Assalamualaikum wbt and greetings!
Yeppi! Reunion buat pertama kalinya bagi batch 3IS n 3IK 2007 and also batch 5Sc1 n 5Sc2 2009 berlangsung hari nih. Howyeah~
Malangnye, sikit pulak yang datang. Sounds gempak coz gabung dua kelas yang gempak antara dua tahun yang gempak. Uhuk. Tak pe. Yang penting, aku terhibur... dan yang lain-lain juga :) . Bertempat di Parit Jarum Laut, kat restauran tepi kolam pancing. Sebelah restauran tu ade sungai. Sungai Muo keyh. Perjalanan nye memang jauh, luas pandangan.... seolah-olah terletak di pedalaman pulak.
Mula pukul 9. Tetapi, disebabkan aku belum balut hadiah dan belum siap ampai kain serta belum lagi bersarapan, maka kami (aku dan kawan aku) bertolak pukul 9.40. ehhe. Ala, sampai pun bukannye dah ade lauk-pauknye.
Oh, sampai terus menyibukkan diri potong buah sambil bergosip. Hihh. Tak de peluang masa amek result ari tuh. Selesai tu, kteorg gi la lepak kat tepi sungai tu sambil bertukar-tukar al-kisah. Aku dengo n menyampuk sikit je. Maklumlah, orang dok rumah jee... Jenis memerap.
Then, dijemput utk jadi MC majlis. Malas ar. Aku ingin meminta maaf dan berterima kasih kepada MC bidan terjun, yang mula menonjolkan minat terhadap microphone... Kesian dia. Kengkawan aku tak beri respond yang positif terhadap ape yang dia cakap. Lama gak dia tunggu orang react dengan ape yg dia cakap. Pas tu dia serta merta berlari masuk ke dapur... Huhu... apehal ea? Menangis ke? Hurm, mungkin. Hihih... Tapi kelakar dowh. Dia tu budak laki. Hihihih.
Then, kelam kabut utk sediakan game utk isi kebosanan menunggu makanan. Ade gak busy utk buat air tembikai. So, utk menghiburkan penonton, maka MC bidan terjun tu mulalah berkaraoke. Lagu jiwang karat lak tu. Kami sume terkejut. Yalah, dia ni bukan jenis yang cam tu, malu dia ada had gak instead of other guys. But, terhibur. Hihihih....
Lauk pun sampai. So, makan la. Ku sangka kan panas hingga petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Aku rasalah, ni akibat budak tu yang menyanyi kot. Hah. Jenuh tunggu hujan berhenti. About pukul 1.30 hujan berhenti dan kteorg bekerjasama pack makanan yg tak habis. Yup. Game dibatalkan. Hampehh... Tapi masa pas habis hujan tu lah diaorg pi tibai berkaraoke lagu... ala yang cari jodoh tu. Kuat lak tu.
Around pukul 2.30 baru bertolak dari situ. Yalah, bersalam-salaman dan main tukar-tukar hadiah. Hihi, I got set cawan loh! Alhamdulillah, boleh bagi kat mak. Pastu wrapper surat khabar tu, boleh gak lapik ikan untuk kucing aku makan. Hihih...
Natijahnya, bler nak wat sesuatu majlis,,,organize dulu betul-betul. Takut nanti ada orang terguris, makan hati, tak puas hati, bosan dan akan ada azam tak mahu datang lagi majlis cam nih. Kata nak buat memori... So, buatlah yang semanis yang boleh. Decorate program tu sebaik yang mungkin. Mintalah pendapat semua, minta semua terlibat sekali. Baru lah best, kan?
Huhu, aku tak ngutuk eh. Secara jujur dari hati, aku enjoy hari ni sebab aku dapat peluang nak jumpe kengkawan. Terima kasih kat korang yang sudi membelanjakan wang dan masa utk wat majlis cam nih :) Hope nanti ade reunion lagi yekk?
Nota kaki: Sori tak de gambar :)
Khamis, Mac 18, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan