Rabu, Mac 31, 2010

JPJ Test lah pula.

Assalamualaikum and greetings.

Hee~ Seronok, enjoy dan penat. Yeahh, Jumaat nih aku bakal bergelar graduan buat kali ke-3 dalam hidup aku. Waring: entri panjang :)

Bertolak pukul 7.00 pagi walaupun sampai ke kedai pukul 6.30. Ish, sesampai sana, aku sorang je kaum hawa muslim. Yang lain sume laki. Ramai lak tuh. Ade chinese, 3 orang, tapi diaorg geng sendiri. Okayh, pas tu amek lagi penumpang, fuhh bagusnye ade gak muslimah. Uncle bawak kteorg tuh pasang air-cond waktu pepagi buta tuh. Isk...

Sesampai JPJ Muar kat Bakri, uncle tuh tunjukkan jalan A kat kteorg. Jalan yang sangat panjang, mencabar, dan tak pernah lalu masa QTI ari tuh.

Okeyh, then balik JPJ semula amik no giliran. Aku no 35. Hurm, orang-orang terakhir gak nih. Tapi bole la. Okeyh, duduk dan bertafakur :DD.

Tapi, tak selesa giler. Depan lelaki, kiri lelaki, belakang pun lelaki. Seb baik aku dok tepi skali. Malu dan segan giler. Malu sesangat. Ntah kenapa, tak tahu. Aku JARANG duduk dekat-dekat (kurang dari 10 inci) dengan kaum adam nih. Really. Kalo dekat pun, aku jauhkan. Tak selesa giler. Panas muka aku, dari badan sejuk kene air-cond waktu pagi, terus panas balik tak sampai beberapa minit. Cam terasa demam pun ada. Panas satu badan.

Dah la ade gak manusia lelaki yang kat depan aku tuh dok toleh-toleh ke belakang. Iye lah, aku bukannye sesuka nak perasan. Tapi, biler aku angkat muka, diaorg memang tengah tengok aku. Tsk..

Then pergi bab parking, bukit, u-turn suma. Alhamdulillah okey. Sume berjalan dgn lancar, dan aku pun jadi ter sangat cool giler! Cuma bab bukit, aku percubaan 2 kali coz, aku tak puas ati. Minta nak cuba sekali lagi, tester tu marah. Haihh~

Balik seat tadi, dan tunggu giliran untuk on the road. Haha, kaum adam sume dok depan. Syok giler. At least, ade gak kawan muslimah sorang dok tepi kiri aku. Bole bawak bersembang. Tapi ade gak manusia lelaki nak ajak bersembang dengan aku. Kesian dia, berapa kali dah dia dok tak diam, asyik pusing-pusing ke belakang. Sebab aku tak layan dia. Buat bodo maa. At last, dia nak tanya aku je, "Lulus tak masa parking tadi?". Aku senyum dan angguk je. Dia nak bersembang lagi, tapi aku buat bodo. HAHAHAHA~ I'm so mean.. =P

On the road, sume berjalan sangat lancar, alhamdulillah. Takde gossip la part nih sebab aku luar biasa tenangnya kat dalam kancil tuh. Tester tu tak banyak songeh pun. Bagus ar, dari dia ajak sembang, aku lari pulak tumpuan. Tapi markah lulus aku 17/20. Markah lulus sebenar 16/20. Isk... isk, coz aku salah kat mende yang senang-senang je~~ Walaupapepun, alhamdulillah AKU LULUS!! Wahahaha!

Balik kedai, mereka-mereka yang pergi bersama-sama aku menjadi saksi; budak yang lulus test kereta JPJ balik rumah naik basikal, hahaha. Diaorang sume naik moto, aku je naik basikal. Pehh, kene gelak la ape lagi.

Then, orang Astro ade kat umah. Diaorg pasang Astro B.yond. Hehehe~ Syok la. TAPI, balik-balik tengok rumah bersepah!! Pehh, malu giler kat tetamu, bersepah cam tu. Masuk rumah, terus kemas. Dapur pun bersepah gak. Lunch pun belum prepare lagi. Aku terus panaskan lauk semalam, dan masak nasi, kemas mana yang patut. Penat tak penat, kene gak lah. Mak dan adik belum balik, aku kene sediakan lunch lah.

Adooooyaiiii, kalo aku tak de kat umah, memang nilah jadinye. Macam mana lah pulak biler aku dah kuar sambung study? Masya-ALLAH, susah nak bayangkan! Harap-harap mak mampu nak kemas rumah.


Nota kaki: Mak tegur aku sebab aku buat sombong dengan lelaki tuh. Segan giler la, mak! Bukan malu tak bertempat, tapi malu giler!

Jumaat, Mac 26, 2010

Making confusion =/

Assalamualaikum wbt and greetings.

Hari nih, ku pergi sekolah. Yahh, again. Coz ada majlis anugerah pelajar cemerlang SPM/STPM 2009. Hurm, best lahh! Jumpe kengkawan (and wear baju baru. opss. :P). Hurmm, dapat seat kat depan-depan skali. Bawah pentas dan menghadap muka-muka suci budak form 5. Yah, mereka  itu LELAKI. Pipi merah, but ignore je lah.

So, majlis mula dengan doa, ucapan, dan ucapan. Sepanjang ucapan, kami (ku dan kawan-kawanku) sebok bersembang. Agak riuh. Haha, memberikan contoh yang buruk kat adek-adek yang innocent tuh. Tapi, kami memang cam nih. Suka berjenaka tak ikut tempat. Tapi time serius tu, kiteorg memang la tak reti nak gelak :D

Alhamdulillah syukur. Dapat la ole-ole bole bawak balik. Hahaha :) Pas majlis tuh, diaorang suruh kteorg pergi dewan. Bagi ceramah atau tips-tips kat bebudak suci form 5 tuh. Aku terbayangkan mikrofon yang sudah lama tidak ku pegang (masa reunion tak puas. budak "tu" conquer XD).

Yah, diaorang yang tanya itu dan ini, dan kami pun memberikan respons yang agak baik untuk soalan diaorang. Banyak kali gak aku merampas mikrofon tu dari kawan. Sebab aku rindu dengan mikrofon. Serius nih. So, membebel lah seringkas yang boleh.

Aku bagi tips dari sudut agama, so diaorang tak lah bagi respons yang cam aku nak lah. Macam kawan aku yg lain, diaorg dari sudut tak melibatkan agama la, so boleh lah letak jenaka. Maklumlah, perihal agama mana boleh buat lawak, kan kan kan?

Aku bagi lah pendapat aku terhadap couple. " Akak pun remaja. Kamu pun remaja. Jadi kita tak terlepas dari merasai perasaan suka kat berlainan jantina. Maklumlah.. remaja la kan. Akak dulu pun ada gak perasaan suka kat seseorang tuh, tahun lepas. Tapi, kita tahanlah perasaan tu. Akak jadikan perasaan tu sebagai dorongan. Pepandai lah korang manipulasi perasaan korang tuh. Tapi, bagi akak, couple tu... tak payah la. Haram... "

Hahahahaha, sume dah tertunduk je dengo ceramah agama aku. *evil laugh*. Aku pun ada gak suka-suka kat orang nih. Dan budak yang aku suka tu memang ada kat bawah, dengo ceramah kami. Dia la yang dominate mikrofon utk pertanyaan dari bebudak form 5 :P. Dan akulah yang terakhir bagi tips (saje nak cakap masa akhir tuh), dan aku tengok budak tu tertunduk sejak awal aku berceramah. HAHAHAHAHAHA... *evil laugh lagi*

Semacam je dia nih. Feels stabbed ke? Atau dia dah tahu dialah orang yang aku suka tuh? Who knows. Hahahahaha... *evil laugh again*. I am making confusion instead of confession. Hahahaha.... Wey, ade gak kawan aku declare dia admire budak dapat 11A tuh. Of course, kteorang salah faham. Tapi, aku tahu..admire dia ni bukan suka, tapi sanjung. Thehehe~


Nota kaki:
Tapi ade gak orang boleh atasi perasaan suka tuh. Kalo aku, agak sukar la. Tu pasal aku manipulasi perasaan sendiri. Macam mana? ALLAH swt dan aku je yang faham. Susah nak citer.

Rabu, Mac 24, 2010

Dialah itu, akulah :P

Assalamualaikum and greetings.

Ignore the tittle. No idea, duh~

So, today went shopping baju kurung for cannot-be-told event. Heh. Okeh, bajet dari present SPM from lovely Pak Uda and Mak Uda belah ayah. Serius, alhamdulillah syukur. Actually, nak beli tudung saja. Memandangkan saya akan pakai baju itu yang berwarna merah itu. Tapi mak kata baju yang merah itu old fashioned, maka dia cadangkan beli baru dalam nada menyuruh. Dan, saya pun ingin menjadi anak yang baik, maka saya pun ikut cakap mak :D

Colour pink dan gabungan coklat tanah dah set dalam kepala. Tapi, tak dapat.... Sebab, dapat warna lain. Hurm.. :-|. Duration untuk dua buah kedai adalah dalam 15-20 minit. Mak kata, "Cerewet. Sampai malam pun tak siap memilih". Nak wat cam ne ek? Tak de langsung yang berkenan. Istilah "love at first sight" tak singgah pun dalam benak hati.

Bab paling tak best masa nak serahkan duit. Huhuhu, sayonara duitku~ saya sangat sangat teramatlah sayangkan kamu. Ayah saya kata, "Kedekut nak mampus!" dalam hati saya kata, "berjimat cermat.". Serius, saya tak suka apa jua bentuk pembaziran (yang bagi saya nampak buruk :P)




Ada seorang kawan memberitahu. 

" Nampaknya, dia memberi kesan pada kau... erm, seperti dia seseorang yang penting buat kau. "


Dia merujuk kepada someone special. But, no. Bukan dia. Dia bukan seseorang yang penting dalam istilah yang teristimewa. Dia seseorang yang penting dalam istilah kawan. Kengkawan aku selalu salah faham, aku suka pada orang atau asyik menyukai orang. No, no no no.... it is not like dat. I'm not easily fall for somebody, okeh. Just little consideration or care from me towards somebody is being called as "suka". Yeah, maybe it is true (for you guys, not for me), but... it is not a love. I never experienced love before, but now... who knows.

Overall, aku utamakan ALLAH swt, kehendak ibu bapa dan kepentingan masa depan aku dalam hidup aku buat masa nih. Love story, just love to hear... experience it? Maybe no. Dating? NEVER. But, friends, good friends, best friends, I'll be always here for you~ :D


Nota kaki: Akhirnya, aku merapu ntah pape. T___T.

Selasa, Mac 23, 2010

Report QTI.

Assalamualaikum wbt and greetings.

Heyy! Saya sudah lepas QTI! Waahhh alhamdulillah, happy sangat-sangat. Sebab, last blajar semalam around pukul 6.30 ptg, saya tersangatlah gabra dan gementar, jadi buat apa pun sume jadi rosak!! Serius, balik rumah... masuk bilik terus menangis. Lutut saya pun turut ketaq. Iye... Mak saya sendiri pun cakap, saya nampak tak bersemangat. Menangislah tak berlagu sampai dah nak masuk Isyak.

Hari nih, saya berjaya memalukan diri saya sendiri. Yeay :P. Masa QTI parking kereta, masa awal-awal lagi dah salah step. Patut tak yah pusing stering, saya rajin nak pusing. Dua kali jadi ter-rajin tuh. Pastu, masa nak masuk kereta dalam petak, ade satu step yang perlu pulas stering kereta untuk kasi masuk tayar belakang. Malangnye, saya terlupa. Kereta pun jadi senget. Malu oh. Ramai manusia kat belakang tu.

Pastu, Uncle faveret saya tu tolong tolakkan kereta ke depan dan dia menjerit, "Dia sudah lupa, dia sudah lupa".. Waahhh! Malunyer... Sebab ramai manusia yang boleh mendengar.

Part bukit, asyik tak selari dengan tiang je, cermin sisi ku itu. Tak boleh nak agak la. Tapi, akhir-akhir test, alhamdulillah, perfect sungguh. Lawa.

On the road, tester tu sangat berdedikasi untuk menjawab soalan lazim saya masa tengah memandu; " Saya dah gagal ke? Saya dah banyak salah ke? Berapa banyak saya buat silap?". Oh, on the road, ade 2-4 kali buat silap besar kot. Tapi, tester tu sangatlah baik, dia kasi chan utk lulus. Alhamdulillah...

Secara kesimpulannya, saya lulus QTI dan lapar :P .Maybe 31hb ni saya pergi JPJ kot. Tapi cam nak awalkan lagi la.

Okeh, dah. Saya nak makan dan sambung baca Kimi ni Todoke :D Roger and out.

Khamis, Mac 18, 2010

Memang berbaloi :)

Assalamualaikum wbt and greetings!

Yeppi! Reunion buat pertama kalinya bagi batch 3IS n 3IK 2007 and also batch 5Sc1 n 5Sc2 2009 berlangsung hari nih. Howyeah~

Malangnye, sikit pulak yang datang. Sounds gempak coz gabung dua kelas yang gempak antara dua tahun yang gempak. Uhuk. Tak pe. Yang penting, aku terhibur... dan yang lain-lain juga :) . Bertempat di Parit Jarum Laut, kat restauran tepi kolam pancing. Sebelah restauran tu ade sungai. Sungai Muo keyh. Perjalanan nye memang jauh, luas pandangan.... seolah-olah terletak di pedalaman pulak.

Mula pukul 9. Tetapi, disebabkan aku belum balut hadiah dan belum siap ampai kain serta belum lagi bersarapan, maka kami (aku dan kawan aku) bertolak pukul 9.40. ehhe. Ala, sampai pun bukannye dah ade lauk-pauknye.

Oh, sampai terus menyibukkan diri potong buah sambil bergosip. Hihh. Tak de peluang masa amek result ari tuh. Selesai tu, kteorg gi la lepak kat tepi sungai tu sambil bertukar-tukar al-kisah. Aku dengo n menyampuk sikit je. Maklumlah, orang dok rumah jee... Jenis memerap.

Then, dijemput utk jadi MC majlis. Malas ar. Aku ingin meminta maaf dan berterima kasih kepada MC bidan terjun, yang mula menonjolkan minat terhadap microphone... Kesian dia. Kengkawan aku tak beri respond yang positif terhadap ape yang dia cakap. Lama gak dia tunggu orang react dengan ape yg dia cakap. Pas tu dia serta merta berlari masuk ke dapur... Huhu... apehal ea? Menangis ke? Hurm, mungkin. Hihih... Tapi kelakar dowh. Dia tu budak laki. Hihihih.

Then, kelam kabut utk sediakan game utk isi kebosanan menunggu makanan. Ade gak busy utk buat air tembikai. So, utk menghiburkan penonton, maka MC bidan terjun tu mulalah berkaraoke. Lagu jiwang karat lak tu. Kami sume terkejut. Yalah, dia ni bukan jenis yang cam tu, malu dia ada had gak instead of other guys. But, terhibur. Hihihih....

Lauk pun sampai. So, makan la. Ku sangka kan panas hingga petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Aku rasalah, ni akibat budak tu yang menyanyi kot. Hah. Jenuh tunggu hujan berhenti. About pukul 1.30 hujan berhenti dan kteorg bekerjasama pack makanan yg tak habis. Yup. Game dibatalkan. Hampehh... Tapi masa pas habis hujan tu lah diaorg pi tibai berkaraoke lagu... ala yang cari jodoh tu. Kuat lak tu.

Around pukul 2.30 baru bertolak dari situ. Yalah, bersalam-salaman dan main tukar-tukar hadiah. Hihi, I got set cawan loh! Alhamdulillah, boleh bagi kat mak. Pastu wrapper surat khabar tu, boleh gak lapik ikan untuk kucing aku makan. Hihih...

Natijahnya, bler nak wat sesuatu majlis,,,organize dulu betul-betul. Takut nanti ada orang terguris, makan hati, tak puas hati, bosan dan akan ada azam tak mahu datang lagi majlis cam nih. Kata nak buat memori... So, buatlah yang semanis yang boleh. Decorate program tu sebaik yang mungkin. Mintalah pendapat semua, minta semua terlibat sekali. Baru lah best, kan?

Huhu, aku tak ngutuk eh. Secara jujur dari hati, aku enjoy hari ni sebab aku dapat peluang nak jumpe kengkawan. Terima kasih kat korang yang sudi membelanjakan wang dan masa utk wat majlis cam nih :) Hope nanti ade reunion lagi yekk?

Nota kaki: Sori tak de gambar :)

Selasa, Mac 16, 2010

Compliment best.

Assalamualaikum wbt and greetings.

Hellooo, dah 70++ post olredi! *Tabur konfetiti* Sangat suka. Kerana sudah banyak byte dibazirkan untuk membebel demi mencatat secebis ingatan. Haha.

Pagi tadi saya terima mesej dari seorang kawan. Dia balas soalan saya yakni, " Wey, kau nampak tak aku menangis sebelum cikgu umumkan result SPM? " . Maka dia;

" Aku nampak kau menitiskan air mata masa cikgu cakap "pelajar yang selalu meminta saya untuk memcipta pantun baginya"... "

Ni lah speciality kawan saya. Dia sangat-sangat peka dengan persekitaran dia. Tak kisah la jauh atau dekat. Dan dia sangat-sangat memahami manusia disekelilingnya. Maka saya pun puji sikit kebolehan dia tuh. Tapi dia cool. Dia tetap kata, "setiap kelebihan ada kekurangan. ALLAH swt itu Maha Adil." 

Dia sangat-sangat memahami orang, tapi orang mungkin tak dapat memahami dia. So, sedikit sebanyak hati dia terluka. Maklumlah, dia manusia yang perlukan perhatian dan kasih sayang (menurutnya). Jadi aku suarakan pendapat aku nih. Maka dia membalas;

"Lebih kurang begitu la. Cepat juga kebolehan kau untuk memahami sesuatu perkara." 

Huwaaa.... Saya tak pernah dapat compliment cam nih. Sangat-sangat gembira :). Terima kasih, at least saya dapat tahu pandangan orang terhadap saya. Nampaknya azam saya untuk menyenangkan hati kawan sudah sukses separuh! Alhamdulillah!


Nota kaki: Topik ni tentang siapa ek? Saya atau kawan saya itu? Hee~

Khamis, Mac 11, 2010

Saat sekali dalam seumur hidup.

Assalamualaikum and greetings.

Waduh. Hari yang memenatkan. Dah lama tenaga tak dikerahkan sebanyak ini, maklum lah enjin rehat untuk 2 bulan :P tapi apa-apa pun saya gembira, alhamdulillah.

Jumpa dengan kengkawan, tapi saya menyepikan diri dari bersuara. Hee, tak de topik nak bawak bercerita. Best ke jumpe kengkawan tadi? Hurm, tak best laa... sebab terlalu singkat dan sekejap. I mean, 3 jam jumpa tak cukup lah.

Huish, se-cool-cool manusia, akhirnya ketaq juga lutut masa nak kuar result. Gler saspen. Dengo sorang je yang dapat straight A, kwn aku dah menangis. Sebab dia pun nak straight A, tapi bukan rezeki dia la. Bab straight A aku tak kesah. Start masa umum pelajar cemerlang, start saspen la. Dari 6A, ade dlm 3 orang. 7A takde, 8A 4 orang, 9A 3 orang. Pastu, aku tunduk ke bawah n menangis. Takut gler. Nama aku tak tersenarai ke?

Then, 10A ade sorang. 11A tu pun sorang gak. Pastu aku lagi la menangis giler-giler. Tak percaya. Sungguh tak percaya. Betul-betul tak sangka. Aku target rendah-rendah je. Alhamdulillah lagi~

Tahniah buat kengkawan aku yang berjaya. Lagi-lagi kawan aku yang harumkan nama daerah Muo nih, yakni pelajar cemerlang SPM negeri Johor 2009, dia duk kat SMS Muar. Hepi gler, sbb dia kawan aku masa skolah rendah. Dak tu memang terer dari kecik. Muo dapat 1st place tau dalam negeri Johor. Alhamdulillah~ 2nd place JB. Hihih.

Terima kasih juga kat semua orang. Mak, ayah, adik-adik, sanak saudara, atok, opah, pak cik, mak cik, kucing kesayangan aku, Poco, cikgu-cikgu, friends, good friends, bestfriends, jiran tetangga dan saudara sesama Islam yang doakan kejayaan aku. Isk, terharu sungguh. Sungguh terharu. Sebab, ape yang aku dapat ni bukan je dari usaha aku, orang lain pun ade gak. Cam beri sokongan, pertolongan, doa, nasihat dan etc etc. Kejayaan ni bukan milik aku sorang je.

Dan semua ni rezeki. Rahmat ALLAH ke atas aku hari ni terlalu besar. Sampai aku takut kalau aku terlalu bangga sangat, padahal, hakikatnya semua ni bukan milik aku bukan dari hasil usaha aku. Semua ni takkan terjadi tanpa keizinan-Nya. Pehh, alhamdulillah sangat-sangat.

Dah. Saya mahu tido. Salam malam sume. Sekarang suda bole.. tido dengan aman. Sebab hari ni penat sangat. Hee~

Nota kaki: Awal entri pakai "saya", pertengahan lak "aku", hujung balik semula "saya". Haha

Rabu, Mac 10, 2010

Sebelum 11 Mac 2010.

Assalamualaikum and greetings.

Hurm, pejam celik-pejam celik dah 11 Mac olreadi? Wau, pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik dan pejam serta mencelikkan mata, esok aku ade training kereta?

Ironi sungguh. Pagi amik result keberangkalian ade gak happy-happy, petang bawak kete dan bersiap sedia untuk sebarang kesilapan yang membawa padah, keberangkalian ade sedih-sedih. Hopefully esok aku tak kalut sangat lah. Amin.

Uwahh, rindu giler kat cikgu sekalian, terutamanya cikgu kimia aku dan cikgu fizik~ Sayang sangat sangat. Serta gengs 5Sc1 batch 2009 dan orang-orang lain =)


Nota kaki: Baju kurung atau blouse? Hurm, bingung la. Esok pun ade hari sukan skolah. Mesti nak sebok punya. Tapi, panas~

Jumaat, Mac 05, 2010

I wanna be a strong girl.. but...

Assalamualaikum wbt and greetings.

Peh, hanchuss sungguh drive tadi. Bab parking, u-turn dan bukit okey sikit dari semalam. Semalam lagi terrible. Semalam, on the road okey, bab bukit and etc etc hanchuss. Hari ni bab bukit and etc etc okey, on the road lak hanchuss giler. Serius aku kata, uncle cina yang ajar aku memandu tu, little marah kot. Hari nih, aku banyak kalut. Mungkin...

Kene marah tapi, tak la bernada marah, tegas la sikit dari biasa dia tu. Antara ayat dia yang bisa bagi aku, "Lu tak tahu nak perlahankan minyak ka??" dan  last sebelum aku kuar dari kereta, " Lu tak reti nak brek ka?? ". Secara jujurnya, otak aku dah jammed. Jammed. Saat betul-betul genting aku jadi jammed. Aku tak dapat nak berfikir. Otak blank. Kosong. Tu pasal, body tak boleh nak bergerak secara refleks.

Dan, aku juga dah nak mula takut bawak kete bila depan traffic light, bila keluar dari simpang dan nak masuk simpang. Ya ALLAH, takut sungguh... masa tulah, kalut aku keluar. Putar stering yang ketat balik semula ke tempat asal, tukar gear, dan bab aku belum master lagi ... lepaskan clutch perlahan-lahan masa gear satu.

Ade gak satu ketika, aku jadi give up dengan benda-benda cam ni. Tapi, takkan la dengan cabaran sedikit, nak give up dah pun kan? Dakara, i wanna be strong girl. I really wanna be a strong girl, with a strong heart, and a strong determination. But, sometimes, aku ni sensitif. Kawan aku pun kata gitu. Dia kata karakter aku cam tu. Hurm, I just hope that, aku boleh bertahan lama...

Rabu, Mac 03, 2010

Perfect ending.

Assalamualaikum and greetings.

Today. I learned something. Aku tonton filem 5 Centimeter Per Second (coretan ade dalam post sebelum ni). Disebabkan aku tak berapa puas hati dan kurang faham dengan situasi sebenarnya, aku semak kat Wikipedia. Oh, ade versi novel.

 
= Lawa siot sungguh gambar nih :D =

Ye saya tahu, novelnye takkan mudah jumpa kat internet dengan penuh alih bahasa Inggeris. Kemudian, google la keyword " 5 Centimeter per Second novel ". Tup, tup dapat lah. Sekadar rumusan dari novel, tapi cukup untuk buat saya berpuas hati dan terseyum gembira dengan pengakhirannya.

Novel sebanyak 170 muka surat lebih kurang, yang mengandungi tiga bahagian mewakili tiga episod dalam versi filem. Dan, dalam novel, lebih terperinci... terutamanya mengenai perasaan watak-watak dalam citer tu. So, "menyentuh perasaan" tu boleh sampai la. And yup. Sangat menyentuh perasaan. Ahha, aku dah takde keje nak tunggu detik 11 Mac, so baik layan jiwa jiwang se-sempat dan sebaik yang boleh ;D

Best giler oh. Sangat-sangat best. Aku jarang jumpa cerita yang ade perfect ending. Kebanyakkannye semua, sad ending atau happy ending. Tapi, sad ending dan happy ending tak sama dengan perfect ending.

= Ahhh. Lawa gilerrr. =

Perfect ending biasanya menyakitkan... Sungguh! Tapi cam yang aku tulis sebelum-sebelum ni, pahit itu manis. Dalam pahit ada manisnya. Cam disebut dalam Al-Quran. Aku tak ingat sangatlah surah ape, ayat ape. Tapi, yang aku faham, setiap perkara telah ditetapkan ada hikmahnya. Menolaknya seperti menolak takdir ALLAH ke atas diri... dan kita tak sudi terima takdir tuh. Ish, kan kejam tuh. Dah jadi manusia tak bersyukur .

Dan aku juga berharap, aku nak perfect ending. Walaupun aku tahu, aku bakal disakiti dan akan hadapi benda lagi pedih dan bisa lagi dari apa yang aku dah alami sebelum ni. Tapi, kalau kerana perfect ending, aku tak kisah dan aku juga harus belajar untuk menjadi "tidak kisah" pada benda-benda bisa dan pedih tu. Ishh, susah nih. Yalah, aku ni dalam perjalanan nak menjadi dewasa. Lebih matang, dan lebih bersikap terbuka serta lebih positif.

Tapi kekadang pun atas jalan yang lurus pun, kita boleh tersadung. Haihh. Semoga perjalanan aku ke perfect ending aku itu dirahmati dan diredhai ALLAH swt.

Nota kaki: Asalnye aku nak membebel citer 5 Centimeter Per Second. Alih-alih ni pulak yang tertulis. 

Nota kaki 2: Kata GPK Kanan SMK Bukit Gambir pagi tadi, 11 March result SPM keluar. 11 March juga hari sukan sekolah. Gempak siot. Hahahaa. Tercapai gak hasrat aku nak tengok hari sukan tahun nih.

Nota kaki 3: Kata kawan, reunion bakal menjelang pas seminggu result kuar. Budak laki yg jadi host. Waahh, bertuah sungguh la mereka nih nak wat benda2 camni. Kiranya, sekali dalam seribu tahun lahh!! Hahaha :))

Nota kaki 4: Kalau nak tengok 5 Centimeter per Second, aku recommend tengok dulu filemnya. Kemudian baca novelnya di sini. Baru feel, and lebih faham :)

2 filem. Satu mesej. Satu persamaan.

Assalamualaikum and greetings.

Haihh. Penulis baru selesai menonton menonton filem anime jepun, arahan Makoto Shinkai. Yep. Makoto Shinkai. Pengarah filem animasi jepun yang berjaya membuatkan puluhan ribuan penduduk di seluruh dunia, jatuh hati dengan karyanya. Salah satu karya beliau yang terkenal adalah Voices of a Distant Star (2002), The Place Promies in Our Early Days (2004) dan 5 Centimeters Per Second (2007).

Sedikit corat-coret.

Penulis sudah memonton Voices of a Distant Star beberapa hari yang lepas. Makoto Shinkai membiarkan penonton membuat andaian mengenai pengakirannya sendiri. Pengakhiran bagi cerita ini, membuatkan penonton tertanya-tanya samada watak utama iaitu Mikako Nagamine masih hidup atau mati.

Tetapi, sebelum penulis menonton versi filem, penulis sudah lama beli versi manga. Dalam sekitar tahun 2007. Harga dalam RM12.00, beli di Popular. Ceritanya, sangat "wow". Dan berjaya membuatkan hati penulis terpaut dengannya. Sungguh bagus. Berbaloi dengan harga RM12.00. Tu pun dah kasi potong habis harga.

Versi Manga adalah lebih bagus dari versi anime. Ia betul-betul menyentuh perasaan. Membuatkan pembaca turut "bersama" dalam jalan cerita. Ape dia kisah yang berjaya menarik ribuan penonton serata dunia?

Voices of a Distant Star

Voices of a Distant Star atau Hoshi no Koe, mengisahkan dua orang sahabat baik, Mikako Nagamine dan Noboru Terao yang berhubung antara satu sama lain melaui email dari mobile phone mereka merentasi ruang angkasa lepas. Selebihnya, silalah klik link di atas. (Kes malas nak membebel)

Karya terbaru Makoto Shinkai, 5 Centimeter per Second juga menyentuh perasaan. Filem yang dipecahkan kepada tiga episod, Cherry Blossom, Cosmonaut dan 5 Centimeter per Second ini mengisahkan tentang dua orang sahabat, Takaki Tono dan Akari Shinohara yang berkawan sejak sekolah menengah rendah lagi. Mereka berdua disisihkan dan sering diejek oleh rakan sekelas mereka, dan atas sebab itulah, satu hubungan dan satu perasaan mulai terjalin antara mereka.


5 Centimeters Per Second

Penghujung tahun pada tahun akhir persekolahan mereka, Akari terpaksa berpindah. Bukan dekat, tetapi jauh. Mereka berdua hanya dapat berhubung melalui surat pada permulaan cerita. Malas nak ulas panjang-panjang, cerita ni dah ada sekitar YouTube, Vodpod, Megavideo dan etc etc.

Saje citer pasal hasil karya Makoto Shinkai. Dah lama gak penulis nak tonton filem dia, sejak tingkatan satu lagi. Akhirnya, lepas habis sekolah dapat gak tengok. Golden holiday la kata kan~ Berbaloi gak tunggu selama 5 tahun nak tengok filem dia nih. Citer-citernye sume boleh dikatakan perfect ending walaupun agak "sakit" juga endingnya. Best. Karya tip top yang patut dan berbaloi untuk ditonton.

Eh,, ade beberpa lagi hari je nak keluar result SPM nih. Dah dengar khabar angin? Rasa-rasanya keluar dalam tempoh 10 hingga 16 Mac kot. But, ura-ura yang 11 Mac tu, semacam masuk akal. Sebab, masa tu sebelum cuti penggal. Hurm, walaupapeun, sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan untuk terima result dengan hati yang terbuka. Takde sedih-sedih, takde kecewa-kecewa, yang ade,,, nak ucapan "Alhamdulillah" je...

Jyaa~

Nota kaki: Yaaaaaa~ akhirnya aku sudah merasmikan pembukaan blog terbaru aku yang menghimpunkan masterpiece tahap amatur daripada tangan aku. Presenting... *drums rolls*


Isnin, Mac 01, 2010

Tralala...

Assalamualaikum and greetings.

Oh hari ni sungguh seronok.

Hari ni aku dan Chef Ijok merangkap ayahnda aku, buat lunch! Lauk? Kari telur. Okey lah tu. Pegang senduk aku, yang beri order adalah ayahnda. Sape yang masak, aku tak tahu~  Oh, sudah tentu sedapp. Heh.

Hari ni gak driving lessson day one. Kerani kedai suruh aku datang kul 3.45 petang, aku datang 3.50 petang. Belek tudung tak sudah. Then, bawak kete pukul 4.18 petang. Abes blaja dalam 4.45 petang. Tak sampai setengah jam pun...

Hurm, best ah. Bawak kete mmg la best. Yep. Bawak kat atas jalan raya yang penuh kereta. Ketaq lutut sudah tentu. Part yang paling best, enjin kete kancil tu banyak kali mati... Isk isk, tapi hidup semula la. Berapa kali mati tu, masih boleh dikira dengan jari yang sepuluh tu ea ;)

Paling syok, enjin mati kat traffic light. Hidupkan semula, then termati balik. Dua kali oh. Buat malu saja. Dah la kete kancil tu kat line depan skali, kat belakang lak ade lori. So, banyak gak orang tengok, betapa err... jahilnya aku bawak kete. Uncle Ng yg ajar aku tu cool seyh. Aku je yang kalut.

Mak kata, " Ala, sume orang cam tu. Tak de yang pandai terus. Mak dulu pun banyak kali gak termati enjin tu. "

Overall, secara kesimpulannya, tuntasnya, natijahnya,,, aku bawak kete sangatlah, teramatlah.... kasar. Isk, isk...


Nota kaki: Eh,, entri aku dah semakin pendek kebelakangan nih. Syabas dan tahniah buat diri sendiri. Aku dah kurang merepek dan merapu kat blog sendiri =D