Khamis, Disember 31, 2009

Secangkir Memori I

Dalam masa beberapa hari ni aku merasakan otak aku dalam kondisi yang sangat tak stabil. Bukan faktor hormon. Coz, erm.... dah lepas dah  =) . Rasa meng sangat dan otak miong cket. Tapi, aku tak lah menonjolkan ke-miong-an tuh... Dalam pada masa yang sama, mak suruh kemas buku peniggalan aku kat rak tuh. Aduyai... sayangnye nak buang buku-buka lame nih, start dr F4. Seb baek ler ada lah insan-insan yang sanggup nak membela buku-buku kesayangan aku tuh..

Pejam celik pejam celik... rupa-rupanya dah lama budak sekolah ni bercuti ek? Aku still budak sekolah wat? Until 1 Januari 2010 aku dah bergelar lepasan SPM. Adui, betapa rindunyeeee aku kat kehidupan sekolah. Rindu sangat-sangat. Aku rasa cam tak nak je tinggalkan alam persekolahan.


Aku masih teringat lagi camner permulaan hari pertama aku bergelar pelajar tingkatan 5

Hari pertama agak kecoh. Aku dan kengkawan dah diberitahu sebelum bercuti akhir tahun 2008, hari pertama persekolahan kami kene kawal keadaan sekolah. Memang kteorg galas tanggungjawab tuh. Kengkawan aku pergi ke gate, jaga pagar tapi aku pergi tapak perhimpunan. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab kunci bilik PA dah sedia ada kat aku kot?
Kecoh masa perhimpunan, aku yang kelam kabut la. Kemas kerusi and pe ke bala sume dan mencari manusia untuk baca doa dan ikrar. Susah beb, tapi seb baik la ade manusia prihatin kat aku dalam sekolah tuh. Arigatou la. Yang bestnyer, aku jadi MC dalam majlis perhimpunan pada hari pertama persekolahan... honestly.. tergagap masih ade. Dan pada hari akhir persekolahan pun, aku jadi MC. Sebab aku nak. Heeee.

Ni ada sedikit kenang-kenangan masa hari terakhir aku kendalikan perhimpunan dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar.


Lawa tak susunan kerusi? Aku sendiri terkejut tengok susunan yang sangat kemas dan teratur ikut warna.


Orang-orang kuat sebalik tabir perhimpunan harian atau mingguan di SMK Bukit Gambir sesi 2009.
(p/s: Sume nih anak sulung. LOLZ! )

Aish... rindunyeee.... tak tahan aku. Aku tengok gambar-gambar lama, cam Hari Sukan sekolah ke... rindu sangat! Nak mengalir air mata pun ada!

Kenang-kenang balik... masa hari sukan sekolah awal tahun dulu~


Diaorg ni tangkap gambar masa aku pergi tolong menyorak kat pasukan sorak rumah sukan aku dulu... Tak ajak aku pun..


Team silat sendeng SMKBG.. Diaorg duet dengan Taekwando.




Team ITF Taekwando SMKBG... yang black belt tuh, kawan aku... Terer tak?
SMKBG dah ade ramai Black Belt.. dalam 5 orang. Kira, ramai gak tuh.



Yang kat tengah tuh adalah maskot rumah sukan Tun Razak, boybird.. Kreatif la diaorg. Taon lepas,
rumah sukan aku buat maskot Spongebob Squarepants.. hee. berkaler kuning~~


Sebahagian daripada pasukan rumah Tun Perak, diaorg ni Jr. yang betul cute lah!!
Aku mesra dengan diaorg, diaorg pun mesra dengan aku.. eeeee.. bestnyee


Tapi walaupapepun, Tun Perak tetap juara walaupun kami kalah. Tapi aku tak kisah,
asalkan aku dapat simpan memori yang pasukan sorak TP bertekak dengan pasukan sorak
rumah-rumah sukan yang lain (aku pun turut join skali la. Seronok dapat mejerit sampai sakit tekak nih). Heee

Aku sudahi entri panjang ni dengan satu lagi gambar....




Nota kaki: Edisi kedua entri "Secangkir Memori" akan menyusul.

Sabtu, Disember 26, 2009

Tadaima!

Tadaima!

Sseorang patut mengatakan "Okairinasai" kepada aku.... hurm...

Aduh.... rindunya pada internet. Rindunya pada blog...
Padahal tiada apa-apa perubahan pun~

Oh bestnya cuti!
Dapat la den tengok Bleach episod 1-4 dan Tears To Tiara epsiode 2-7, hehe...
Den dapat tengok gak  Twilight Saga: New Moon di panggung sebagai simbol den memulakan cuti den yang penuh indah ini...
(p/s: Lanz... kite seri sekarang dalam bab Twilight, kalo tak, ko je yg dpt tengok New Moon tuh)
Den gak beli tiga novel. Den dah mula kumpul novel nih..


Parameter Aquila (Nuriazam Ismail)




Titian Nabi (Muhammad Masykur A.R. Said)




dan paling den tak tahan...
den katakan buku inilah... satu-satunye buku "cinta pandang pertama" den...


Hatiku Di Harajuku (Ramlee Awang Murshid)

 






Hoho... den suko benor dengan buku-buku yang den jumpa nih...
Den cam dengo ade orang telan air liur... hurm...


Den pegi jugak kenduri sedare den kahwin kat Sungai Petani. Tu lah kawasan paling utara di Malaysia (dan dalam seumur hidup den) pernah sampai... 


Nota kaki: "Tadaima" bermaksud aku sudah pulang dalam bahasa jepun dan menjadi kebiasaan bagi sesorang yang mendengar ucapan tersebut untuk menyahutnya dengan "Okairinasai" yang bermaksud.. selamat pulang.. Kalo den salah, betulkan.

Jumaat, Disember 11, 2009

Tragedi 10 Disember 2009.

Hari 10 Disember ini lah, aku, seorang pelajar yang mengambil subjek Tasawur Islam di SMK Bukit Gambir, aku merdeka dari belenggu perperiksaan.

Aku sangkakan hari ini, aku nak enjoy sehabis yang mungkin, tetapi.... satu pekara yang tak disangka berlaku.

Masa tu aku baru habis seronok bermain mesej dengan kawan aku (dalam kul 12.30tgh smlm), pas tu aku terima mesej masuk lagi. Dari orang yang sama.

Salam...wei... aku dapat news tadi yang ckgu roslan kaunselor kte meninggal...xesiden motor kat muadzam.

Aku terkedu. Betul! Aku rasa tak sangka sangat. BIAR BETUL?? Cikgu Roslan bin Paimin, kaunselor sekolah.... cam tak nampak je petanda ajal dia dah nak sampai.... memanglah tak nampak... T_T. Aku teringat kata-kata terakhirnya masa Majlis Izin Ilmu tingkatan 5.
Dia bagi nasihat. Aku tumpukan perhatian 50-50 je... Rupa-rupanya... itulah kata-kata terakhir dari dia...  Baca entri ini untuk ketahui keterangan lanjut mengenai betapa salutenya aku pada cikgu Roslan.

Hari ini, 11 Disember 2009, kawan aku setat cterkan balik kejadian yang berlaku. Ayah kawan aku ni dan adik dia, ada kat tempat kejadian.  Mereka adalah diantara 7 penunggang motorsikal yang terselamat.

Yang cedera parah, Ustaz Hamzah bin Sa'aamah. Cikgu Bahasa Arab aku masa aku tingkatan 2. Tapi, walaupun dia bekas cikgu aku,
kami masih lagi rapat sebagai guru dan murid. Seorang lagi maut semasa dikejarkan ke Hospital Muadzam, En Rosli Bunthing dari Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, Muar. Nama dan tempat tinggal En. Rosli ini sebijik dengan nama dan tempat tinggal cikgu Kimia aku.
Kecoh anatara kengkawan aku, diaorang salah orang. Ingatkan cikgu Rosli, rupanya encik Rosli.

Aku tanya kawan aku, " Weh ko dah pastikan ke belom, cikgu rosli masih idop?" Peh... aku kene sound dengan kawan aku sebab pakai ayat cam tu. Masa ni, kteorang blom lg tahu pasal En. Rosli. Hari ni, pehhhh lega giler aku tengok cikgu Rosli aku masih lagi sihat wal afiat (alhamdulillah)... siap boleh gelak-gelak lagi...  Cikgu gelak part, ada dak ex-student jumpa dia, terkejut tengok cikgu masih hidup lagi... Ekekekeke...

Apa-apa pun... Salam Takziah buat keluarga En Roslan bin Paimin dan juga tak lupa pada keluarga En Rosli bin Bunthing. Semoga Allah swt mengampuni segala dosa-dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang diredhai-Nya. Al-Fatihah buat arwah...



Nota kaki: Mak kata tragedi ni keluar kat surat khabar. Aku check kat internet. Kuar kat Metro. Ini linknya.

Khamis, Disember 10, 2009

Jangan tiru perbuatan ini.

Halou dear readers!

Hari semalam mak ajak pergi sekolah dia. SKS, Muar. Pergi kemas-kemas perpustakaan. Peh, memang cam tongkang pecah! Sebab sekolah mak, bangunan baru nak dibina. Jadi Perpustakaan sekolah pun terlibat sama. Pasal ada internet bukan school net kat bilik akses tu lah aku pergi, walaupun risiko tak dapat tengok Detective Conan episod 224 sangat besar.

TV kat perpustakaan sekolah mak rosak. Mak suruh pergi tengok kat pejabat. Thehehe~ Demi Conan aku nak jugak tengok!
Dengan bantuan mak (aku dan adik-adik aku malu nak cakap nak tengok TV kat kerani tuh), mak mintak tolong kat kerani tuh. Tapi kerani tu kata, TV tu miong sikit. Bukak kul 10 pg, kul 12 tgh baru kuar suara. Huhuhu... mana bole.

Last-last mak mintak kunci bilik Prasekolah. Pasal, kat bilik Prasekolah ade TV!! Horeyy!! Aku dan adik-adik aku berlari-lari anak ke bilik Prasekolah sambil menjerit "Yeyeh... Demi Conan aku sanggup buat ape saje!! Demi Heiji Hattori!! Waaaaahhh!! "
Akhirnya dapat tengok dengan amannya episod kali ini~ Dan sempat gak main-main dengan peralatan dak prasekolah tuh... Huhu, syoknye...


Balik sekolah mak, kiteorang pergi beli makanan kat sebelah Stesen Pam Minyak Petronas. Mak pergi beli lauk sebab dah tak sempat nak masak dan aku pulak pergi beli novel grafik sebab dah lama aku tak membaca novel grafik yang terbaru nih. 

Judul novel grafiknya adalah "Bayangkan Terbang" atau dalam bahasa asalnya ( Bahasa Cina) "Imagine Flying". Mengisahkan seorang pereka barangan kemas yang seringkali terdengar alunan piano yang indah dari apartmen sebelah apartmennya. Alunan piano itu memberikan inspirasi buatnya untuk melahirkan idea-idea yang indah dalam rekaannya.

Pertemuannya dengan pemain piano, mengubah hidup mereka sama sekali.

Gambar sebelah ini adalah versi Prolog atau Permulaan.





 "Bayangkan Terbang" adalah sebuah novel grafik yang menyentuh aspek impian manusia dalam mengejar mipinya, kegigihan, keindahan dunia piano, persahabatan serta nilai-nilai kekeluargaan.


Apa yang menarik aku untuk membacanya, unsur muzik piano yang menjadi latar kepada cerita ini.
Surprisingly, pada penghujung cerita ini, aku menangis. Heheheh, aku jarang menangis masa membaca novel grafik nih...



Gambar di sebelah  ini menunjukkan versi Epilog atau Pengakhiran.



Hari ini aku merdeka. Tetapi aku menangis. Permata SMK Bukit Gambir telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Encik Roslan bin Paimin, Kaunselor sekolah yang telah banyak berusaha dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dalam dan luar sekolah berjalan dengan lancarnya... Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya di Muadzam, Kuantan.

Secara jujurnya, banyak-banyak kaunselor kat sekolah tu.... Kat Cikgu Roslan ni je lah yang aku tak kepala batu sikit. Aku salute cikgu nih.  Kat cikgu Kaunselor yang lain, aku kekadang ada gak memprotes dalam hati.. tapi kat dia nih, aku salute la...
Al-Fatihah buat arwah Cikgu Roslan bin Paimin.

P/s: Jangan melewatkan study. Jangan buat sekolah orang cam sekolah kamu sendiri. Jangan membaca novel grafik padahal esoknya aku ada exam SPM. Jangan membengkeng Kaunslor sekolah... dan JANGAN tiru perbuatan buruk yang terselindung dalam entri ini!!

Selasa, Disember 08, 2009

Shh... diam tau!

Peh, aku rase dah 1/4 roh aku melayang. Soalan Kimia susah giler. Kertas 1 memang susah....
Dibalas pula dengan kertas 2, ohh.... kertas 2 okey-okey saja~
 TAPI! Kertas 3..... roh dah kuar la.... Tajuk yang aku tak master tup-tup kuar! ELECTROLYSIS!!! Noooooooo!!!

(ehem. aku hanya nak memperkasakan penggunaan metafora aku neh.. *tunjuk ayat kat atas*)

Aku online kat Facebook tadi. Ada Application Invitation dari kawan. Application tu mengenai Rahsia Nama Anda...
dan resultnya cenggini...

S : Anda seorang yang berpengetahuan.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
S : Anda seorang yang berpengetahuan.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
B : Anda sentiasa berwaspada apabila mengenali kenalan baru.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.


Anda seorang yang berpengetahuan.Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.Anda sentiasa berwaspada apabila mengenali kenalan baru.Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.

LOL!! Huruf "L" tu ade tiga. Means, tiga kali ganda la sifat aku pada huruf "L" tuh.. haahahahaha!! Huruf "S" ade dua.  Means..... erm... tak mau angkat bakul lah! Hehehe... (",)v

Tapi ape yang tulis kat situ sumernye betol-betol belaka! Itu la sifat aku yang sebenarnya kalo nak tahu.


Nota kaki: Alar.... terbongkar rahsia nama aku...

Isnin, Disember 07, 2009

Dah 5 hari tak membebel.

*sniff sniff*
Tangan aku ni berbau ikan keropok lekor yang blom goreng. Baru pas tolong mak potong keropok lekor. Ekekeke. Sounds sekeleh punya budak perempuan ne? Aku dah cuci tangan la.. Sabun yang bau wangi lagi tuh. Dun worry.

Biar la.

Argh! ( <<-- Bunyi apa ini?? )
Semalam best gilerrr... Aku dapat tnegok Detective Conan episode 219 kat YouTube. Peh, baru puas ati aku yang tak puas tengok episod selama 2 jam tuh, pasal Kid Kaitou!! Kyaaaaaaaaaaaaaa!!! *fuh, kegilaan terhadap Kid Kaitou mulai menyerang kembali*...  Kat TV3 ada siarkan minggu lepas, tapi aku tak dapat tengok


Ari tu pekse Fizik memang best! Best ape? Whoa... tahap kesukarannya memang bessssssssstttt sangat (lol... perli nih. ). Paper 3 yang buatkan aku jadi sebel (menyesal dan sedih) giler-giler.  Experimen yang disuruh buat adalah mengenai spring dan electromagnet pakai konsep Lenz Law...  Aku mule-mule tengok dua-dua eksperimen ni cam susah jew.

Tapi, biler selak balik,,, boleh la nak jawab. Aku jawab soalan pasal spring. Tapi ada satu step penting aku lupe nak letak!! Bler tanye cikgu balik, aku rase ragu-ragu, btol ke konsep eksperimen aku buat tadi. Ni tak lagi menyesal. Yang aku sebel sangat, apasal la aku tak buat pasal electromagnet ??!?!?!?! Senang tahap gaban la bole dikatakan... hish... pasai apa la aku anti sangat dengan soalan-soalan berkaitan dengan elektrik nih?? 


Tergerak hati nak buat dua-dua eksperimen, tapi aku tak nak buat. Tu pasal aku jadi sebel. Huhuhuhu... apa bole buat... Huh,,,


Esok (8 Disember 2009) kertas Kimia. Bagi pelajar yang mengambil aliran sains 10 subjek (tak termasuk Tasawur) mereka dah bole merdeka lah esok~~~ Maka yang aku nih, yang ambil Tasawur sebagai subjek kesebelas aku, tarikh merdeka aku ganjak dua hari.. Huhuhu... 10 hb. Aku blom bace ape-ape lagi Tasawur neh. Memang cari pasal betol. Esoknye, 11hb pulangkan buku teks..
 Ayah kate nak balik kampung 11hb gak. NOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!    Tak mau balik awal-awal!! Nak main internet lama-lama... Kat Kampung ada Astro yang xde pakej movie je... (penangan anak yang dah setat mengada-ngada. =D ) . Mak kate ganjakkan satu hari. Laa... satu hari je? Balik la pada hari yang xde Detective Conan kat TV3  ...  Hui, takkan nak bagi alasan cam ni? Mampus kene tembak dengan machine gun (bebelan) parents...

Ape-ape pun tahun kesengsaraan aku berakhir tahun nih!! Yeyeyeh.... Meh kite same-same  gelakkan calon-calon SPM 2010. Hahahaha....!!! Rasakan la penangan yang penuh azab sungguh memedihkan jiwa dan raga. Jangan ingat nak enjoy je. Tahun depan memang tahun honeymoon korang yang ter-best dalam sejarah hidop korang ne? Honeymoon dengan kertas-kertas kerje, buku-buku rujukan, sumber-sumber ilmiah dan kelas-kelas tambahan (ah, genap 4 bini... ). 

Anyway cuti mak kata nak pergi melancong ke utara. Penang dan Langkawi. Peh bestnyeee..... Rombongan kelas ke KL, 17 hb Disember, aku tak pergi coz dah nak dekat dengan kenduri kahwin akak sedare kat Kedah, 19 hb Disember.  Pastu dibalas dengan pergi Penang dan Langkawi. Ya Allah, jadikanlah kata-kata ini kepada suatu realiti!!
Balik dalam sebelum Krismas atau selepas Krismas. Kampung aku jauh beb, Perak di nun utara Perak (ha??). Layak lah aku balik kampung. Raya haji tak balik. Raya puasa pun tak balik. Gara-gara aku nak pekse la. Rindu kat Opah!

Perancangan pas SPM, aku nak amik lesen memandu atau Driving Liecense dan menaik taraf skill memasak aku nih (dan tak lupa pada projek membesarkan perut aka makan). Cewah... Aku pun nak jadi blogger aktif dan cuba sedaya upaya untuk mencantikkan blog aku yang comot ni kepada lebih comel. Heee.. Kalo bole nak make money online gak dan bukak blog hanya ada karya-karya aku jew. Dari lukisan ke cerpen ringan.

Okey lah. Aku rasa dah panjang sangat entri neh, aku pun nak sambung study pasal tajuk Salt, Form 4.
K. Wassalam. Daa~~~



Isnin, November 30, 2009

2 hari kegembiraan.

Huhu!
Assalamualaikum~
Salam Aidiladha buat Lanz dan juga kepada sesapa yg membaca blog ini~~~

Dua hari kegembiraan?
Ya. Hari Semalam (29.11.2009) dan hari ini (30.11.2009).

Semalam. Pagi.
Dapat tengok Barbie and Three Musketeers hee. Cam budak-budak kan?
Tapi apa nak buat... aku suka tengok citer Barbie.
Ehem. Citer aja de~
Abes Barbie, citer Conan pulak menyusul. Hoohohohho~~ Aku memang minat gler kat cter ni.
Lagi-lagi episod semalam ni pasal Kid Kaitou dan Shinichi Kudo!
kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~ Gandingan mantap yang membuatkan aku naik errr... sedikit ke-gedik-an...
Ehem...sikit je.. Pantang la jumpe watak yang aku minat.
Aku minat gler kat Kid Kaitou neh... dan semalam dapat reveal muka sebenar Kid Kaitou!! KYAAAAAAA!!!
(~.~) padahal aku dah tahu dah pun pasal muka sebenar Kid ni... hee
Malam. Di saluran 411 ASTRO, HBO.Ada Kung Fu Panda.
Aku tahu cter ni betol-betol genap usia setaon pada bulan neh.. Walauapapun~
Aku seronok dan terhibur pada tahap maximas masa aku tengok kartun ni dengan famili aku. ( ^_^)v
Animasi dia memang sejuta bintang la aku kasi. Gaya Kung Fu yang dipakai memang mampu menghidupkan kembali
semangat "kepahlawanan" yang dah lama terkubur (dalam setaon) dalam sanubari aku neh... hehe.
Aku memang minat citer-citer aksi neh,,,,

Hari ini. Pagi.
Hari ni pekse SPM Biology. Ulasan? Hmm....
Ape yang aku rase "suam-suam" nak bace dan bacanya dengan skali imbas... tup tup memang kuar. Hehhe.
Sepanjang pekse SPM ni, itulah yang sentiase berlaku mase aku nak ulangkaji.
Yang "suam-suam" tu la yang kuar. Hooo... alhamdulillah bace... walaupun skali imbas.
Alhamdulillah juga, Allah wt kurniakan memori yang agak kuat kat kepale aku nih.
Seronoknya dan tak lupa juga alhamdulillah skali lagi yang aku dapat menjawab Biology dengan "SYOKNYA".
Aku enjoy la paper Bio ni... (T_T)
Kawan-kawan aku kata, "Wah... tengok Bell. Berkobar-kobar nak pekse"  ataupun...
" Tengok Bell.  Cool je.  Mesti dah banyak baca ni."
Haiz...... =.=" mane ade. Honestly, aku bace khas untuk aku score kat bahagian B kat Paper 2 je...
Paper 3 aku baru nak bukak buku dalam 40 minit sebelum pekse.
Untuk paper 1, lagi la.... tak bace langsung.

Cuma... cuma...

Badan aku semanjak dua menjak ni jadi laen macam lak.
Aku dah tak boleh nak makan kenyang-kenyang cam dulu.
Pagi tadipun badan aku semacam je. Rase mual la. Mungkin sebab perut aku kosong kot?
Atau aku banyak makam malam tadi? Atau sebab aku tak leh baca buku byk sgt?
Tapi...Alhamdulillah.. tak jadi yang buruk. Taw2 la. Mim wau nun ta ha.

OK la. Nak tutup entri ni dengan~~~ Gambar Kid Kaitou!!!



*melts*

Rabu, November 25, 2009

Tiub U?

*Kira pakai jari*
Sekarang ni dah 7 subjek lepas...

Komen tentang SPM 2009?

=.=   no komen la. Susah pun cam tu. Senang pun cam tu gak.
Azab tu tetap azab.
Cume dpat berharap, berdoa dan pasrah..... semoge penanda kertas pekse aku ni.... lembut hatinya nak beri markah kat aku~ Hee...

Lupakan pasal SPM sat.
Aku nak tengok musik video Yui - LIFE sebenarnya, tapi aku taip lain lak...

Ni lah ape yang aku jumpe.




dah sah sangatlah... aku kenal sapa atok dalang-atok dalang yang membikin klip video ni.
Budak-budak 4 SC 1 2009.... T_T... macam lah aku tak kenal...
Cameraman pun kenaaaaaalllll sangat lah!! Mungkin cameraman tu yang buat klip video ni... heee~~
Akan ku bongkarkan jua misteri ini...
 
ada banyak lagi video yang berkai rapat dengan sekolah aku ni kat Tiub U.
Jenuh nak tengok. Dengan shuffle, event-event sekolah... dan sebagainya~~


p/s: Cikgu Kimia aku ade kata, ramalan SPM Chemistry ade kuar Tiub U. Pasal Redox reaction. Harharhar.

Isnin, November 16, 2009

It's going to be dawn sooner.

Hari ni, hari Isnin. Permulaan bagi minggu terakhir aku kat sekolah aku yang tercinta, di atas bumi Bukit Gambir yang makmur~
Hypothesis: Permulaan minggu yang sangat baik.

Hari ni gak hari last aku berada dalam posisi sebagai Pengacara Rasmi sekolah ( itulah ape yang kawan-kawan aku beri gelaran kat aku. anyway aku hepi. hehe =D ). Lawa giler susunan kerusi-kerusi kat atas pentas pagi tadi. Teratur, ikut warna dan cantik! Bukan nak angkat bakul (walaupun sedang mengangkat bakul) tetapi, sungguh lawa. Weh, sempat gak amik gambar. Hahahahahaha! Masa itu emas. Masa itu emas~

I said to my junior, Chinese boy (very intelligent fella) , "Today's chair arrangements is very neat and yet so nice"
Hee, speaking English lorh!!

Thanks to those who involved for today's events. Thanks for helping me very much. I shall never forget your good deeds.
Well, I shoulld mention their name here as they sould be appriciated.

1. Lim Kai Xiang. 15. One of my mate called him "Kai" only. Lim stands for his father's family name ( I just knew it today). But I called him "Kai Xiang". Well that's sounds formal. NVM.  Teachers really proud of him and he is the school's precious pearl (metaphor kay? ;) ). He has been helping me sooooooo much from the beginning of this year. I suppose to say thanks to him. Hee. Forgot la. Anyway, biggest thanks goes to him. Good luck in your upper form days dear!


2. Shamsuddin Bin Baharuddin, 16 or Sudin. Sudin kinda joyful partner. He always came suddenly in the PA Room. Geez. But well, he did helped me much. Yet kinda annoys me. But anyway and anyhow.... I don't really close to him la. Kuikuikui.


3. Yuza Shamira, 18 or Kak Yuza. She is my lovely senior. Joyful, cheerful, caring, helpful and so free-minded. I always like her. Good luck to you Kak Yuza in your STPM, this year. Take care of your health. You're always suffering from flu. Hhuhu..


4. Farizol Bin K Affendi, 16. People called him Pejol. But, I dunno... I can't call him Pejol. Why la? Haaaa..... this person contributes biggest deeds in smoothen school's events. Teachers like him, epecially my Tasawur Islam teacher. He is entertaining. I dare to say, amongst all Form Four students, he is the most hardworking prefect in the school ( exclude on his prefect duty. hee. back-up-ing. ). Yeah. He is the busiest person in the school. Teachers always search him for help . But, I hope he can cope more with his studies. He always helped me. Really. He is relliable. I can send anymore gratitude for what he had helped me through out the year. Without him, I can feel the school is missing one of it's wonder... yah. I just can pray and hope that in SPM ( next year ), he can do very very excellently. Good luck, mate.

Dah dah. Kini aku teruskan dengan berbasa-basi dengan BM lak.

Dua hari yang lepas, petang. Sedang aku tengah syok mimpi indah, heee, adik bongsu aku tiba-tiba kejutkan aku.
"Kakak.. kakak... ada surat untuk kakak..."
Dalam mamai, aku tengok surat tu. Bukan surat la dik. Hanya sekeping kad keras warna putih yang dicop dengan cop biru cair. Besar. Tertulis....

" Diterima"

Alhamdulillah~~~~~~~~~~~~~~~~~
Surat permohonan Matrikulasi aku dah selamat sampai kat Kementerian dan tgh diproses. Fuhhh. Syukur. Syukur.

Hari satu berita mengejutkan datang.

Kawan aku bertanya kepada Cikgu Kaunselor aku ni tentang nombor pin untuk isi borang masuk ke IPTA secara online. Program asasi lorh! Budak pandai je yang dapat. Tapi, aku nak mohon gak!!

Kawan aku bawak balik berita yang menggemparkan. Budak-budak ni kecoh-kecoh. Maka aku pun bertanya~

Penulis : Korang tengah citer pasal nombor pin yang kite beli kat cikgu ari tu kan?
Sahabat: Ha'ah.  Cikgu kata tak dapat lagi....
Penulis : Ha??? Biar betul ?? Kan tarikh tutup .... (aku nak cakap, dah nak dekat. Means, blom tutup lagi )
Sahabat : Tarikh tutup SEMALAM.

Pergh. Terkilan aku mendengarnya. Stunned. Terkejut. Terkejut. Stunned. Terkilan.
Cikgu~~~~~~~~~~~~~~ Hal ni melibatkan masa depan kami!! Kalau ada tempat lagi bagus dari Matrkis, dah tentu kami nak masuk!!
Punah harapan aku nak masuk IPTA..... aku sedih gak. Bengang gak. Sebab cikgu buat keje last minute. Cam cter borang matriks dulu. Cam ni la terjadi kat borang permohonan IPTA.... bengang memang bengang.

Tapi, pagi tadi dah bersalam-salaman dengan cikgu ni, (majlis izin ilmu).... kurang ajar la aku kalau aku nak marah kat cikgu.
Akhirnya aku terima je la nasib ni. Tetapi, harapan aku nak memohon borang ni belum lagi putus. Selagi cikgu tak pulangkan duit aku yang nak beli nombor pin tu, selagi tu aku akan terus berharap untuk memohon borang ke IPTA.


p/s: Aku menangis giler-giler masa bersalam-salaman dengan cikgu. Heeee. Masa bersalam dengan kengkawan, tak menitis pun air mata...

Isnin, November 09, 2009

116 jam sebelum SPM...

Peluang akan datang sekiranya kita betul-betul mahukan peluang itu sebagai batu loncatan untuk ke perkara yang dikejar.

Kata-kata yang taklah begitu berhikmat sangat ini, telah muncul dalam kotak fikiran diri ini sewaktu mengayuh basikal pulang dari sekolah.
Fikiran diri ini sebenarnya pada waktu itu sedang memikirkan tentang persediaan terhadap SPM.(Kata hikmah tersebut adalah hak cipta terpelihara. =D )

Hmm, minggu depan ialah minggu permulaan bagi sesuatu yang bakal menjadi sejarah keramat dalam diri setiap pelajar yang bergelar calon SPM (khususnya pada tahun 2009). Sama ada sudah bersedia, sudah mengingati nota-nota, sudah mengafal segala subjek, ataupun tidak bersedia, tidak menguasai subjek-subjek, tidak memahami subjek-subjek..... anda perlu menghadapi hari ini.

Sediakan payung sebelum hujan, tetapi... alahai malangnya, belum sempat untuk membuka payung, diri sudah dibasahi dengan air hujan namun, sempat juga diri dipayungi daripada terkena air hujan.

Tinggal kira-kira 9 hari lagi.

Jangan panik. Usah khuatir. Walaupun anda terasa diri kurang persediaan, gunakan celahan-celahan masa yang ada untuk memantapkan lagi persediaan anda. Bagi para pelajar yang kurang mantap dalam karangan Bahasa Melayu, anda amatlah digalakkan untuk membeli Majalah Fokus SPM - bacalah rencana-rencana yang dipaparkan, contoh-contoh karangan yang disediakan. Sekiranya di pasaran tiada, ringan-ringankanlah tangan meminjam dari mana-mana sumber.

Sekiranya kurang menguasai karangan Bahasa Inggeris, bacalah novel-novel atau mana-mana cerpen Bahasa Inggeris. Pelajarilah gaya bahasa dan kosa kata (vocabulary) yang digunakan. Masalah grammar pula, saya cadangkan, mantapkan asas grammar misalnya penggunaan tenses. Ia amat membantu.

Mathematics dan Additional Mathematics. Tiada jalan lain buat anda melainkan melakukan latih tubi dengan kerap. Sekiranya anda menghadapi masalah, ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya. Ingat, malu bertanya, sesat jalan.

Physics, Chemistry, Biology. 3 Subjek teras sains ini seringkali menjadi igauan dan kesukaan pelajar.
Seperti saya, saya amat menyukai Chemistry. Tetapi, saya juga menyukai Physics.
Kedua-dua mata pelajaran ini menjadikan saya untuk lebih suka untuk bertanya dan subjek ini memerlukan logik akal fikiran.
Biologi adalah fakta. Fakta yang kita mesti tahu dan faham. Physics dan Chemistry memerlukan kajian.
Untuk memantapkan ilmu yang ada, latihan kertas percubaan dari negeri-negeri yang lain yang
diberikan oleh guru-guru perlu diberikan perhatian.


Saya sedang cuba memujuk diri untuk lebih berusaha walau dalam masa yang sunutk ini untuk memantapkan diri dengan latihan
dan bimbingan dari pelbagai sumber. Apa yang ditulis di sini adalah sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama-sama
calon-calon SPM. Yang indah perlu dikongsi! Harap-harap ianya membantu.

Selamat maju jaya diucapkan buat semua calon SPM 2009. Semoga pada tahun ini, kami akan mendapat reult yang tergempak dari tahun-tahun yang lalu.

=3

Jumaat, November 06, 2009

Sulami rasa, dalami jiwa...

Seseorang pernah menceritakan sesuatu pada diri ini. Mengenai apa?


Soal hati.

Bell, 
Semua manusia dalam hidup ini pernah dilukai, bukan? Aku tahu, kau, aku, kita, juga pernah merasainya bagaimana hati dilukakan oleh seseorang. Yang paling menyakitkan adalah, kita dilukai sendiri oleh orang yang kita terlalu sayang padanya. 


Aku pernah menyukai sesorang pada suatu ketika. Dalam pada masa yang sama, aku mempunyai arah tujuan yang lebih penting dibandingkan dari membelai perasaan sayang itu. Aku tahu yang mana satu yang perlu diutamakan. Aku sudah berkali-kali menafikan perasaan itu. Dalam pada masa aku memendam perasaan, aku sering terluka dengan segala tingkahnya yang bagi aku ianya sesuatu yang kurang menyenangkan. Dia mempunyai teman. Dia yang rapat denganku sebelum ini, tidak memberitahu apa-apa pun tentang ini. Aku kecewa.


Kau tahu bukan betapa pahitnya perkara ini?

Kebanyakkan orang senang-senang saja mengatakan: utamakan dahulu yang mana lebih penting. 
Sekiranya hal berkaitan dengan perasaan, bagaimana harus aku mengikis perasaan seperti ini?
Aku berserah sahaja pada Yang Maha Esa. Biar Dia menentukan hidupku selepas ini. 
Aku juga membiarkan masa berlalu..... bagiku, itulah jalan yang terbaik buat masa itu.


Setelah masa berlalu, 
perasaan tersebut aku mampu mengikisnya dari hati aku dan memakan masa yang agak lama. 


Aku memulakan hidup yang baru. 
Aku bertemu lagi dengan sesorang yang aku rasakan: "Dialah kawan terbaik aku! Dialah sahabat yang memahami dan kami memiliki persamaan yang banyak! " . Bagiku dia seorang yang teristimewa yang pernah aku jumpa. Melaluinya aku mengenali sedikit sebanyak tentang asam garam kehidupan yang aku tak merasainya sama sekali. 
Aku tahu bagaimana cara untuk menghadiahkan seorang sahabat dengan pemberian yang berharga. 
Walaubagaimanapun, tidak selamanya kami akan berkawan. Aku perlu tahu dan faham akan hakikat itu sebelum tiba masanya. Masa pabila dia akan melukakan hati aku...

Aku berserah sekali lagi kepada Ilahi, demi memulihkan diriku dan dirinya. Aku tak mahu perpisahan dengan orang yang aku sayangi lagi. Aku tak mahu melaluinya lagi. Aku tahu, perpisahan sedemikian sangat-sangat melukakan hati. 
Aku membiarkan masa berlalu sekali lagi. Aku hanya mengikut rentak kehidupanku. Rentaknya: Aku dan dia, semakin menjauhi satu sama lain, terlalu jauh untuk dicapai. Terlalu jauh untuk dikejar... walau sepantas kelajuan cahaya, aku tak mampu untuk kembali bersahabat dengannya seperti dahulu.


Demi mengubat hati aku yang terlah luka buat kedua kalinya,
Aku mulai melangkah kepada realiti kehidupan setelah sekian lamanya aku hidup dalam angan-angan. 


Alahai, kehadiran sesorang buat kali ketiganya telah berjaya memulihkan semangat aku yang sudah lama patah sejak insiden mengguris jiwa. 
Kali ini, aku sudah mengenal takdir yang bakal menimpa aku. 
Aku sepatutnya tahu, risiko jenis apakah yang akan menimpa aku, untuk sekali lagi menjadikan seseorang sebagai orang teristimewa buatku. Oleh itu, aku menjadi berani. Berani untuk menghadapi sekali lagi takdir jenis ini.


Seseorang ini bagiku sentiasa menjadi orang yang teristimewa. Dia membantuku. Dia menyokongku. Dia berjaya membuat aku ketawa dan tersenyum. Dialah yang mewarnai hidup aku yang kusam ni. Dialah pemberi semangat padaku. Dialah matahariku.  Walaupun adakalanya dia meninggalkan aku keseorangan, dan aku pernah menangis kerananya, tetapi aku sudah mempunyai paksi: Risiko untuk dilukai, sentiasa hadir pada setiap kali aku menyukai seseorang. 


Aku sudah pahatkan dalam diriku, aku sudah mengisytiharkan kepada kawan-kawan aku,


"Sekiranya dia menyukai seseorang, aku tidak kisah akan hal itu. Kerana, dia berhak untuk menyukai sesiapa. Walaupun aku akan terluka, itulah risikonya. Aku perlu tahu dan faham akan risiko ini."

Dalam masa yang semakin hari semakin suntuk ini, 
aku cuba mewarnai kehidupan aku dengan corakku sendiri. Walaupun warna yang ada padaku hanya hitam dan putih, namun ianya tidak menjadi masalah...

Calar-balar, kesan luka masih lagi berbekas, namun, demi memulihkannya kembali, aku mempunyai caraku tersendiri. 


Allah swt, Yang Maha Pencinta sentiasa memerhatikan aku yang semakin hari semakin menjauhi dari nikmat cinta-Nya. Kini aku mahu sedar dari lenaku yang panjang, cinta yang hakiki, hanya milik Allah swt.  Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang paling agung. Cinta yang paling sempurna. Cinta yang dibalas. Cinta yang indah. Cinta rahmat. Itulah yang perlu dikejar sekarang....



Apa yang perlu aku lakukan untuk memulihkan luka ini adalah, 
Mencari Pemilik cinta tersebut.



Amacam, jiwang tak? Inilah luahan rasa dari seorang hamba Allah swt. =)

Rabu, November 04, 2009

Manisnya pahit.

13 hari lagi. Debaran kian terasa. Sekiranya ditanya, "Bagaimana persiapan anda?" atau "Sudahkah anda bersedia?" ... sememangnya soalan-soalan sebegini mahu dielakkan sama sekali. Tetapi, melarikan diri dari kenyataan bukan satu tindakan yang bijak. Jadi jawapan bagi persoalan tersebut telah disediakan.

" Sekiranya pada hari esok, sebermulanya perjuangan terakhir di alam persekolahan ini, semestinya saya harus, mesti dan perlu untuk  menghadapinya tidak kira samada saya telah bersedia atau tidak."

...
Pernahkah anda merasai kopi yang pahit tetapi terasa manisnya?

Ah! Manisnya pahit.

Teringat pula pada kenangan semasa di alam persekolahan tadika. Keengganan untuk ke sekolah menjadi intipati kehidupan bagi kanak-kanak di usia sebegitu. Kata-kata keramat dari ibu, "Pergi ke sekolah! Jangan malas. Kalau pergi ke sekolah, nanti jadi pandai."
Kebenaranya terbukti. Pahitnya kerana kita telah memasuki alam persekolahan, manisnya menerusi alam persekolahan kita mengenal erti kehidupan.

Kerana manisnya pahit.

Taktala diri melangkah ke alam Darjah 6, pertempuran pertama dalam hidup mulai dikenali. UPSR. Cikgu-cikgu tercinta kerap kali memberikan latih tubi yang berterusan. Tanpa mengira betapa penatnya diri ini kerana diasak ke tahap luar dari kebiasaan.
Pahitnya, diri kerdil yang tidak memiliki kudrat yang utuh sering menerima tekanan dari aspek ayng tidak diduga. Manisnya, penat dibalas dengan kejayaan indah.

Manisnya pahit itu...

Tidak pernah diduga dalam hidup ini, untuk menerima pemergian kawan terbaik dalam hidup. Sewaktu kehadirannya disisi, alahai, mengapa dirinya tidak dihargai? Terasa hidup ini terlalu kosong dan tiada sesiapa yang mampu mengisi ruangnya. Walaupun begitu, pemergiannya telah mengajar diri ini untuk lebih matang dalam merasai salah satu daripada rencah dalam kehidupan ini. Kerana itulah, manisnya pahit.

Walaupun pahit, ia tetap manis.

Pernah juga diri ini menghadapi satu tamparan hebat. Diri ini telah menerima balasan akibat malas belajar sewaktu di awal persekolahan pada peringkat menengah. Turun kelas. Pasrah dan akur dengan takdir, aku membisikan tentang hakikat. Semua ini ada hikmahnya. Semestinya! Dengan iltizam yang baru, menggenggam azam yang marak, aku ingin membuktikan pada guru-guruku bahawa mereka sudah melakukan kesilapan yang besar. Aku telah memurnikan azam tersebut dan hasilnya pada luar jangkaan aku. Aku mendapat tempat ketiga dalam kedudukan seluruh tingkatan semasa peperiksaan akhir tahun. Aku berjaya mengalahkan pelajar kelas pertama. Alhamdulillah!

Manisnya pahit.

Diri ini pernah hampir-hampir beputus asa dalam membuat percaturan terakhir, pada hari terakhir peperiksaan Percubaan SPM. Subjek Biologi. Aku merasa begitu tidak bersemangat untuk mengulangkaji. Aku sudah penat dalam menghadapi peperiksaan yang begitu tertekan dalam seumur hidup aku. Hanya diri yang mampu memujuk diri. Sabarlah. Sabarlah wahai diri. Berkat rahmat dari-Nya menjadikan keputusan aku berada diluar jangkaan ku sendiri. Biologi adalah antara subjek yang susah untuk dijawab semasa Percubaan SPM. Alhamdulillah, Yang Maha Mengasihani memberikan aku kejayaan A1 dalam subjek ini.... bersyukur wahai diri.

Kini, aku perlu merasai semula betapa manisnya pahit itu.
Aku sudah merasai berpuluhan kali kopi yang pahit, dan merasai manisnya kopi pahit.
Bersabarlah wahai diri.

Semakin hari, semakin pendek perjalananku selama 11 tahun ke medan peperangan yang terbesar dalam hidupku. Usaha dahulu dan kini menjadi pengiring. Semangat yang tinggi menjadi sumber tenaga. Ilmu dan kebijaksanaan menjadi senjata. Bersabarlah wahai diri. Mengapa pada saat-saat genting ini, kau mudah berputus asa? Berputus asa terhadap ujian-ujian getir yang ditimpakan padamu?

Kau perlu menjaga hati, daripada runtuhnya iman dan akidah diri. Kau perlu menjaga peribadi, agar kau sentiasa menjadi muslimah soleh yang dihormati. Kau perlu menjaga hubunganmu dengan Pencipta, bonda ayahnda, adinda dan rakan tauladan, agar kau dipermudahkan menerima ilmu. Kau perlu menjaga hati guru-guru yang kian mudah dipatahkan, agar ilmu yang kau pelajari daripadanya diberkati. Kau perlu melaksanakan segala amanah yang diberikan ---tanggungjawab pengawas, latihan yang diberi oleh guru, tanggungjawab anak, agar kau mengelakkan dari sifat pecah amanah.

Mengapa kau perlu berputus asa, wahai diri? Tidakkah kau sedar bahawa semua ini adalah peluang buat mu untuk mencipta kejayaan? Adakah kau belum merasai sepenuhnya betapa manisnya pahit itu?

"Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yange bersabar."

Bersabarlah wahai diri.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Cili padi.

30 Oktober 2009

18 hari lagi nak pekse SPM.

Aku pun tak tahu la, kenape dugaan semakin nak dekat SPM ni, datang dari pelbagai cara.... hanya iman yang utuh boleh mengatasi
masalah seperti ni.

Bengang. Memang bengang.
Aku bengang dengan diri aku, yang kurang semangat untuk study dan masa belajar tak bersungguh-sungguh.

Aku bengang dengan persekitaran aku.
Situasi hidup aku kian tertekan.

Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. 
Itu yang aku dapat rasakan sekarang ni. Bestfriend aku dilukai. Mana taknya aku bengang. Coz bestfriend aku slalu cter masalah ni.
Aku bukan seorang manusia yang mudah naik angin.
Wa respek sama lu la, kalo lu pandai wat aku naik angin
Bukan "hot", bukan geram, bukan menyampah dan bukan marah.
Ni naik angin.

Setakat ni, JERI aku stabil sedikit. Bestfriend aku dah sah-sah, kestabilan E dia kurang dari aku.
Sebagai kawan kene la tolong. Dia dah tolong aku, aku harus tolong dia.
Aku tak berada dalam situasi dia. Tapi, bile aku cuba membayangkan situasi "kawan makan kawan" (sangkaan aku pada masa ni)
kene kat aku, kerusi kat depan aku bole melayang sekurang-kurangnya 0.2 meter.

Mungkin salah seorang daripada kawan aku akan membaca entri ni.
Biarkan. Aku nak korang tahu sesuatu.

Kawan yang senang untuk memaafkan kesalahan teruk yang ko penah lakukan kat dia,
bukan bole jumpe kat tepi jalan la.
Kawan jenis ni, korang sepatutnya lebih hargai dari kejar yang menjadi punca masalah antara ko dengan kawan ko yang pemaaf ni.
Sounds kasar rite? Aku memang kasar pun. Hakikatnya aku sememangnya seorang yang kasar.
Nak terasa hati, suke hati korang la.

Cume aku nak ingatkan je.
Hargai kawan yang ada kat depan mata ko.
Aku baru sedar hakikat ni, hari ni. Hari aku tulis entri ni.
Aku tahu, sapa la aku nak sound orang kan~ aku pun sama jahat cam ni gak.Tapi, sebagai kawan aku ada hak.
Bak kat ayah aku, orang yang pernah buat salah yang sama,
layak menasihati orang yang melakukan kesalahan yang sama.

Dan tolong lah wahai diriku dan dirimu,
jagalah hati orang lain. Jangan sampai terluka.
Senang ke nak sembuh luka kat hati yang sorang pun tak leh nampak??
Bole pakai Salonplas atau mane-mane " plaster murah " ??

Bro, sume orang buat silap. Jangan fikir diri sendiri perfect.
Hari tu aku kene, hari ni kau pulak.
Allah swt tu MAHA ADIL  wat...
setimpal~ apa yang kau buat kene kat kau balik....
jadi, fikir-fikirkan la...

p/s: sape yang makan cili dia yang terase pedasnye. kepada sesiapa yang dah terase hati dgn aku, aku nak kata "mintak maaf".
pastu cube pikir balik, apasal ko terase hati dengan aku. 

p/s/s: ni hakikat sebenarnye diri aku. aku dah tak tahan nak kawal rase bengang ni. aku tulis la kat blog. =)

p/s/s/s: penulis adalah seorang yang sensitif


Isnin, Oktober 26, 2009

Al-Kisah raya lagi...

Sekarang ni 26 Oktober 2009, hurm.... dah lame abes Syawal.... dan sekarang bulan Zulkaedah.

Sekarang ni gak dah penghujung bulan Oktober, means, lagi 17 hari setat dari last day of October, medan peperangan akan dibuka.
Sijil Pelajaran Malaysia.
22 hari lagi, dari hari ni.... pergh... dah dekat sangat!!!

Papepun, aku nak gak upload gambar raye. Aku nak wat kenangan (aka backup) ...

*Drums rolls*

Hiyaahh! Rumah pertama yang berjaya kami serang adalah rumah Pengerusi Konvoi Beraya kali ke-3, aka Sarah. LOLZ.




Seterusnya, rumah Penolong Tingkatan 5 Sains 1 SMKBG, Kaled~~~





Seterusnya rumah... aku lah, Belle the Love-to-Babble MC. Banyak sangat la gambarnye...



Seterusnya rumah Cek Amoi, Aida... 



Kat umah ex-cikgu sejarah



Last one kat umah Guru kelas kteorg yang merangkap guru Fizik kami~~~
Love ya cikgu Zarinah!!




OK la. tu je gambor yg bole aku upload, nak menunggu upload siap punyer la lame...

P/s: Di mana aku di dalam gambar-gambar itu tadi??
P/s/s: Aku tak la se-cun yang disangkakan... LOL!!

Rabu, Oktober 21, 2009

Khas buat ... birthday boy

Hey birthday boy, yang besday dia pada 19 Oktober 1993. (lol, sume nombor ni tambah satu dari takikh lahir aku... ehem ada makne ke? )

Aku dedikasikan entri kali ni sepenuhnya buat kamu...

Hape besday tu yu
Hape besday tu yu
Hape besday tu graffy (lol.. jgn marah)
Hape besday tu yu~~~~~

Semonga panjang umo, sepanjang yang diizinkan, dipermudahkan rezeki, semudah-mudahnya, dikurniakan kebijaksanan, sebijak-bijaknya (err... sori nampak kasar jew bunyinye), semoga selamat pergi berjuang dan semoga selamat balik dengan result yang cemerlang. Amin, semoga Allah swt memberkati segala usaha-usaha kau yang selama ni (lol, semalaman la) untuk mengulangkaji pasal exam akhir tahun ko tu~~~

Aku nak mintak maaf bebanyak sebab aku tak sempat nak sediakan hadiah yang ko mintak hampir sebulan yang lepas. Hehehe.
Nak dengar alasannya ke? Tak? Kalo tak nak dengar pun aku nak kasi tahu gak.

1. Aku dua hari pertama yang lalu, Jumaat dan Sabtu hari tu, aku dedikasikan masa aku untuk berehat dari kehidupan pelajar yang semakin hari semakin memenatkan jiwa dan raga. Aku ingat taw besday ko kay?

2. Dua hari yang lalu, Ahad dan Isnin, barulah aku setat nak siapkan keje rumah yang bersepah-sepah (penuh atas meja, atas katil pun penuh gak), sampai hari ni aku tak dapat nak siapkan. Seb baik, ckgu tak mengamuk. Heee.

3. Aku kekeringan idea la. Aku ada satu idea, tapi aku nak lukis di atas kertas, tak kesampaian. Peralatan melukis aku tak dapat dikesan..

Minta maafff bebanyak..... aku akan try lagi. Kalo boleh siapkan dalam masa terdekat ni, alhamdulillah la. Kalo tak, hehehe, tunggu la lepas SPM nanti ye.

Okay. Aku dari sini doakan kejayaan final year exam ko. Buat yang paling best yang kau tak mampu beri... heee...
Assalamualaikum. Chiao!

p/s: sepanjang cuti deepavali aku tido kat atas carpet bilik, kat bawah katil disebabkan atas katil aku yang bersepah dengan paper yang cikgu bagi. Boleh buat recycle paper-paper tu, untung...

p/s/s: Kalo final exam kali ni ko tak dapat banyak A, siap la... sediakan mata dan kesabaran yang tinggi baca aku leteran aku...

Ahad, Oktober 11, 2009

Awesome yet dreadful week.. kinda?

Owh yeah.  Hari ni hari Ahad. Maka genaplah seminggu aku dah tak meng-update blog ni. Kepada sesiapa yang sudi membaca karutan aku ni, tima kasih :) .

Minggu ni minggu kedua lepas cuti raya. Errrr. Satu lagi minggu yang agak "Awesome" tapi, "terrible"...
Rumusan cerita.

Ahad, 4 Oktober 2009

Hari ni aku beraya lagi. Kali ni cuma 10 orang saja. Kemeriahan memang kureng la berbanding awal2 serang rumah orang dulu tu. Tapiii..... pada hari ni banyak juga perkara yang tak disangka untuk berlaku, berlaku jua...

Mula-mula beraya rumah Cikgu Bio, pastu g rumah timbalan pengawas yang sekelas dgn aku. Pastu pergi rumah ehem ehem (errr.... aku tak menyimpan apa2 perasaan terhadap ehem2 ni. Namanya tidak bole ditulis disini... :D ). Kat rumah ehem ehem ni lah, aku kene sakat teruk dengan kengkawan. Mak mertua lah, apa2 lah... Pastu g rumah ehem ehem kawan aku, maknya merupakan cikgu, dan ehem ehem tu kawan aku masa sekolah rendah. Pastu g rumah Guru Penasihat Badan Pengawas, merupakan ex Cikgu BI aku masa Tingkatan 1 dulu. Anaknya merupakan manusia yang bg aku, paling kerek skali kat dalam dunia ni. Kerek setebal semua buku teks aku. Tapi, anak dia syok kat kawan aku.

Pastu, g solat kat rumah kawan di Parit Rabu, dia ni cameraman kteorg sepangjang serangan raya ni. Destinasi terakhir adalah rumah ex Cikgu Sejarah aku, masa Tingkatan 3. Aduss,, hujan. Sementara menunggu hujan kteorg buat sesi mengumpat. Hehehe... mane ade... Sesi membongkarkan rahsia. Rahsia pasal apa? Alah... beselah. Rahsia yang budak perempuan suka sangat nak simpan dan sebolehnya orang lain xyah tahu.... Aku pun membongkarkan rahsia aku.... dengan gembiranya. Cewah. Diaorang yang pakse aku .... XD

Isnin, 5 Oktober 2009.

Aku tak berapa ingat apa yang best masa hari Isnin ni. Perhimpunan ada cm bese. Ah, borang matriks dapat hari ni. Alhamdulillah sampai juga ke tangan ini. Mulalah, pemburuan sijil-sijil giat dijalankan. Ada kelas Bio petang tuh. Balik rumah,,,, lepak. Setat dari masa nak masuk Isyak sampai kul 1 pagi, Hah. Amek ko. Aku letih gler.


Selasa, 6 Oktober 2009

Sijil-sijil sudah dapat, amik yang penting aja~ petang pergi photostat. Beli setem kat pejabat pos (p/s: Aku rasa second time aku beli setem... :D ). Balik umah sudah terlepak. Alhamdulillah petang tu xde kelas. Abes aku. Kepala pening untuk memikirkan pilihan kolej matriks. HUhuhu... Aku pilih Johor, Pahang n Perak.

Cerita sekolah? Hurm.... yang best2 adalah rahsia. Hehehe....


Rabu, 7 Oktober 2009

Siap isi borang, hantar hari ni. Bila aku ckp kat mak ttg kolej pilihan aku, mak mengamuk sebab amik kolej kat Pahang. Ayah pun sama. Peh, aku memang tahan air mata masa tu. Kata-kata parents aku memang pedas bak wasabi. Alih2 ayah suwoh tuko alamat sedare aku kat Ipoh dan letak pilihan kolej sume kat utara. Parents tak tahu, kolej terbaik sume kat selatan.

Aku g sekolah sambil menangis atas basikal. Kenelah juga tuko alamat. Kalo setakat tuko pilihan ok lagi la.... Peh.... sabo wahai diri. Aku tak tahan. Last-last aku menangis gile2 kat dalam bilik Ketua Bidang (nak dapatkan cop pengesahan kat sijil2 meh...). Drama sedih pun berlangsung depan budak2 yang masuk dalam bilik tu. Aku pun sengal gak. Pesal bole menagis dalam bilik Ketua Bidang. Dah lah masa tu penuh dengan budak laki2 lak tu.

Aku tak tuko alamat pun. Degil? Ayah aku kata aku ni dah jadi degil. Aku pun rasa begitu.



Khamis, 8 Oktober 2009.

Settle hal borang matriks. Tenang hidupku....

Selepas aku bongkarkan rahsia aku masa sesi membongkarkan rahsia tu, banyak perkara yang aku xsangka akan berlaku, berlaku jua. Ayat ni kuar dari mulut budak LELAKI tingkatan empat yang berada di atas kelas aku (masa ni diaorang lepak kat birai, masa tu gak aku keluar T_T, nak g makamal komputer kayh?)

"Nak cari F, eh? "

Pastu, dia betul-betul panggil nama budak F ni. Aku lak menjerit dari bawah

" WEH! TAK PAYAH LAA... JANGAANNNN!!! "

Pastu aku lari masuk ke dalam, kat koridor. Kengkawan aku pun serbu aku. Muka diaorang cuak gler. Satu persolan yang bermain kat dalam fikiran aku, dan dalam fikiran kawan2 aku. " camne diaorang boleh tahu?"

sampai sekarang aku tak tahu. Pergh, cam siut pun ada. Buat muka aku jadi merah pun ada. Kawan aku pesan, jangan berikan reaksi tu... nanti lagi jelas la diaorg tahu... Pastu ada sorang lagi kawan aku kata, " Bell nampak relax je, kita yang kawan-kawan dia jadi cuak"

Sabo wahai diri~


Jumaat. 9 Oktober 2009

OK. Kesinambungan cerita yang tak terjangka itu berlaku jua pada hari ni.

Mula-mula masa nak bertolak ke surau yang tak sampai 1 marhalah (dekat la tu. tapi kteorg tetap lambat ), aku dok kat bawah birai tingkat dua. Kali ni budak lelaki lain lak. Ada sorang dua yang aku kenal. Pas bertanya ringkas pada dia ttg seperkara, aku menoleh ke tempat yang lain.... entah la aku tak perasan apa yang berlaku. Alih-alih aku dongak atas. Dah ada budak lelaki sengih-sengih. Hish!
Kawan aku pun sengih gak? Pesal??

Sambil berjalan ke surau, dia beritahu " Tadi ko tak perasan ke? Si, S dan kengkawan dia ada panggil seseorang dan tunjuk ke bawah, ke arah kita tadi. Pastu wei, aku nampak F keluar tengok ke bawah cari sesuatu. Pastu dia blah. "

Aku dah cam.... T_T  campur  0_0. Bukti cerita dikukuhkan dengan adanya saksi kedua menceritakan perkara yang sama kat aku.

Rehat,

Kawan aku mintak aku temankan dia ke tingkat atas, sbb nak jumpa dengan budak F. Mula-mula tak nak. Tapi, aku teman je lah. Kat tangga je. Budak perempuan dari kelas si F, sapa aku,

"Hai Kak Bell. Cari F ke?"

Aku aplikasikan nasihat kawan aku, maka dengan buat muka selamba-menyampah aku "Buat apa cari F? "
Mereka pun kecewa. YESS! "Alah, nak mengacau sedikit pun tak boleh." Ho yeah....

Pastu tiada cerita menarik...

Aku kene denda berdiri kat belakang sebab aku tak bawak kertas 3 Trial Physic... heheh... den lupa la. Keje dah siap. Lupa dowh!

Kayh . Aku nak pergi sambung blaja. SPM dah tinggal 39 hari lagi nih. Dah lah sistem pengredan dah tuko. Menyusahkan pun ada.... nak dapatkan A+ bukannyer senang..... T_T .

Sabo wahai diri~

Ahad, Oktober 04, 2009

Dikala langit mendung...

Sabtu 3 Oktober 2009, 15 Syawal 1430H.

"Tutup cermin pintu tu!!! Asap dari kereta masuk dalam rumah karang!!"

Ayahku melaung dari dalam rumah taktala aku hendak keluar. Dalam hatiku berdetik, "Ayah ni cm PMS je... Asyik marah-marah sahaja kebelakangan ni"

Emak aku menghantar aku pergi ke sekolah pagi ni. Aku ada kelas tambahan Kimia dan Add Math. Sesampai di sekolah, aku lihat takde sorang pun pelajar kat dalam tu (ada sorang je... :P). Ok. Aku masuk je... kemudian duduk kat kantin. Tunggu kengkawan lain datang. Bese aku naik besikal, hari ni ada program beraya kat umah guru kelas kteorg so, aku naik mak aku (p/s: aku xbwk helmet).

Kawan aku, Assyilla sampai. Aku memulakan bicara dulu.

"Eh, Lala, Eqa tak ikut ke? "

(p/s/s: Eqa tumpang Syila kalo pergi beraya ni. Tapi Syila naik kete. Eqa ni classmate aku gak. )

"Laa... Eqa tak ikut. Ayah dia mausk ICU, ayah dia kemalangan mlm tadi. Accident kat Yong Peng. "

Pergh. Aku tak tahu nak bagi respons ape. Terkejut GLER. Aku tak tahu ape2 pun. Tapi pape pun aku ok lagi la. ICU tu takat hidup lagi, dan ada harapan ok cam biasa, walaupun wad ICU tu untuk keadaan yang kritikal. Aku tahu, ayah Eqa, masih bernafas lagi.

Lama-lama kengkawan lain pun sampai. Mulalah ceritera pasal ayah Eqa masuk ICU. Aku dari jauh dah nampak kawan aku, Zatey tgh bercakap dgn Amir,(erm, boy classmate yang ada scandal dgn Eqa. Aku slalu gak dulu2 kaco diaorg ni hehehe). Aku pergi kat Zatey. Inform yang ayah Eqa masuk ICU

"Ayah Eqa dah tak masuk ICU lagi lah" itulah yang dia balas,

Ha? Betol ke?

Pastu dia dan aku pergi ke kelompok kengkawan aku.

"Weh aku ada satu berita buruk buat korang. "
Sume senyap masa tu.
" Weh, Ayah Eqa dah meninggal. Pagi tadi aku dengar beduk Kampung Sungai Jaya (kat depan umah dia je masjid kampung ni), dalam kul 5pg dah bunyi."

Honestly sume tak percaya dgn berita tu. Stunned. Tak sangkalah! Kteorg aru dapat berita ayah Eqa masuk ICU tadi. Dan tadi jugak kiteorang dapat tahu ayah Eqa dah takde. Apalagi, ada yang dah mengalir air mata. Aku ok lagi (control ayu -cool- la :P). Bestfren Eqa lagilah dah sebak dah. Kelas dah nak mula. Aku temankan la kejap bestfren Eqa yang merangkap bestfren aku gak. Bile dia citer nape dia sedih+simpati ya amat, baru lagi terasa nak menangis. Kenapa? ..... Tunggu sampai penghujung entri ni.

Ckgu2 pun turut bersimpati atas kehilangan bapa pelajar kesayangannya jugak. Sampai pengetua masuk kelas Add Math (dalam kul 12 tgh hari lebih kot). Pas abis kelas, kteorg pergi beraya umah guru kelas kteorg yang mengajar kami subjek Fizik. Cadangan kami nak pergi ke rumah Eqa dalam kul 3ptg lebih, coz jenazah arwah Ayah Eqa tiba pada masa tu. So, kteorg pergi beraya rumah cikgu dulu. (LOL, bole pulak fikir pasal raya).

Kteorg dok melepak kejap (kejap ke? setat dari kul 1 lebih sampai kul 3), sembahyang, dan makan. Pas makan kteorg wat kecoh dalam umah cikgu, maklumlah sume 13 orang perempuan yang buat riuh mengambil gambar dan tolong sedikit sebanyak cikgu hidangkan makanan kat peljar2 yang bakal berkunjung kat umah cikgu tu... (xde la, hujan masa tu, camne nak kuar. *ceh alasan* :P).

Sebelum sempat kami meng-"chow"-kan diri, sesi bergambar memang tak boleh nak miss. Kteorg terus menuju ke rumah Eqa. On the way, da pulak kemalangan ringan berlaku kat kawan rumah aku, taman perumahan. Kereta langgar motor. Budak naik motor, budak tu pun cam kenalan kawan aku gak dan seorang warga 40-an bangsa Cina. Aku perasan gak, orang Cina tu dok dalam kereta dia. Budak yang kene langgar kat luar. Kteorang lalu je kat kawasan tu. Tapi ada kawan aku yang kat row paling last, diarog pergi tolong. Aish.... baiknya...

Parking motor kat depan rumah Assyilla yang berhadapan dengan rumah Eqa kat Kampung Sungai Jaya, kteorg tunggu kwn2 yang lain yg blom sampai. Diaorg lambat. Jalan dulu je lah. Sampai kat umah Eqa, suasana memang sayu. Tambahan ada efek langit mendung setat dari pagi tadi. Pergh.... tinggal masa air mata nak jatuh je, jadi lah drama sedih. Kteorang tunggu Eqa balik dari tanah perkuburan. Laaaa, rupa2nya jenazahnya dah sampai pukul 3 tadi. Kteorg lambat cket. Dah nak dekat Asar gak sampai situ.

Ayah Eqa rupa2nya, kene langgar lari. Mula-mula dia kene langgar dan kteorg tak tahu dgn apa dia kene langgar. Pas kene langgar ayah Eqa kene langgar dengan lori. Pergh, kawan aku dah menangis dah. Aku tak leh tahan dgr cter tu. Coz, aku bole bygkn cmne. So, aku jadi TAKOT GLER. (p/s/s/s: Aku blom menangis lagi. Cume menyibukkan diri menenangkan kawan aku yang dah meleleh air mata tu)

Kteorg menunggu kedatangan Eqa. Tengah aku syok layang feeling sedih ni, tiba-tiba kawan aku tegur.

"Bell aku nak tergelak tengok ko. Dah macam penyambut tetamu la. Aku nak sedih dah jadi ketawa... "

Oh yea. Kteorg tak masuk rumah pun. So 13 orang tu berdiri la kat depan bangal tepi rumah Eqa. Beratur lak tu...

"Kang kalo Eqa mukanya tabah. Kte pun jadi tabah. Kalo Eqa mukanya sedih, kte pun menangis... " kawan aku beri cadangan. Hurm, masuk akal gak...

Akhirnya Eqa sampai. Pergh muka dia sedih gler. Dia banyak menangis. Apa lagi, kteorg dari jauh dah meleleh dah termasuk lah aku yang baru setat nk kuar air mata. Sedara-mara dia peluk dia dan bagi kata-kata rangsangan la. Lama gak kteorg tunggu diaorg siap sampai air mata yg meleelh dah kering. Lol. Akhirnya dia nampak gak kat kteorg. Masa nak jalan kat tempat kteorg, dia menangis lagi... Apa lagi, kami turut menangis jua. (LOL, menangis balik) . Kteorg peluk dia, dan bagi kata-kata semangat.

Pergh aku tak boleh nak tahan air mata kalo aku ckp kat dia kata-kata semangat. Aku cakap kat Eqa, "Semoga ayah Eqa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman". Nak abiskan ayat tu, punyalah payah.
Siap suma peluk Eqa, baru la Eqa cter cmne ayah dia meninggal. Lama gak berdiri kat situ...

Tak lama kemudian, hujan turun. Kteorg kene pergi lah. So,kteorg bagi kata-kata semangat lagi.

"Eqa, ni aku nak pesan," aku mulakan kata-kata aku (p/s/s/s/s: air mata turun laju woo), "Kan ada 3 perkara yang boleh tolong ayah Eqa kan? Jadi, pemberian anak kepada ayah buat masa ni adalah doa yang tak putus-putus.... Eqa tabah ea?"
(kat ayat ni lagi laju. Aku sebak gler.... )

Singkatkan cter... kteorg pun bertebaran di atas muka bumi Bukit Gambir ni, pulang ke rumah masing-masing.

Aku cter kat mak. Memang aku nak cter sesangat dari A sampai Z. Aku patut mintak maaf kat ayah. Ada baca kan, detikkan hati aku kat ayat awal entri ni...

(Mak, Ayah... mintak maaf banyak2. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin... :P)



Eqa adalah seorang yang telah menghadapi banyak cabaran semakin dia menghampiri SPM. Dia kehilangan pak cik kesayangannya tahun lepas (masuk surat khabar Berita Harian), ibunya sakit pada awal tahun lalu, teman rapat Eqa yang juga teman rapat buat Ayah Eqa telah kembali ke rahmatullah, dan kini ayahnya pula. Tinggal sebulan setengah sahaja lagi kami akan menduduki SPM, dan kami sebagai kawan sekelas Eqa akan membantu Eqa dalam pelajaran sedaya upaya yang kami mampu untuk bantu.

Al Fatihah buat ayah Eqa, arwah Encik Ahya... Semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa ayahnya dan menjauhkan beliau dari seksaan kubur/neraka. Amin.

Rabu, September 30, 2009

2 Hari selepas 27 September 2009

Secara jujurnya aku tak tahu nak letak apa kat tajuk atas tu. Tahap ke-kreatif-an aku dah berkurangan lah pulak.. aish...

Hurm, 28 September 2009.

First day sekolah lepas naik cuti beraya~

Ah... sungguh indah hari ini. Pagi-pagi, on the way nak ke sekolah, tak sampai 500m dari rumah hujan renyai-renyai. Maka, aku teruskan kayuhan. Aku tahu, mak takkan nak hantar punya~ Lagi-lagi kalo ada ayah kat umah pepagi.... toksah mimpi ler nak naik kereta!
Oppss!
Aku punya lah gumbira sebab kalo hujan, perhimpunan mingguan tak yah la buat! Aku bole amik cuti hehehe... tak perlu lagi nak handle perhimpunan, kemas kerusi, kelam kabut cari MC, pembaca doa dan pembaca ikrar.
Walau bagaimanapun, aku telah mengambil satu langkah yang boleh membuatkan perhimpunan mingguan digantikan dengan perhimpunan harian secara rasminya--------- tanya kepada pengetua! (LOL, masuk entri ni, dah kali ke 3 aku sebut nama pengetua.... aish.. bertuah betol pengetua ni... ^^)

Maka dialog berlaku seperti berikut

"Assalamualaikum cikgu"

"Waalaikumusalam"

"Cikgu, nak buat perhimpunan tak hari ni? ERRMMM, langit tu nampak menduuuunngg sangat. Takot2 hujan pulak karang. "

"Kita tengok dulu. Kalo hujan kita batalkan. "

"Cikgu.... erm... tadi cam ada hujan sedikit. Tapi langit tu gelap la juga. Camne ni?"

"Erm.... xperlulah perhimpunan"

Hatiku melonjak kegembiraan. *kurang asam punya pengawas* . "erm... kalo cam tu, saya buat perhimpunan biasa sajalah! "

"ah... baiklah..."

(Akhirnya.. sampai pukul 1 tengahari, tamat waktu persekolahan, hujan tak turun-turun pun..  )

.... aku pun berangkat ke tapak perhimpunan yg sentiasa menanti aku.Cewah.  Seperti biasa, buat pengumuman suruh budak beratur - suruh budak masuk tapak perhimpunan - suruh budak form 4 baca doa dan jadi MC.

Dari jauh aku memerhatikan gerak langkah ketua pengawas dan errr rakan tauladannya memasuki tapak perhimpunan.

Aku menyapa, "Selamat Hari Raya~"

"Selamat Hari Raya..." balas mereka. "Ah... Cikgu Penasihat Lembaga Pengawas pesan, minggu ni perhimpunan suruh budak form 4 handle."

Aku berseloroh kat dalam hati. Punyalah hepi.. Aish... Allah swt mmg syg kat aku. Tapi, aku mesti rasa rindu pada mikrofon kesayangan aku tu~





Dalam kesempatan ini, kalau kamu yang bernama Farizol terbaca entri ni, tak kira la masa bila... akak nak mintak maaf la... sebab akak tanya pada kamu soalan maut. Sorilah dik... dah lah kamu yg handle perhimpunan pada hari itu, ish tak patut sungguh aku ni...

Lagi satu punya hal. Tarikh tutup matriks 10 Oktober 2009. Pergh, sampai sekarang borang matriks tak sampai2. Kawan aku mai khabaq, sekarang ni dah tak pakai borang surat-menyurat dah. Sume online terus. Ceh. Abes la RM10 aku bayar utk beli borang tu dari cikgu.. Untuk kepastian, kami segerombolan pembangkang utama dari kelas 5 Sains 1, berjumpa dgn cikgu kaunseling.

Laaaa.... rupa2nya pakai lagi borang. Haaa, hot hot. Dah nak dekat tarikh tutup, borang tak sampai kat tangan. Budak sekolah lain mesti dah siap hantar. Ceh. Borang dah boleh dapat masa bulan Julai lagi.... huhu... sabo je lah. Pakai online kene ada no pin yg bole dibeli kat BSN menurut kawan aku, berharga RM6 daripada apa yg aku baca kat internet.

Maka bermulalah pemburuan kami sekawan untuk memburu sijil-sijil yang berharga yang berada dalam genggaman cikgu... *Termasuk guru penasihat lembaga pengawas*


Masuk day 2. 29 September 2009.

Hurm. Hari ni aku lari dari perhimpunan lagi~ Huhu... lama2 jadi habit payah lah pulak. Tapi, aku datang juga ke tapak perhimpunan. Memerhatikan kecekapan budak form 4 handle perhimpunan, oooo, manusia yang dah selalu dok atas tu, mmg la xde masalah kalo nak handle. Aku nak gak tgk adik2 aku yang lain yang comel2 dan comot2 tu jadi MC tanpa aku suruh.

Huh....hampeh. Buat jadual xnak ikut la pula.. tapi tahniah la pada yang ikut jadual tu. Trimas, muchas grasias!

Ok singkatkan cerita entri kali ni, aku dah dapat SEMUA result trial aku dalam masa dua hari. Gler ah.

Nak tahu?  Semestinya nak tahu... aku dapat................................................

*drums rolls*

7A 3B IE ....   

Haa... jangan dok heran lah, asal ada satu bende yang cacatkan result tu. Itulah dia, addmath. Kira okey la dari mid year. Aku fail what. Kali ni lulus. Cuma komen tuan punya badan:

1. Aku tak study gila2.
2. Aku tak cukup ibadah/amal yang gila2 masa bulan puasa aritu.
3. Aku terlebih masuk dunia fantasi aku kot? Hehehe...
4. Aku tak dapat nak fokus/concentrate/istiqamah masa study...

ok. aku terima segala kritikan dan kutukan.


Hari ni, cikgu ada buat annoucement. Borang permohonan untuk ke IPTA dah boleh didapati di tempat-tempat sepatutnya ia boleh didapati~ Note: Kemasukan ke IPTA dan Matrikulasi adalah berbeza ya? . Fuhh, alhamdulillah borang ke IPTA ni lambat cket tarikh tutup dia. Dalam 13 November la kalo tak silap aku...


Anyway, guwd luck diucapkan kepada semua hamba Allah yang menduduki perkara penting dalam hidup mereka. Jarum di jam dinding sudah menunjukan lebih dari pukul 12 tgh malam.... Jadi... Sayonara~

Chiao!

Sabtu, September 26, 2009

Rumah kesebelas...

Fuhhh.... lenguh kaki, mengantuk, terlampau kekenyangan dan letih.

Itulah yang aku dapat gambarkan keadaan jiwa aku sekarang ini dan juga untuk beberapa jam yang lalu. Hurm. Kenapa? Segala-galanya bermula daripada pukul 9 pagi (tak lah tepat sgt waktu ni ok?) ... pada tanggal 26 September 2009.

Kenapa?

Rumah pertama, kat hulu Bukit Gambir, means kawasan paling utara kat Bukit Gambir, kami se-geng (18 orang) telah dijamu dengan mee goreng. Berselera, memang berselera. Maklumlah, belum lagi bersarapan aku ni... hhehehe. Selesai sudah, kami bergambar di hadapan rumah Pengerusi Konvoi Beraya kali ke-3 ni... tu agenda yang tak boleh ditinggalkan... OOO... duit raya jgn dilupakan~

Rumah kedua, turun pulak ke arah Bandar Baru Bukit Gambir, ke Kampung Sawah Ring saja~. Rumah kedua yang diserang adalah rumah ketua kampung Sawah Ring... hehehe.. dijamu dengan biskut-biskut raya saja~ Tak pe. Save perut untuk rumah mendatang.Sesi fotografi, tetap tidak akan dilupakan~

Rumah ketiga, rumah bestfriend aku, budak yang top kat dlm kelas, rumah kat belakang masjid Kampung Sungai Raya (rasa-rasanya...tu lah namanya... lol ). Makan apa? Pergh, bubur kacang yang tak boleh ditolak~ Aku bisa memakan kesemuanya..........hanya 2 senduk saja...ehehehe...

Rumah keempat, rumah setiausaha Konvoi Beraya kali Ke-3, hurm.... masuk-masuk kami terus menghadap kaca televisyen. ADA FILEM TENGAH DITAYANGKAN.... cerita apa? Jangan Pandang Belakang Congkak... kecoh ku kecoh.. menceritakan plot-plot yang menarik.... malangnya, hanya mereka yang berada disisiku yang ketawa... hehehe... Disajikan dengan spaghetti dengan kuah Sup Cendawan Prego.... ahhhhh!!! Terasa mahu lagi!! Hidangan paling sedaaaaaaaaapppp yang pernah aku rasa sejak raya ni... (apa? mak masak tak sedap ka? ) ... Duit raya dan kamera... tak akan dilepaskan!

Rumah kelima, hanya beberapa meter saja dari rumah yang keempat. Pemilik kepada rumah hijau muda ini menghidangkan Mihun Sup Ayam.... argh! Perutku sudah penuhh!! Tidak mengapa, demi raya, aku sumbatkan 3 jemput mihun ke dalam mulutku~ Masih boleh bertahan lagi~ Bergambar lagi~

Rumah keenam, ahhhhh... rumah bestfriend aku juga. Laksa penang sebagai santapan tengahari, walaupun tangkiku sudah penuh, tetapi boleh lagi diisi... (erm... sebenarnya penuh ke tidak ni?? ) Sambil menonton drama Korea "Man of Vineyard" (err.... cam tu kot tajuknya? Aku lupa la...) , dan menyaksikan ketabahan hero meluahkan perkataan, "I like you" dan kesengalan heroin menjawab, "You like me as ... friend or what ?? "...
aku mengahabiskan laksa penang tu. Pedas? Erm. Boleh la.. Kengkawan aku kata pedas... aku rasa tak sangat kot... Duit raya?? Huh.... Lupakan.. aku dah cukup tua..

Rumah ketujuh, rumah childhood friend sejak umur 2 tahun.... hehe.. singgah sebentar aja kerana aku sudah menyerang rumah itu awal-awal lagi~ Kengkawan yang lain pergi menunaikan kewajipan. Aku pun pergi menunaikan kewajipan gak... kat umah aku la yang hanya beberapa meter sahaja.

Rumah kelapan, hah! Satu nombor yang ngam dengan nombor rumah aku! Hehehe, tuan rumah hanya menghidangkan dadih jagung, puding kustard, nugget, bebola sotong goreng dan tauhu sumbar yang dimakan bersama kuah kacang dan sambal kicap. Pergh.... boleh tahan gak perut kengkawan aku ni. Sume sambar nugget ayam. Duit raya? SEMESTINYA... *padan la tangan kiri aku terasa gatal... hehehe*

Rumah kesembilan, rumah anak penyelia media PKG Bukit Gambir. Nugget, bebola ikan dan french fries dihidangkan... err.... duit raya? Owh YEAH!! Aku terlepak kepenatan... sebab kekenyangan.

Rumah kesepuluh, aish... makan mee goreng lagi..apa-apa pun, pabila sudah dihidangkan... aku sambar aja! Heheheh... boleh tahan jugak perut aku prepare untuk aktiviti lasak macam ni...

Rumah kesebelas.... erm... tiada jamuan istimewa. Fuhhh... xpa... hati ni gumbira jugaaa~

Akhirnya... tamatlah sudah al kisah pengembaraan 18 orang sekawan yang menyerang rumah satu sama lain... hehe... Kami kembali menyerang esok pula~~~

Chiao!