Assalamualaikum and greetings,
Ohkay, this is crazy, two posts in a day.
Aku memang dah tak de keje nih.
Masa lepas sesi mengaji maghrib tadi, ayah buka satu topik. Ayah start ceramah. And... tajuknya mengenai syurga. Coz, adik bongsu start tanya pasal syurga. Ayah kata, kat akhirat nanti. Seorang hamba ALLAH swt akan dapat sebuah syurga. Aku mula terfikir. Tak ke rasa sunyi nanti sebab dok sorang-sorang je dalam syurga yang luasnya ALLAH swt je yang tahu?
Aku tanya la ayah. Ayah cakap, tak de la rasa sunyi, coz kita bole ziarah-menziarahi syurga orang-orang lain. Kiranya dah jadi kediaman kita ek? Lagi pun, nanti akan ditemani dengan bidadari bagi muslim, dan wildan (pelayan lelaki) bagi muslimah. Dan tentunya bidadari untuk muslim tu adalah isteri-isteri mereka yang taat dan kekal dalam syurga. Aku jadi cemburu pulak dengan bidadari. Bukan cemburu buta @ cemburu nafsu. Coz, bidadari tu tahap taat dia pada bakal suaminya nanti, tahap gaban tau. Camne, manusia muslimah cam aku ni nak buat taat cam tu ek? Taat tahap gaban. Hurm...
Adik tanya lagi. Kalau ayah masuk syurga, habis satu family pun masuk sekali juga ke. Ayah sambil tersenyum dia cakap, "Ya. Anak-anak dan isteri pun akan turut masuk bersama-sama suami@ayah. Walaupun, isteri dan anak tu tengah diseksa dalam neraka." . Wau, Maha Pengasih ALLAH. Ayah sambung lagi, "Ada yang masuk ke syurga secara berseorangan, ade yang bersama-sama keluarga, ade juga yang masuk secara berpasangan. Tapi kebanyakannya, masuk secara sendirian berhad."
Romantiknya. Masuk syurga secara berpasangan. Betul-betul cinta sejati kalau cam tu. Bestnyaa...
Aku tanya ayah. Camne pulak ade berpasangan masuk ke syurga? Ayah jawab, "Isteri yang betul-betul taat kepada suaminya. Taat yang sebenar-benar taat. Manakala si suami, sudah tentu lah hamba ALLAH swt yang beriman." . Ayah selalu inform kami adik-beradik dan mak tentang ketaatan isteri. Kiranya, ayah nak didik dari rebung supaya anak-anak dan isterinya faham tentang taat akan suami.
Konsep taat adalah sesuai untuk kaum hawa. Syurga buat isteri berada di bawah telapak kaki suami. Rasulullah s.a.w pernah bersabda (maksudnya),“Sekiranya aku harus memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya lantaran besarnya hak suami yang ditentukan Allah ke atas isteri.”
Ayah kupas lagi lanjut. " Isteri perlu taat kepada suami dalam apa jua perkara sekali pun. Walaupun, suaminya menikahi muslimah lain. Isteri perlu redha. Bukannya membenci poligami. Walaupun sekelumit rasa benci aka tidak suka. Poligami adalah perkara yang halal yang dibenci oleh syaitan. Nanti, kita pun sama je rupa dengan syaitan kalau tidak suka pada poligami. "
Aku buat muka cam ni... =/ . Tak mustahil kalau tak de rasa cemburu pada isteri baru. Sebab, kebanyakan perempuan akan cemburu punya, melainkan sesetengah je. Mesti ade sekelumit rasa sedih @ kecewa. Aku mula berfikir lagi, camne nak elakkan diri dari rasa cemburu tu? Atau nak hilangkan rasa sedih? Sebab sebagai manusia normal juga, kita tak terlepas dari rasa sedih walaupun sedikit. Ini tanggapan aku, aku tak tahu la tanggapan orang lain camne.
Mungkin sesetengah dari pembaca akan berpendapat, penulis ini sudah memikirkan perkara hal ehwal perkahwinan sebelum masanya. Sudah gatal sangat dah ke? Ohh, sebagai insan dan muslimah, aku perlu siap sediakan psikologi untuk menghadapi perkara-perkara cam ni suatu hari nanti. So, nanti tak lah terkejut beruk dan jadi trauma. Lagi pun, ini adalah ilmu yang perlu disampaikan. Memiliki ilmu tidak salah bukan?
Ahad, Januari 24, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan