Assalamualaikum and greetings.
Waduh. Hari yang memenatkan. Dah lama tenaga tak dikerahkan sebanyak ini, maklum lah enjin rehat untuk 2 bulan :P tapi apa-apa pun saya gembira, alhamdulillah.
Jumpa dengan kengkawan, tapi saya menyepikan diri dari bersuara. Hee, tak de topik nak bawak bercerita. Best ke jumpe kengkawan tadi? Hurm, tak best laa... sebab terlalu singkat dan sekejap. I mean, 3 jam jumpa tak cukup lah.
Huish, se-cool-cool manusia, akhirnya ketaq juga lutut masa nak kuar result. Gler saspen. Dengo sorang je yang dapat straight A, kwn aku dah menangis. Sebab dia pun nak straight A, tapi bukan rezeki dia la. Bab straight A aku tak kesah. Start masa umum pelajar cemerlang, start saspen la. Dari 6A, ade dlm 3 orang. 7A takde, 8A 4 orang, 9A 3 orang. Pastu, aku tunduk ke bawah n menangis. Takut gler. Nama aku tak tersenarai ke?
Then, 10A ade sorang. 11A tu pun sorang gak. Pastu aku lagi la menangis giler-giler. Tak percaya. Sungguh tak percaya. Betul-betul tak sangka. Aku target rendah-rendah je. Alhamdulillah lagi~
Tahniah buat kengkawan aku yang berjaya. Lagi-lagi kawan aku yang harumkan nama daerah Muo nih, yakni pelajar cemerlang SPM negeri Johor 2009, dia duk kat SMS Muar. Hepi gler, sbb dia kawan aku masa skolah rendah. Dak tu memang terer dari kecik. Muo dapat 1st place tau dalam negeri Johor. Alhamdulillah~ 2nd place JB. Hihih.
Terima kasih juga kat semua orang. Mak, ayah, adik-adik, sanak saudara, atok, opah, pak cik, mak cik, kucing kesayangan aku, Poco, cikgu-cikgu, friends, good friends, bestfriends, jiran tetangga dan saudara sesama Islam yang doakan kejayaan aku. Isk, terharu sungguh. Sungguh terharu. Sebab, ape yang aku dapat ni bukan je dari usaha aku, orang lain pun ade gak. Cam beri sokongan, pertolongan, doa, nasihat dan etc etc. Kejayaan ni bukan milik aku sorang je.
Dan semua ni rezeki. Rahmat ALLAH ke atas aku hari ni terlalu besar. Sampai aku takut kalau aku terlalu bangga sangat, padahal, hakikatnya semua ni bukan milik aku bukan dari hasil usaha aku. Semua ni takkan terjadi tanpa keizinan-Nya. Pehh, alhamdulillah sangat-sangat.
Dah. Saya mahu tido. Salam malam sume. Sekarang suda bole.. tido dengan aman. Sebab hari ni penat sangat. Hee~
Nota kaki: Awal entri pakai "saya", pertengahan lak "aku", hujung balik semula "saya". Haha
Khamis, Mac 11, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan