Hellooo, dah 70++ post olredi! *Tabur konfetiti* Sangat suka. Kerana sudah banyak byte dibazirkan untuk membebel demi mencatat secebis ingatan. Haha.
Pagi tadi saya terima mesej dari seorang kawan. Dia balas soalan saya yakni, " Wey, kau nampak tak aku menangis sebelum cikgu umumkan result SPM? " . Maka dia;
Ni lah speciality kawan saya. Dia sangat-sangat peka dengan persekitaran dia. Tak kisah la jauh atau dekat. Dan dia sangat-sangat memahami manusia disekelilingnya. Maka saya pun puji sikit kebolehan dia tuh. Tapi dia cool. Dia tetap kata, "setiap kelebihan ada kekurangan. ALLAH swt itu Maha Adil."
Dia sangat-sangat memahami orang, tapi orang mungkin tak dapat memahami dia. So, sedikit sebanyak hati dia terluka. Maklumlah, dia manusia yang perlukan perhatian dan kasih sayang (menurutnya). Jadi aku suarakan pendapat aku nih. Maka dia membalas;
"Lebih kurang begitu la. Cepat juga kebolehan kau untuk memahami sesuatu perkara."
Huwaaa.... Saya tak pernah dapat compliment cam nih. Sangat-sangat gembira :). Terima kasih, at least saya dapat tahu pandangan orang terhadap saya. Nampaknya azam saya untuk menyenangkan hati kawan sudah sukses separuh! Alhamdulillah!
Nota kaki: Topik ni tentang siapa ek? Saya atau kawan saya itu? Hee~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan