Rabu, Mac 03, 2010

Perfect ending.

Assalamualaikum and greetings.

Today. I learned something. Aku tonton filem 5 Centimeter Per Second (coretan ade dalam post sebelum ni). Disebabkan aku tak berapa puas hati dan kurang faham dengan situasi sebenarnya, aku semak kat Wikipedia. Oh, ade versi novel.

 
= Lawa siot sungguh gambar nih :D =

Ye saya tahu, novelnye takkan mudah jumpa kat internet dengan penuh alih bahasa Inggeris. Kemudian, google la keyword " 5 Centimeter per Second novel ". Tup, tup dapat lah. Sekadar rumusan dari novel, tapi cukup untuk buat saya berpuas hati dan terseyum gembira dengan pengakhirannya.

Novel sebanyak 170 muka surat lebih kurang, yang mengandungi tiga bahagian mewakili tiga episod dalam versi filem. Dan, dalam novel, lebih terperinci... terutamanya mengenai perasaan watak-watak dalam citer tu. So, "menyentuh perasaan" tu boleh sampai la. And yup. Sangat menyentuh perasaan. Ahha, aku dah takde keje nak tunggu detik 11 Mac, so baik layan jiwa jiwang se-sempat dan sebaik yang boleh ;D

Best giler oh. Sangat-sangat best. Aku jarang jumpa cerita yang ade perfect ending. Kebanyakkannye semua, sad ending atau happy ending. Tapi, sad ending dan happy ending tak sama dengan perfect ending.

= Ahhh. Lawa gilerrr. =

Perfect ending biasanya menyakitkan... Sungguh! Tapi cam yang aku tulis sebelum-sebelum ni, pahit itu manis. Dalam pahit ada manisnya. Cam disebut dalam Al-Quran. Aku tak ingat sangatlah surah ape, ayat ape. Tapi, yang aku faham, setiap perkara telah ditetapkan ada hikmahnya. Menolaknya seperti menolak takdir ALLAH ke atas diri... dan kita tak sudi terima takdir tuh. Ish, kan kejam tuh. Dah jadi manusia tak bersyukur .

Dan aku juga berharap, aku nak perfect ending. Walaupun aku tahu, aku bakal disakiti dan akan hadapi benda lagi pedih dan bisa lagi dari apa yang aku dah alami sebelum ni. Tapi, kalau kerana perfect ending, aku tak kisah dan aku juga harus belajar untuk menjadi "tidak kisah" pada benda-benda bisa dan pedih tu. Ishh, susah nih. Yalah, aku ni dalam perjalanan nak menjadi dewasa. Lebih matang, dan lebih bersikap terbuka serta lebih positif.

Tapi kekadang pun atas jalan yang lurus pun, kita boleh tersadung. Haihh. Semoga perjalanan aku ke perfect ending aku itu dirahmati dan diredhai ALLAH swt.

Nota kaki: Asalnye aku nak membebel citer 5 Centimeter Per Second. Alih-alih ni pulak yang tertulis. 

Nota kaki 2: Kata GPK Kanan SMK Bukit Gambir pagi tadi, 11 March result SPM keluar. 11 March juga hari sukan sekolah. Gempak siot. Hahahaa. Tercapai gak hasrat aku nak tengok hari sukan tahun nih.

Nota kaki 3: Kata kawan, reunion bakal menjelang pas seminggu result kuar. Budak laki yg jadi host. Waahh, bertuah sungguh la mereka nih nak wat benda2 camni. Kiranya, sekali dalam seribu tahun lahh!! Hahaha :))

Nota kaki 4: Kalau nak tengok 5 Centimeter per Second, aku recommend tengok dulu filemnya. Kemudian baca novelnya di sini. Baru feel, and lebih faham :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan