Beberapa hari yang lalu, mak suruh kemas buku-buka lame kat rak. Asingkan mana yang tak nak. Mase dok asingkan buku-buku tulis, aku terpandang kat buku tulis aku yang bertulis, "Catatan Tauhid". Aku tergerak lak nak baca. Kat dalam tu ade nota-nota agama yang ayah ade ajar dua tiga tahun yang lalu.
Aku cam stunned biler bace balik satu doa yang aku tulis kat dalam tu. Bak kata orang, terkedu. Sebab doa ni sangat sangat sangat tulus..
Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu dan mencintai orang yang mencintai-Mu dan amal perbuatan yang membuatkan aku mencintai-Mu. Wahai Allah, jadikanlah cintaku kepada-Mu lebih aku cintai daripada diriku sendiri dan keluargaku dan air sejuk. - Nabi Daud as.
..... *speechless. wordless. typeless. --less, --less*....
Betapa agungnya cinta pada Allah swt, mengatasi cinta kepada ibubapa mahupun kekasih hati ataupun air yang sejuk. Mungkin kebanyakan orang tahu, kita perlu cinta kepada Allah swt dan nabi mengatasi segala-galanya. Tetapi, aku jamin... amat sedikit yang dapat menghayati serta merasai dalam setiap nafas yang mereka hembus. Setiap saat, setiap waktu dan masa, setiap kali bangun dan tidur, setiap kali berjalan, berkata-kata. Aku sendiri pun belum dapat merasai pada setiap waktu, dan aku nak merasai untuk setiap kali aku bernafas.
Ayah pernah bercerita tentang cinta kepada Allah swt suatu ketika dahulu.
Cinta kepada Allah swt adalah cinta yang berbalas. Ianya suatu perkara yang sukar digambarkan dan tak mampu untuk diceritakan kepada manusia yang tidak pernah merasai cinta daripada Allah swt. Bahkan, kata-kata pujangga yang romantis dalam dunia ini pun tak mampu nak tafsirkan bagaimana cinta Allah swt.
Ibarat minum air oren, orang lain takkan tahu ape yang dirasai oleh lidah sendiri melainkan orang lain itu turut merasainya. Cinta Allah bukan seperti cinta kekasih ke kekasih atau cinta ibu kepada anak. Sekali rasa, puas seumur hidup. Walaupun 5 saat.. rasa cinta itu dijatuhkan dalam hati hamba Allah swt.
Kejarlah cinta Allah swt dari mengejar cinta selain daripada Allah. Apabila kita mencintai Allah swt, bermakna kita sudah mencintai makhluk. Sibukkanlah diri dengan Allah swt di samping kesibukan duniawi. Mungkin persoalan, "Adakah aku ni layak untuk menerima cinta Allah?" atau ...."aku ini bukan seperti orang alim ulama yang dapat keistimewaan untuk mencintai Allah swt dan dicintai Allah swt" atau soalan-soalan seumpama itu akan mendatangi fikiran.
Aku memetik kata-kata wali Allah swt, Rabiatul Adawiyah, "Allah sudah mengampunkan kamu sebelum kamu mengangkat tangan memohon keampunan pada-Nya." . Intipatinya, segala perbuatan yang bakal dilakukan sudah ditulis dan bergerak atas nama takdir, sama ada takdir baik atau buruk. Sekiranya diri terasa untuk menadah tangan, berdoa memohon cinta-Nya... percayalah, kamu sudah berada dalam landasan ke arah cinta-Nya. =)
Tiada cinta agung melainkan cinta kepada Allah swt dan cinta daripada Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan