Rabu, Mac 03, 2010

2 filem. Satu mesej. Satu persamaan.

Assalamualaikum and greetings.

Haihh. Penulis baru selesai menonton menonton filem anime jepun, arahan Makoto Shinkai. Yep. Makoto Shinkai. Pengarah filem animasi jepun yang berjaya membuatkan puluhan ribuan penduduk di seluruh dunia, jatuh hati dengan karyanya. Salah satu karya beliau yang terkenal adalah Voices of a Distant Star (2002), The Place Promies in Our Early Days (2004) dan 5 Centimeters Per Second (2007).

Sedikit corat-coret.

Penulis sudah memonton Voices of a Distant Star beberapa hari yang lepas. Makoto Shinkai membiarkan penonton membuat andaian mengenai pengakirannya sendiri. Pengakhiran bagi cerita ini, membuatkan penonton tertanya-tanya samada watak utama iaitu Mikako Nagamine masih hidup atau mati.

Tetapi, sebelum penulis menonton versi filem, penulis sudah lama beli versi manga. Dalam sekitar tahun 2007. Harga dalam RM12.00, beli di Popular. Ceritanya, sangat "wow". Dan berjaya membuatkan hati penulis terpaut dengannya. Sungguh bagus. Berbaloi dengan harga RM12.00. Tu pun dah kasi potong habis harga.

Versi Manga adalah lebih bagus dari versi anime. Ia betul-betul menyentuh perasaan. Membuatkan pembaca turut "bersama" dalam jalan cerita. Ape dia kisah yang berjaya menarik ribuan penonton serata dunia?

Voices of a Distant Star

Voices of a Distant Star atau Hoshi no Koe, mengisahkan dua orang sahabat baik, Mikako Nagamine dan Noboru Terao yang berhubung antara satu sama lain melaui email dari mobile phone mereka merentasi ruang angkasa lepas. Selebihnya, silalah klik link di atas. (Kes malas nak membebel)

Karya terbaru Makoto Shinkai, 5 Centimeter per Second juga menyentuh perasaan. Filem yang dipecahkan kepada tiga episod, Cherry Blossom, Cosmonaut dan 5 Centimeter per Second ini mengisahkan tentang dua orang sahabat, Takaki Tono dan Akari Shinohara yang berkawan sejak sekolah menengah rendah lagi. Mereka berdua disisihkan dan sering diejek oleh rakan sekelas mereka, dan atas sebab itulah, satu hubungan dan satu perasaan mulai terjalin antara mereka.


5 Centimeters Per Second

Penghujung tahun pada tahun akhir persekolahan mereka, Akari terpaksa berpindah. Bukan dekat, tetapi jauh. Mereka berdua hanya dapat berhubung melalui surat pada permulaan cerita. Malas nak ulas panjang-panjang, cerita ni dah ada sekitar YouTube, Vodpod, Megavideo dan etc etc.

Saje citer pasal hasil karya Makoto Shinkai. Dah lama gak penulis nak tonton filem dia, sejak tingkatan satu lagi. Akhirnya, lepas habis sekolah dapat gak tengok. Golden holiday la kata kan~ Berbaloi gak tunggu selama 5 tahun nak tengok filem dia nih. Citer-citernye sume boleh dikatakan perfect ending walaupun agak "sakit" juga endingnya. Best. Karya tip top yang patut dan berbaloi untuk ditonton.

Eh,, ade beberpa lagi hari je nak keluar result SPM nih. Dah dengar khabar angin? Rasa-rasanya keluar dalam tempoh 10 hingga 16 Mac kot. But, ura-ura yang 11 Mac tu, semacam masuk akal. Sebab, masa tu sebelum cuti penggal. Hurm, walaupapeun, sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan untuk terima result dengan hati yang terbuka. Takde sedih-sedih, takde kecewa-kecewa, yang ade,,, nak ucapan "Alhamdulillah" je...

Jyaa~

Nota kaki: Yaaaaaa~ akhirnya aku sudah merasmikan pembukaan blog terbaru aku yang menghimpunkan masterpiece tahap amatur daripada tangan aku. Presenting... *drums rolls*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan