki je yang slalu dtg menyebok. Sabar menanti berita dari juniors ni... Mesti pengetua buat ucapa panjang berjela. Lagi-lagi pasal result PMR baru-baru nih. Membanggekan giler. Junior kesayangan aku dapat tempat ke-8 peringkat kebangsaan. Wow. Terharu betul aku. Dan ade lagi 5 orang yang dapat 9A serta 8 orang 8A. Result terbaik sekolah. Tahniah diucapkan...

" Kalo sebut pasal pengawas. Sape ek yang jadi ketua pengawas. Sape yang dapat jawatan timbalan? And yang aku paling nak tahu, sapa yang ganti tempat aku kat perhimpunan tuh. Eeeee... syoknya kalo dapat tengok diaorg lagi....

" Camne ek, kelas 5 Sains 1 aku tuh. Mesti diaorg dah arrange meja dan kerusi. Lain punyalah! Sape la yang dapat meja aku. Dan aku ada menconteng sesuatu masa exam SPM 2009 kat atas meja. Sebagai tanda aku pernah berada kat situ. Mesti ada orang padam punyalah. Dan paling penting... aku nak diaorg baca perasaan aku masa tu...

Adui.... aku dah mulai merasai kebosanan golden holiday aku. Dok kat umah, ASTRO cam takde pape yang best je. ANIMAX serta pakej Variety ayah dah tuko dengan Movies. Movies, asyik dok ulang-ulang tu je. Pergi Facebook, xde pape pun yang best. Ade tenet, tapi tataw nak wat ape. What the heck. Pigi baca komik la. Terisi gak masa yang kosong. Nak habiskan chapter 54 n 55 Bokura Ga Ita. Adeq pulak tgh bace Ungu Karmila. Best gak Ungu K. nih. As expected from Ramlee A.M. Karya yang tak bole nak jangka. Malangnya aku ni dalam proses nak jadi mastermind... hehe, therefore tekaan yang dibuat sume betul!  =]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

testing.

Saobell berkata...

testing untuk komen pakai acc blogger

Catat Ulasan