Rindunye kat Senah. Dah lama tak jumpa dia, tapi nowdays selalu sembang kat Facebook. Hurm, aku tak jumpa dia sejak dia pindah masa aku form 3. Awal tahun. Satu-satunya my BBF yang aku jarang bengang dgn dia. Kteorg dah kenal sejak darjah 4. Ayah kami pun kerja kat tempat yang sama. Cuma, ayah dia pangkat timbalan komandan la. Everybody luv En. Alias.
Aku rajin pinjam komik dia. Huhu. Asal dia beli komik baru, aku la org pertama yang buat tempahan. Pastu, rumah kteorg dekat je. Dok satu lorong taman, and selang 2-3 rumah je. Kalau ade rasa nak pergi beli komik, kteorg berdua selalu kayuh basikal sama-sama walaupun tengahari ke, petang panas terik ke... demi minat, kteorg tak kesah. Pergi sekolah pun sama-sama. Sejak darjah 6 sampai la dia tamat sekolah. Aku menangis gile-gile masa malam sebelum dia nak pindah. Sampai dapat demam. :)
Malam tadi, aku semacam dah berjanji lak nak belanje dia makan KFC. Tapi, aku mintak dia turun ke Johor dulu la. Bler ade kereta dan dapat lesen kereta, baru dia turun sini. Aku rasa, benda tu lama lagi, dalam setahun 2 lagi. Aku kata, kalau aku dapat Myvi putih, baru aku gi tempat dia. Sambil-sambil tu, bole ronda-ronda ek, sekitar daerah Sepang tuh. Tak pun turun KL pergi shopping. Hihihi.
Banyak-banyak kereta, kereta Myvi la yang paling aku minat. Lagi-lagi warna putih. Coz cam direka khas untuk golongan hawa. Feminin gitu. Kalau ayah bagi sebijik, aku rasa nak decorate je Myvi tuh. Decorate dengan sticker bunga-bunga. Cam ni...
Lawa tak?
- tapikan, mak tak suka.. huhu. mak pun nak pakai gak. -
Haa, ni lah kereta idaman aku. Tapi nak Myvi pesen baru la. Kaler putih of coz! Aku tak minat kereta besar-besar nih. Susah nak parking. Agak je. Tapi, cam ye. Suka naik je, tak suka nak bawak.
Lagi satu, aku sungguh berkenan tengok Mini Cooper sjeak akhir-akhir ni. Ayah la dulu yang minat giler kat kete tuh, tapi skarang dah tak minat sangat. Minat tu pun pass kat aku. Aku jadi cair tengok Mini Cooper kaler coklat. Lawa giler.
Cun tak?
Haha. Tak sangka pulak aku terjumpa duo nih. Gandingan warna faveret. Putih and brown+putih. Cam coklat Cadbury lak. Yang putih adalah MilkyBar Cookies dan coklat adalah Cadbury Black Forest Chocolate. Eeeee.... geramnye. Makin lama tengok makin suka. Fuhhh, nafsu..nafsu.
Yang coklat dinamakan Mini Cooper 50 Mayfair dan yang putih dinamakan Mini Cooper 50 Camden. Dikeluarkan sempena meraikan ulang tahun ke-50 Mini Cooper. Rupa-rupanya dah nam sama tua dengan Parents ek? Tapi Parents lagi muda :)
Simpan saja la hasrat hati. Tapi..... ape~ yang penting? Myvi putih!
||Picture of Mini Cooper and news credit goes to Autoweek.com
||Picture of Myvi credits goes to anonymous.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan